LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 7 Februari 2010

WARGA NEGARA PAKSITAN MENCURI 15 NASKAH AL-QURAN DI MASJID AL-MUHSININ KL

KUALA LUMPUR – Lebih kurang jam 12.45 tengahari pada 7hb Februari 2010, semasa program Wacana Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk, semasa Ustaz Fitri bin Abdullah (PERKIM) sedang membicarakan tajuk “Memahami Budaya Masyarakat India untuk berdakwah di Dewan Sek Rendah Islam Raudathul Ulum Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Tiba-tiba datang 2 orang pekerja POLISMART yang sedang berehat di kaki lima masjid al-Muhsinin, memeritahu mereka ternampak seorang warga negara Pakistan menggambil 15 buah al-Quran yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan membawa keluar dari dalam masjid. Beberapa orang petugas masjid menggambil tindakan menagkap dan menyerahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Bila ditanya kenapa beliau menggambil begitu banyak naskah al-Quran dan lelaki tersebut menjawab, untuk disadaqahkan di luar sana. Alasan yang tidak logik itu menyebabkan pihak masjid menyerahkan lelaki Pakistan tersebut kepada pihak Polis untuk diambil tindakan selanjutnya. Lagipun lelaki tersebut telah lama passportnya mati dan tinggal di Malaysia secara haram. Menurut maklumat dari pihak Polis, lelaki tersebut akan di tahan reman selama 1 minggu sebelum diserahkan kepada pihak Immigresen. Alahai al-Quran pun mereka curi!!!.


0 ulasan:

 

Pengikut