Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 26 Jun 2011

HAFLAH IKATAN SILATURRAHMI NUSANTARA THAILAND-MALAYSIA (Serumpun, Sebangsa, Satu Ummah dan Seagama) di Maahad Ehya El-Sunnah Al-Muhammadiah Sadau.


Bergambar bersama krew Radio IKIM, kumpulan Nasyid Syifa KKM dan pegawai-pegawai JAKIM Bahagian Pendidikan dari Kuala Lumpur di Maahad Ehya El-Sunnah Al-Muhammadiah, Sadau, Wilayah Songkhla Thailand

Ustaz Zakaria (Baba Ya) Mudir Maahad ditemu bual pengacara Radio IKIM










Read More...

Situasi Pemilu / Pilihanraya Umum Thailand


SONGKHLA - Kempen Pemilu atau Pilihanraya Umum Thailand untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bermula pada tanggal 3 Jun 2011 dan akan berakhir dengan pengundian rakyat pada 3 Julai 2011. Selama sebulan rakyat Thailand dibenarkan berkempen. Tinjauan didapati suasana amat tenang seperti biasa di hari-hari tidak berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Wilayah) dan Parlimen. Bandar-bandar utama di seluruh wilayah di Thailand tidak terdapat peperangan bendera wakil parti atau bebas.

Semasa temu bual secara rambang terhadap rakyat Thailand, mereka menjawab sama sahaja di mana-mana wilayah tidak ada peperangan poster sebab rakyat diberikan kebebasan menggunakan mana-mana media kerajaan atau rakyat. Apabila berlaku pembubaran Dewan, mana-mana parti sudah tidak mempunyai kuasa memerintah. Keselamatan negara dijaga oleh pihak tentera dan polis. Segala arahan dari mana-mana parti tidak wujud lagi.

Apa yang penting bagi seorang yang masuk bertanding ialah pengenalan dirinya dan latarbelakang calun yang masuk bertanding. Sebab itu, kita boleh lihat sepanjang jalan di desa, bandar dan kota didapati terpampang gambar calun dengan lakaran kelebihan dan kelayakan untuk menjadi wakil rakyat. Bagi rakyat thailand, yang penting mereka dapat mengenali wakil mereka dari dekat atau dekat di hati rakayat.

Bagi yang mempunyai modal untuk berkempen, mereka boleh mengguna kenderaan dengan membawa gambar calun berkempen menggunakan pembesar suara menggelilingi kota dan desa. Tidak ada sebarang provokasi berlaku dan tidak ada gangguan pihak keselamatan apabila gambar calun diarak ke sana dan kemari.

Senarai pengundi yang layak mengundi akan dipamerkan di mereta tempat awam untuk semakan orang ramai supaya tidak berlaku pertindihan nama di satu-satu tempat. Rakyat boleh membantah dengan segera untuk dikeluarkan dari senarai layak mengundi jika terdapat pertindihan nama atau pengundi hantu. Masa 1 bulan sudah cukup bagi rakyat membuat semakan dan bantahan.

Semua parti yang terlibat tidak dibenarkan mengguna agensi dan jabatan kerajaan semasa berkempen. Dana negara ditadbir oleh kakitangan kerajaan di peringkat kementerian (Ketua Setiausaha Kementerian dan kakitangan masing-masing) dan agensi kerajaan. Inilah realiti yang dikatakan pilihan raya yang cukup BERSIH yang MERBERSIHKAN. Semoga dapat dijadikan contoh untuk negaraku Malaysia yang tercinta.












Read More...

Pameran, Khutbah Jumaat dan Forum Hiwar Islam PUMPP di Masjid Hashim Yahya Pulau Pinang






Read More...

Selasa, 21 Jun 2011

BENGKEL SEMAKAN DRAF MANUAL KERJA SOSIAL ISLAM DI MASJID PUTRAJAYA





Read More...

Isnin, 20 Jun 2011

مؤتمرسنوي فرساتوان علماء قدخ

Us Yusof Mahmud YDP PUK sedang menyampaikan ucapan dasar PUK






Muktamar Thanawi Persatuan Ulama Kedah (PUK) kali ke 25 di Dewan dan Pejabat Darul Ulama, Derang, Bukit Pinang, Kedah. Para ahli PUK begitu kyusuk mengikuti perbahasan minit mesyuarat, kewangan dan laporan tahunan dan isu semasa.


Kali ini PUK telah memilih cogan kata "Ulama Membina Kekuatan dan Menghadapi Cabaran". Muktamirin dan muktamirat sekalian bersetuju, ulama perlu diperkasakan. Ulama perlu turun padang mendekati golongan yang tersasar di luar sana. Oleh itu persatuan dan ulama amat perlu diperkasakan supaya tidak jadi perkasam dan ceroi.



Read More...

Ahad, 19 Jun 2011


Thursday, June 16, 2011

FOMCA Minta Kerajaan Siasat Segera, Ramai Yang Kecewa Menteri Pelajaran Meremehkan Soal Logo Halal Jakim Yang Tiada Pada Susu UHT 1Malaysia


SHAH ALAM 16 Jun - Satu siasatan terperinci berhubung dakwaan susu UHT 1Malaysia tidak mempunyai logo halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu dijalankan oleh kerajaan Malaysia, kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman. Katanya, selain meragui status halal susu berkenaan pihaknya juga khuatir produk yang dikeluarkan sebuah syarikat dari Korea Selatan itu mengandungi bahan terlarang seperti Melamine. Jelasnya, ini kerana berdasarkan maklumat kandungan khasiat yang terdapat pada produk terbabit ianya hanya mengandungi 40 peratus susu manakala selebihnya sebanyak 60 peratus adalah bahan-bahan lain. "Satu siasatan perlu dilakukan bagi merungkaikan keraguan masyarakat berhubung susu berkenaan.Ini kerana, pertama dari segi kandungan dan kedua dari segi status halal. Selepas dapat dipastikan bahawa kandungan susu itu selamat atau pun berkhasiat untuk kanak-kanak sekolah dan status halalnya diperakui barulah ia diluluskan (diagihkan kepada kanak-kanak)." tegasnya kepada. "Perkara itu mesti diselidiki dengan lebih mendalam oleh pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum ia diedarkan." ujarnya lagi. Mohd Yusof berkata demkikian ketika diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan, yang didakwa tidak mempunyai logo halal JAKIM. Menurut Mohd Yusof lagi, pihaknya juga kecewa dengan tindakan Kementerian Kesihatan yang seolah-olah memandang ringan berhubung khasiat kandungan susu yang ingin diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. "Memang kita tahu bahawa susu 1Malaysia ini akan diedarkan di sekolah-sekolah, jadi kita mengharapkan ia adalah makanan yang sihat. Jadi kalau dari segi kandungan khasiatnya saja sudah meragukan, apalah kebaikkannya kepada pelajar-pelajar. Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan perlu pastikan bahawa susu itu benar berkhasiat untuk para pelajar sekolah." katanya.


Menteri Pelajaran Remehkan Isu Logo Halal Jakim



Mengulas lanjut berhubung penggunaan logo halal, Mohd Yusof menegaskan bahawa pihak bertanggungjawab perlu mengambil serius kepentingaan pemilikkan sijil halal ini bagi mengelak penggunaan bahan terlarang dalam setiap produk yang dipasarkan di negara ini. "Kalau pihak Jakim sendiri meragui tentang status halal ataupun logo halal tersebut, saya rasa kerajaan juga kena memberi perhatian yang teperinci terhadap perkara ini. Kerana ada badan-badan tertentu sahaja yang diperakui oleh Jakim. Jadi jika badan itu tidak diperakui Jakim, kita khuatir kemungkinan kandungan susu tersebut juga mungkin mengandungi bahan-bahan yang diragui." soalnya. Pada 20 Mei lalu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan pengeluar produk makanan dari Korea tidak termasuk dalam senarai pensijilan halal yang diiktiraf jabatannya.


Bagaimanapun, sebaik sahaja kenyataan JAKIM itu dikeluarkan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) yang juga Menteri Pelajaran muncul dengan gesaan supaya orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan JAKIM, selain sijil negara pengeksport. Soalnya sekarang, kenapakah Muhyiddin mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, sedangkan semua pihak mengakui akan kelemahan yang berlaku dalam isu susu UHT 1Malaysia itu sebenarnya. Apakah dek kerana beliau gusar, perniagaan yang dimonopoli oleh proksinya itu bakal terjejas jika kerajaan menarik balik projek susu tersebut nanti. Lantaran itulah beliau terpaksa keluarkan kenyataan yang nampaknya lebih berpihak kepada susu UHT 1Malaysia tersebut daripada memikirkan nasib rakyat terbanyak yang mengalami masalah berkenaan. Terbukti, ada unsur penyelewengan dalam projek itu.


[Difahamkan, syarikat yang membekalkan susu terbabit diberikan peruntukan sehingga mencecah RM700 juta ringgit oleh kerajaan untuk melaksanakan projek susu 1Malaysia ini. Bukankah jumlahnya itu sungguh besar dan tidak sewajarnya pembaziran wang rakyat dibuat sebegitu rupa. Malah, terdapat sumber mengatakan projek tersebut sebenarnya dimonopoli oleh kroni pemimpin tertinggi UMNO sendiri iaitu bagi wilayah selatan kroni TPM Muhyiddin Yassin, bagi negeri Pahang dan wilayah tengah pula diberikan kepada kroni PM Najib Razak.


Sementara itu bagi wilayah Trengganu dan Kelantan ianya diberikan kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu sendiri. Maknanya pembekalan susu di Kelantan dan Trengganu dilihat agak telus kerana ia bukan tender yang diberikan kepada individu. Soalnya, jika benar dakwaan itu maka wajarlah ia ditamatkan serta merta kerana jelas sekali mereka sanggup menipu rakyat dalam hal ini. Lebih mengejutkan susu tersebut juga tidak punyai tanda halal JAKIM yang telah disahkan, Info Klik DI SINI].

Read More...

Sabtu, 18 Jun 2011

8 HAK PENGGUNA UNTUK RAKYAT MALAYSIA


HAK PERTAMA

Hak untuk mendapat KEPERLUAN ASAS

HAK KEDUA

Hak untuk mendapat KESELAMATAN.

HAK KETIGA

Hak untuk mendapatkan MAKLUMAT

HAK KEEMPAT

Hak untuk membuat PILIHAN

HAK KELIMA

Hak untuk medapat GANTI RUGI

HAK KEENAM

Hak untuk menyuarakan BERSUARA

HAK KETUJUH

Hak untuk mendapat PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN

HAK KELAPAN

Hak untuk mendapat ALAM SEKITAR yang sihat

Sumber : http://bit.ly/jG1pdL.

Read More...

Jumaat, 17 Jun 2011

حفلة إيكاتن صلة الرحم نوسنتارا تايلاند - ماليسيا

Read More...

Khamis, 16 Jun 2011

KERANA GAJI SANGGUP HINA AGAMA SENDIRI


Kartun Utusan Hina Islam, PUM Mahu Pelukis & Penerbit Didakwa


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.


“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.


Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.


Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.


“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.


“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.


Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.


Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.


Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.


Dia hanya Besi


Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”


Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”


Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.


“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.


Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.


"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.


"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."


Begitu jahil


Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.


“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.


“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.


Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.


"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.


Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.


"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya. -mk


Mohd Asri Zainul Abidin

Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.


Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.


Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.


Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?


Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?


Rogol


Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.


Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.


Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.


Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?


Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.


Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.


Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.


Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).


Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.


Lian


Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.


Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.


Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)


“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;


Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;


Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).


Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.


Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.


Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.


Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.


Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut