LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 24 September 2010

KUMPULAN TERORIS MEMBAKAR AL-QURAN

Ulama kanan Mesir kutuk perbuatan bakar al-Quran


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


KAHERAH - Seorang ulama kanan Mesir semalam mengutuk sekumpulan penganut Kristian yang mengoyak helaian al-Quran di hadapan White House pada upacara memperingati ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai 'keji'. "Mereka adalah sekumpulan kecil individu yang mempunyai rasa dendam, dibutakan oleh pelampau dan memiliki niat jahat untuk mencemarkan Islam.



"Tindakan keji mereka tidak akan menjeja
skan kesucian al-Quran," kata Imam Besar, Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb (gambar) seperti yang dipetik agensi berita MENA ketika mengulas tindakan sekumpulan penganut konservatif Kristian yang membakar helaian al-Quran kelmarin dalam satu bantahan di hadapan White House.



Tindakan terse
but dibuat ketika Amerika Syarikat (AS) memperingati ulang tahun kesembilan serangan 11 September, di tengah-tengah ketegangan berikutan ancaman seorang paderi Florida merancang untuk membakar kitab suci Islam itu.



Seorang penunjuk perasaan, Randall
Terry berkata, kepalsuan yang menyatakan Islam sebagai sebuah agama yang cintakan perdamaian perlu berakhir.



Seorang lagi penunjuk perasaan, An
drew Beacham, semasa bantahan itu turut memetik ayat al-Quran yang didakwa menyemarakkan rasa benci terhadap penganut Kristian dan Yahudi, sebelum mengoyakkan helaian naskah kitab tersebut.



Sementara itu, penduduk Islam di AS terus melahirkan kekecewaan mereka berhubung tindakan segelintir rakyat negara itu yang masih tidak dapat menerima Islam, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.



Walaupun penganut Islam AS mengutu
k serangan 11 September dan menegaskan mereka juga adalah rakyat AS, tindakan itu dilihat masih belum cukup untuk menghentikan perasaan benci terhadap Islam.



"Kami tida
k perlu meminta maaf, tiada apa yang kamu perlu takutkan, kami juga tidak perlu rasa malu kerana kami tidak bersalah.



"Tetapi kami perlu keluar dan meluahkan perasaan ini," kata imam Mohammed Ibn Faqih daripada Institut Orange County di Anaheim, California, sehari sebelum ulang tahun 11 September. - AFP/AP



Komentar


Didalam Al-Quran dan Al-Hadis tidak terdapat mana-mana perengan yang mengajar umat Islam bertindak membunuh orang bukan Islam dan menghina agama dan kepercayaan lain-lain agama. Apa yang diperjelaskan didalam Al-Quran Surah Al-Baqarah, Ayat 120, yang tidak akan suka selama-lamanya ialah golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka mahu orang Islam ikut cara hidup mereka dan mengikut kehendak hawa nafsu mereka. Apa yang berlaku pada 11 September itu adalah kerja-kerja orang Yahudi yang suka melemparkan tuduhan terhadap orang Islam. Yang paling patut digelar teroris ialah orang Yahudi. Sebab mereka berpegang dengan kitab Thalmud. Dalam kitab Thalmud mereka anggap lain-lain bangsa selain Yahudi adalah goyim yang lebih rendah daripada binatang. Semua milik orang-orang goyim ini halal mereka orang-orang Yahudi miliki hatta nyawa orang goyim ini halal untuk mereka bunuh. Sebab itu kematian pada 11 Sebtember itu semuanya orang-orang goyim termasuk beberapa orang Islam yang mati dalam bangunan tersebut. Pekerja-pekerja berbangsa Yahudi semuanya cuti. Juga yang merosakkan Kitab Taurat dan Injil adalah di kalangan orang-orang Yahudi menyamar menjadi Paderi. Orang Islam wajib beriman dengan kitab Taurat dan Injil akan tetapi mereka adalah orang yang sesat kerana meminda kitab-kitab tersebut dan mereka tidak layak lagi disebut ahlul-kitab. Pada hal dalam kitab mereka yang berbahasa letin (Hibrow) masih terdapat nama Muhammad sebagai Rasul terakhir. Apabila diterjemah ke dalam lebih 140 bahasa sudah dihilangkan perkataan Muhammad dalam kitab mereka. Inilah pembohongan dan kesesatan yang mereka telah lakukan. Akhirnya terdapat juga orang-orang Islam yang jahil terhadap agamanya terpengaruh dan mengikut rentak pemikiran zionis.


Read More...

Rabu, 15 September 2010

Bagaimana Rasulullah SAW Mengubat Penyakit Masyarakat / Gejala Sosial



Sudah menjadi fitrah manusia itu ia ingin hidup aman damai. Begitu juga fitrah manusia itu, dia tidak mahu berlakunya krisis, kemungkaran, pemerkosaan dan segala penyakit masyarakat. Andaikata kalau dia seorang pemimpin, dia mahu orang yang dipimpin itu meletakkan ketaatan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang yang dipimpin, dia mahu pemimpinnya meletakkan keadilan kepadanya. Andaikata kalau dia seorang ayah, dia mahu anak-anaknya memberikan ketaatan dan kepatuhan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang anak, dia mahu ibu dan ayahnya meletakkan kasih sayang kepadanya. Begitu jugalah suami kepada isterinya, dan isteri kepada suami. Andaikata seorang pemimpin, ibu, ayah, guru, suami, isteri dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing. Begitu juga seorang rakyat, anak murid, dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing, maka tidak akan terjadi pergaduhan, pertengkaran diatas muka bumi ini. Tapi kalau kita lihat, apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Firman Allah:


"Telah berlaku kerosakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan manusia" [Q.S Ar-Rum : 41]


Hal ini terjadi bila pemimpin tidak dapat memberi keadilan, terhadap orang-orang yang dipimpinnya. Begitu juga orang yang dipimpinnya tidak dapat memberikan ketaatan kepadanya. Ibu ayah juga tidak dapat memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya, begitu juga anakanak tidak dapat memberikan ketaatan terhadap ibu dan ayahnya. Begitu juga guru terhadap murid dan murid terhadap gurunya, suami terhadap isterinya dan isteri kepada suaminya. Sebab itu dapat kita lihat berbagai-bagai masalah timbul dari sekecil-kecil masalah hinggalah ke sebesar-besar masalah. Dari rumahtangga, hinggalah ke negara-negara yang hebat pemimpinnya.


Telah berbagai cara dan jalan dicari untuk menyelesaikan masalah.


Ada yang mengatakan :


1. Kekayaan dapat menyelesaikan masalah ini. Maka merekapun berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya, tetapi tidak juga dapat menyelesaikan masalah ini. Krisis sentiasa berlaku. Masalah social semakin subur. Jun 2010, The Boston Consulting Group, melaporkan melalui Global Wealth Report, pada hujung tahun 2009, seluruh dunia mempunyai 11.2 juta individu bergelar jutawan. Angka ini meningkat sebanyak 14 % dari tahun 2008. TETAPI, The Boston Consulting Group juga melaporkan, walau mereka bergelar jutawan, mereka dilanda krisis jiwa sehingga ada yang mengambil dadah serta membunuh diri. Sebagai contoh, pasangan jutawan dari Britain, Peter Duff dan isterinya Penelope Duff, membunuh diri di sebuah klinik di Zurich pada tahun 2009. Hubert Boumeester, multi-jutawan yang pernah memegang jawatan Chief Finance Officer ABN-AMRO, menembak kepalanya sendiri setelah gagal untuk mengambil alih Royal Bank of Scotland. Dan saya boleh membentangkan banyak lagi kisah jutawan yang dilanda krisis jiwa walaupun mereka kaya. Ini sebagai bukti, kekayaan BUKAN jalan penyelesaian kepada segala gejala dan penyakit masyarakat yang melanda.


2. Ada pula yang mengatakan kepandaian dan ilmu pengetahuan akan dapat menyelesaikan masalah ini. Maka merekapun berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, tetapi juga tidak berhasil untuk menyelesaikan masalah ini, bahkan bertambah rumit lagi. Alan Turing merupakan seorang saintis Inggeris dan pernah dinobatkan sebagai Saintis British Terhebat abad ke 20 kerana kepakarannya. Tetapi Alan Turing sendiri terlibat dengan gejala homoseksual. Dan akhirnya dia membunuh diri dengan mengambil racun cyanide. Seorang lagi golongan cerdik pandai ialah David Christopher Kelly, seorang penjawat di Kementerin Pertahanan United Kingdom. Beliau seorang pakar peralatan perang biologi dan pernah menjadi inspector UN di Iraq. Akhirnya dia membunuh diri dengan mengambil 29 jenis ubat tahan sakit sambil mengelar tangannya dengan pisau. Ternyata kepandaian dan ilmu pengetahuan juga belum menjamin mampu menyelesaikan masalah masyarakat yang sedia ada.


3. Ada juga yang mengatakan pangkat dan darjat dapat menyelesaikan masalah ini, tetapi ini juga tidak berhasil menyelesaikan masalah yang melanda masyarakat, bahkan bertambah parah dan rumit lagi.Perdana Menteri Jamaica, Bruce Golding, terlibat dengan ketua sindiket pengedaran dadah terbesar Christopher ‘Dudus’ Coke yang mengakibatkan ramai penduduk awam menjadi korban. Achmad Sujudi, Menteri Kesihatan Indonesia dipenjarakan kerana terlibat dengan rasuah. Pada Januari 2010, Matt Baker berusia 38 tahun, seorang Menteri di Texas dihukum 65 tahun penjara kerana membunuh isterinya sendiri.


4. Ada yang mencadangkan hukuman dan undang-undang sebagai jalan keluar, tetap tidak berkesan, terbukti semakin ramai yang sedang menunggu hukuman gantung, semakin ramai jadi penghuni penjara dan pusat serenti. Masalah tetap tidak selesai malah makin bertambah. Lihat saja di Malaysia, walau hukuman semakin berat dilaksanakan, malah penagih dadah semakin bertambah. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan pada tahun 2008 melaporkan, 17 orang penagih dadah baru dilahirkan setiap hari. Dari tahun 2000 hingga 2006, adalah dilaporkan peningkatan sebanyak 27.7% kes pembuangan bayi di Malaysia dan angka ini semakin meningkat dari tahun 2006 hingga 2010 walaupun undang-undang dan hukuman semakin diperketatkan.


Jadi bagaimana ?


Apabila kita membeli sebuah television Panasonic Vuera VT25 Full HD3D, kilang Panasonic akan membekalkan MANUAL PENGGUNA. Kilang Panasonic lebih arif akan produk dan model yang dikilangkannya berbanding kilang jenama lain. Televison Panasonic Viera VT25 Full HD3D tidak boleh menggunakan manual pengguna television jenama Sony Bravia LCDTV. Oleh itu, kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah, Allah telah bekalkan kita dengan “manual pengguna” iaitu Al Quran dan diberi panduan oleh Rasulullah SAW melalui sunnah baginda SAW. Maka apabila timbul masalah, termasuklah masalah gejala social, janganlah kita menggunakan akal fikiran kita sendiri untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebaliknya kembalilah kepada “manual pengguna” yang telah Allah bekalkan. Pendekata, jalan yang paling mudah untuk kita selesaikan masalah ini haruslah kita kembalikan kepada Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Al Qur'an dan Sunnah dapat memberikan jawapan yang tepat, dari manakah akar dari masalah-masalah tersebut.


Firman Allah:


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga mereka mengubah yang ada di dalam diri mereka (hatinya)" [Q.S Ar-Rad : 11]


Hadith Rasulullah SAW:


"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah jasadnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah jasadnya. Ketahuilah itu adalah hati." (riwayat al- Bukhari dan Muslim)


Abu Hurairah melaporkan dalam sebuah hadis "Hati adalah umpama raja dan anggota badan adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, maka sudah tentu pengawalnya pun begitu juga"


Dapat kita lihat dari Al Qur'an dan Hadith tadi setiap penyakit yang timbul pada diri manusia itu, adalah berawal dari hati. Hati yang sakit (jahat) akan mendorong mata, kaki, tangan berbuat jahat. Maka lahirlah masyarakat yang jahat, seperti merompak, membunuh, memfitnah, mengumpat dan sebagainya.


Penyakit masyarakat (rosak aqidah, tak solat, bergaul bebas, dedah aurat, zina, anak luar nikah, buang anak........terlalu panjang senarainya...) boleh diibaratkan sebagai sebatang pokok yang mengeluarkan buah yang beracun. Buah yang beracun itu disebabkan pokok yang beracun. Jadi untuk menghilangkan buah yang beracun itu hendaklah ditebang pokok itu terlebih dahulu. Bukan buang buah atau cantas dahan saja. Sebab kalau yang dibuang buahnya atau cantas dahan saja, sepuluh buah yang kita buang akan tumbuh pula sepuluh pokok/ dahan yang beracun. Begitulah seterusnya.


Oleh itu untuk panduan yang lebih jelas lagi, kita lihat bagaimana Rasulullah dapat mengubat penyakit masyarakat ketika itu hingga menjadikan orang miskin sabar dan redha dalam kemiskinan dan orang kaya pemurah. Seperti Abu Hurairah yang menjadi ketua dari puluhan fakir miskin yang tinggal di Serambi Masjid Madinah. Sayidatina Fatimah, seorang wanita miskin walaupun anak Rasulullah dan menikah pula dengan Sayidina Ali yang begitu miskin lagi pejuang pula. Kemudian perpecahan diantara satu golongan dapat disatukan seperti Muhajirin dan Ansar. Baginda Rasulullah SAW dapat mendidik masyarakat jahiliah kepada kenal dan cinta kepada Allah SWT. Rasulullah SAW saat itu diutus sebagai Pembawa Rahmat kepada sekalian alam.


Firman Allah:


"Dan tidak diutuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat pada sekalian alam" [Q.S. Al Anbiya : 107]


Dengan keberkatan dan ketabahan Rasulullah SAW itu, Baginda dapat mengembalikan masyarakat kepada kebenaran.


Krisis Masyarakat di Zaman sebelum Rasulullah


Sebelum dibahas tentang bagaimanakah Rasulullah mengubati penyakit masyarakat jahiliah di zamannya, terlebih dahulu kita mengetahui akan apakah penyakit masyarakat yang kritikal ketika itu. Sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, masyarakat tertimpa berbagai macam krisis dan penyakit jiwa.


Di antara penyakit yang menimpa masyarakat :


  1. Sangat memuja berhala. Hati masyarakat begitu melekat kepada berhala.
  2. Terlalu ketagihan dengan arak/alkohol.
  3. Terlalu suka dengan riba. Bunga tinggi, tak sanggup bayar, jadi hamba.
  4. Wujudnya dua empayar besar yaitu Rome dan Parsi yang menindas negara-negara lemah.
  5. Pelacuran amat leluasa merebak di tengah masyarakat.
  6. Akhlak kaum wanita ketika itu amat rendah.
  7. Manusia terlalu bakhil, terlalu gila harta sehingga harta orang hendak dijadikan harta dia.
  8. Perpecahan menjadi-jadi. Terjadi peperangan. Kadang peperangan besar hanya disebabkan hal kecil.

Cara Rasulullah Menyelesaikan Krisis


Rasulullah hanya menggunakan tiga jenis ubat sahaja pada diri masyarakat Jahiliah ketika itu.


Pertama, Rasulullah menanam kembali rasa tauhid ke dalam hati masyarakat sehingga manusia terasa akan kebesaran Tuhan, kasih sayang, kehebatan dan keperkasaan Tuhan. Hingga wujud rasa berTuhan dan rasa kehambaan dalam jiwa masyarakat.


Kedua, Rasulullah menanamkan kembali cinta kepada Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga dan Neraka.


"Akhirat itu adalah lebih utama, lebih baik daripada dunia." (Q.S. Ad Dhuha : 4)


"Akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal" (Q.S. Al A'la : 17)


Lahirlah manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat. Akhirnya bukan saja harta dihabiskan untuk Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan. Mereka mahu cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mahu mati syahid menjadi para syuhada.


Ketiga, Rasulullah menanam semangat dan perasaan cinta akan sesama manusia terutamanya umat Islam untuk mengikis penyakit terlalu cinta diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan sendiri. Lahirlah perpaduan dan ukhwah. Hiduplah mereka dalam berkasih sayang, bertolong bantu antara satu sama lain.


"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya

seperti dia mencintai dirinya sendiri"

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain"

"Barang siapa yang menunaikan hajat saudara lain, Tuhan akan tunaikan padanya 70 hajat"


Terjalin perasaan ghairah apabila menolong orang lain. Lahir perasaan kasih sayang pada orang lain. Mereka dapat merasakan nasib orang lain seperti nasib mereka sendiri, kesenangan orang lain seperti kesenangan sendiri, kesusahan orang lain seperti kesusahan sendiri, darah orang lain seperti darah sendiri, nyawa orang lain seperti nyawa sendiri.

Dengan tiga ubat inilah Rasulullah dapat mendidik manusia-manusia Jahiliyah ketika itu hinggakan Allah telah memuji Rasulullah dan generasi ketika itu.


Firman Allah: ertinya : "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia yang mengajak kepada Ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah" [Q.S. Ali Imran : 110]


Hadith Rasulullah SAW: ertinya : "Sahabat-sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Jika diikuti diantara mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk"


Penyelesaian untuk zaman ini


Contoh telah terbentang di hadapan mata. Jika benar beriman kepada Allah dan Rasul, ikutilah cara Al Qur'an dan Sunnah, yang telah ditunjukkan Baginda Rasulullah SAW. Kita kini terlalu banyak berteori dalam mengatasi gejala sosial dan penyakit masyarakat yang semakin meruncing saban hari.


Dalam Islam, HUKUMAN adalah perkara terakhir, setelah semua perkara-perkara asas dilaksanakan. Maka tidak wajar HUKUMAN didahulukan jika kita belum menempuh disiplin dakwah yang ditunjukkan Nabi SAW.


Hari ini bukan tidak banyak ulama, pendakwah, guru, pakar motivasi dan sewaktu dengannya, tetapi usaha menanamkan iman ke dalam jiwa manusia amat kurang dilaksanakan. Yang amat diperlukan ialah membawa manusia kembali merasa kehambaan dan rasa berTuhan, menerima Allah sebagai Tuhannya, lantas mahu menyembahnya. Menanam iman tidak semudah menanam pokok. Sedangkan menanam pokok perlu dijaga, dibaja, dipagar, diracun musuh-musuhnya, inikan pula iman. Tetapi jika memandang pada payahnya, tanpa memulakan usaha, pasti tidak berjaya. Kena lihat kembali bagaimana Rasululllah SAW membaiki masyarakat di zamannya dengan iman, hingga lahir masyarakat yang agung akhlaknya.


Berdasarkan tiga jenis ubat yang disuntik oleh Rasulullah SAW ke dalam hati jiwa nurani para sahabat, maka lahirlah manusia-manusia berperibadi taqwa.


Andainya para sahabat kaya, maka kekayaan itu digunakan untuk membantu kebajikan masyarakat yang susah, fakir miskin dan membangunkan negara. Orang kayanya tidak sombong dan angkuh. Sebaliknya menjadi "BANK" kepada masyarakat dan negara khususnya untuk perjuangan Islam. Kekayaan yang dimiliki tidak disimpan untuk kegunaan peribadi, sebaliknya untuk menegakkan hablumminallah dan hablumminannas. Maka tidak hairanlah, Saidina Abdul Rahman Bin Auf ra, yang menjadi multi-billionaire di zaman Rasulullah SAW, hidupnya amat zuhud. Andainya dia berdiri di kalangan ahlus suffah yang hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tidak nampak sebarang perbezaan pun dengan dirinya lantaran kehidupannya yang zuhud. Tetapi, dari kekayaan Abdul Rahman Bin Auf ra banyak hartanya dikorbankan demi membangunkan syiar Islam.

Andainya para sahabat mempunyai ilmu, ilmunya digunakan untuk mendidik masyarakat untuk menegakkan hablumminallah dan hablumminannas. Ibnu Abbas ra, salah seorang sahabat yang mempunyai lautan ilmu. Dia mendidik masyarakat untuk menegakkan dan menzahirkan syiar Islam. Ilmu yang dimiliki, tidak digunakan untuk menyesatkan masyarakat dari jalan kebenaran.


Andainya para sahabat memegang jawatan tinggi dan pangkat, mereka anggap jawatan itu adalah amanah Allah yang haram untuk mereka khianati. Mereka anggap jawatan dan pangkat itu adalah tiket untuk mereka masuk ke syurga andainya mereka amanah atau tiket ke neraka andainya mereka khianat.Tak seperti zaman kita sekarang. Jawatan tinggi menjadi rebutan di kalangan ahli politik. Setelah jawatan diperolehi, maka kekayaan peribadi dibina atas jerih payah rakyat atau pengikut. Para sahabat Nabi SAW, mereka berusaha menjauhi dari memikul amanah yang amat berat ini. Bila mereka dilantik menjadi pemimpin, mereka merasakan diri mereka berada dijurang neraka. Lantas mereka akan menunaikan kewajipan sebagai seorang pemimpin. Maka tersebarlah keadilan. Rakyat mendapat manfaat. Jadilah sebuah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.


Begitulah hati-hati yang telah terdidik dengan iman. Hatinya cinta kepada Allah dan rindu untuk kembali ke akhirat. Dunia dijadikan tempat pelaburan. Yang mana hasilnya akan dituai di akhirat.


Sejauh mana kita sudah bersedia untuk merawat penyakit masyarakat dengan ketiga-tiga ubat peninggalan Rasulullah SAW ?


Mutiara Damansara

15 September 2010

4.15am

Read More...
 

Pengikut