Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 30 Oktober 2011

BENGKEL PENDAKWAH MUDA DI MASJID JAMEK BANDARAYA DAN DI MASJID AR-RAHIMAH KG PANDAN LUAR KL

depan masjid Jamek Bandaraya KL

aktivis outreach ABIM sedang memberikan taklimat kepada
pelancung asing yang melawat masjid Jamek KL


aktiviti outreach dakwah di pasar seni KL ... temubual dengan
seorang student universi dari Iran bernama Ali sedang menjual sabun

aktiviti outreach di pasar seni KL dan sempat berbual dengan
student dari Iran (lelaki) dan Syria (perempuan rambut merah)

gagah berjalan dalam aktiviti praktikal outreach menuju
ke dataran merdeka dalam sesi temuseri/temubual

aktiviti praktikal temuseru dan outreach di dataran merdeka
















Read More...

Rabu, 26 Oktober 2011

PROGRAM GERAKAN SUBUH

Jom kita pergi beramai-ramai program gerakan subuh di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Read More...

Ahad, 23 Oktober 2011

PERJALANAN KE SIK KEDAH

perjalanan ke Sik terserempak dengan kecelakaan
jalanraya Gurun-Jeniang, sebuah kereta Viva tersepit
di bawah lori terela ... pemandua dan penumpang tidak
pasti hidup atau mati

kereta viva remok bawah lori terela di laluan
Gurun-Jening Kedah

ceramah bengkel da'i profesional program mukayyam
tarbawi kolej Islam darul ulum di Bendang Man Sik

pelajar kolej Islam darul ulum (KIDU) dalam program
mukayyam tarbawi dan ceramh oleh ustaz kamaruddin
bengkel da'i profesional

bengkel da'i profesional kolej islam darul aman (KIDU)
di bendang man sik kedah






solat zohor di masjid ar-rahman pekan sik


Read More...

Jumaat, 21 Oktober 2011

HIMPUN: Halang?


Oleh : Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz


Saya dihujani soalan daripada pelbagai pihak terutama rakan-rakan saya daripada pemuda PAS atas tulisan saya semalam. PAS halang atau tidak?


Ia mungkin berpunca daripada satu arahan yang saya kurang periksa kesahihannya yang menghalang ahli PAS daripada menyertai perhimpunan satu juta anjuran sekretariat HIMPUN yang diketuai pemimpin NGO paling dikenali iaitu Cikgu Azmi TERAS.


Berikut adalah apa yang anda perlu fahami daripada kenyataan akhbar presiden PAS, tuan guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang yang telah disiarkan 2 hari lepas hasil keputusan mesyuarat Lujnah Politik PAS pusat. Ketua Pemuda dan saya hadir dalam mesyuarat tersebut.


PAS menyatakan pendirian menghormati kehendak sekretariat HIMPUN untuk tidak melibatkan parti-parti politik dalam menggerakkan perhimpunan tersebut. Ini dilihat bagi mengekalkan mereka sebagai pasukan ‘garis tengah’ yang dapat menghimpunkan seramai mungkin umat Islam untuk berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha bersama demi menyelamatkan dan memperkasakan akidah umat Islam yang berhadapan ancaman gerakan luar ( jangan lupa, juga dari dalam ) yang berusaha merosakkannya.


Demi menghormati sikap HIMPUN yang begitu jelas menolak keterlibatan beberapa figura UMNO yang tampak beriya-iya lebih awal untuk turut mengambil bahagian, PAS bersetuju untuk tidak terlibat.


Maka tidak ada mobilisasi di peringkat parti, terutama daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sesetengah ahlinya telah terlibat lebih awal melalui beberapa pertubuhan NGO, untuk mengerahkan ahli PAS menyertai perhimpunan tersebut.


Walau bagaimanapun, PAS tetap menyatakan sokongan terhadap segala usaha murni oleh pertubuhan-pertubuhan NGO muslim untuk duduk bersama mencari, merumuskan dan menggerakkan resolusi bersama ke arah penyelesaian terbaik menangani krisis umat tersebut.


Sebagai sebuah parti Islam dan gerakan Islam yang menaungi dan membawa aspirasi umat, PAS mengingatkan HIMPUN untuk sentiasa mengekalkan diri dengan sahsiah Islam dan tidak melakukan tindakan yang di luar batasan walaupun dengan niat memartabatkan Islam. Islam, jalannya menuju ketuanan sudah digariskan dengan sempurna oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Segala jalan yang menyalahinya adalah ditolak dan boleh mencemarkan kesucian Islam.


PAS juga mengambil kira kebimbangan awam yang melihat wujud usaha-usaha daripada parti politik tertentu untuk mengambil kesempatan daripada perhimpunan ini bagi mendapat sokongan murahan dengan melakukan provokasi perkauman dan kebencian antara ugama. Justeru PAS menyelar dan memberi ingatan kepada semua untuk menolak usaha-usaha buruk tersebut.


Dengan sokongan yang murni atas usaha murni HIMPUN yang telah berjaya menghimpunkan NGO muslim paling ramai dalam sejarah sebagaimana dimaklumkan, PAS tiada sebarang masalah dan langsung tidak menyekat ahlinya yang terlibat dengan pertubuhan NGO, bahkan atas kapasiti seorang muslim yang berminat untuk menyertai perhimpunan tersebut.


Harapan PAS perhimpunan tersebut akan mampu meningkatkan kesedaran bersama umat Islam untuk hidup bersatu padu di atas jalan ugama dan berpegang teguh dengan tali Allah. Kesedaran tersebut jika dengan niat yang ikhlas akan melorongkan umat kepada Islam yang syumul yang menjadi cara hidup sempurna buat membebaskan Malaysia daripada belenggu kezaliman dan kehinaan akibat kehidupan yang lari daripada landasan Ilahi.


Secara khusus daripada kami Dewan Pemuda PAS, hari ini sejuta umat Islam berhimpun untuk memperkasakan akidah umat, besok kita berharap sejuta umat Islam berhimpun pula untuk menegakkan syariat Allah.


Allahu akbar wa liLlahil hamd.


Read More...

Selasa, 18 Oktober 2011

HIMPUN : Hari Solidariti Ummat Islam


Amanah terbesar ummat Islam ialah memelihara, mempertahan dan memperjuangkan agama Allah swt sehingga ianya tegak secara praktikal di dalam diri setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah swt dan juga tegak berdaulat di atas tanahair mereka. Pantang mengalah sungguhpun terpaksa mendepani cabaran getir dan rintangan sengit terhadap perjalanan dan perkembangan Islam di negara ini.



Cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Islam dan ummatnya di sepanjang sejarah dan tamaddunnya pula adalah merupakan sunnatullah. Justeru itu, ummat Islam digesa agar senantiasa berwaspada, bersedia, peka, sensitif dan responsif terhadap apa jua keadaan dan dimana jua berada agar pemikiran mereka tidak terpesong, keperibadian mereka tidak cela dan aqidah mereka tidak rosak.



Musuh pula tidak pernah lalai dan leka menunggu saat dan ketikanya ummat Islam alpa dan asyik dari amanah dan tanggungjawab mereka terhadap perintah Allah swt dan tuntutan agamaNya untuk merosakkan pemikiran, akhlak dan aqidah ummat Islam. Pelbagai ruang dan peluang akan digunakan oleh musuh - musuh Allah untuk melunas tujuan dan hasrat mereka tersebut tanpa jemu, bosan dan berputus asa.



Lima perkara yang sering menjadi perantara berkesan untuk membinasakan ummat Islam tanpa disedari, pula berurutan dengan kelemahan dan ketidakpedulian ummat Islam sendiri. Lima perkara yang saya maksudkan ialah "Jerat 5F":



a] Food : Makanan yang tidak halal dan memudaratkan


b] Fun : Hiburan dan keseronokan yang meleka dan melalaikan


c] Family : Keluarga yang runtuh dan berantakkan


d] Film : Filem yang membinasakan budaya, merosakkan minda


e] Fashion : Fesyen yang menjolok mata dan merangsang syahwat.



Ummat Islam Mesti Bangkit.



Perkembangan mutaakhir ummat Islam sangat tenat dan menyedihkan. Sukar saya mahu menyebutkan figure dan angka, lantaran perkembangannya terlalu pesat saban hari dan grafnya meningkat mendadak. Tiada siapa yang boleh menafikannya seperti kes rogol, zina, buang bayi, pelacuran, hiburan tanpa batas, pergaulan bebas, penceraian, penderaan, ragut, samun, rompak, bunuh, khurafat, riddah dan 1001 mala petaka sedang menimpa ummat Islam termasuklah fenomena menghina dan mempersenda agama Islam serta mempertikai dan menentang hukum Allah swt secara terbuka.



Ummat Islam selayaknya sedar dan segera bangkit untuk melakukan perubahan total dan mengembalikan semula izzah [ kemuliaan dan kehebatan ] mereka bersama Islam sebagai petunjuk dan agama yang benar. Mereka perlu lepas dari ikatan idealogi yang bertentangan dengan Islam dan budaya mungkar yang dimurkai oleh Allah swt. Ummat Islam jua mesti bebas dari pengaruh maksiat yang menjerumuskan dan perangkap riddah yang memalingkan mereka dari ajaran Islam yang suci lagi mulia.



Ummat Islam kini perlu dibimbing, dipimpin dan diberi motivasi agar mereka menyedari bahawa mereka adalah ummat terbaik dan mempunyai kekuatan serta kehebatan diri yang telah dikurniakan oleh Allah swt bersama agamaNya sebagai manhaj atau cara hidup yang mulia dan sempurna. Malah Ummat Islam juga mestilah menginsafi bahawa lemah dan hinanya mereka pada hari ini adalah kerana mereka meninggalkan Islam sebagai petunjuk, cara dan gaya untuk hidup. Mereka bukan lemah dan hina kerana melaksanakan ajaran dan hukum hakam Islam.



HIMPUN untuk kebangkitan dan solidariti ummah.



Tanggungjawab menyedarkan ummat Islam dari tidur mereka yang panjang sehingga mamai dan hilang daya sensitiviti adalah tanggungjawab semua, justeru Islam bukanlah milik ekslusif mana - mana pihak. Sebaliknya Islam adalah milik semua mereka yang melafazkan syahadatain iaitu penyaksian bersumpah bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Ertinya ummat Islam mesti bersatu dengan ikatan aqidah, menjulang panji syahadah dan komited dengan amal Islami.



Telah tiba masanya ummat Islam menghentikan polemik sesama sendiri, konflik yang merugikan masa depan mereka. Saling curiga mencurigai, fitnah memfitnah, tuduh menuduh, jatuh menjatuh dan khianat mengkhianati diantara satu sama lain adalah punca segala musibah yang menimpa ummah, sedang mereka mempunyai sebab yang sangat kuat untuk teguh bersatu iaitu Aqidah Islamiyyah.



Kalaupun ummat Islam sukar mencari titik pertemuan kerana perbedaan ideologi politik, latar belakang sosial, ekonomi, pendidikan dan sejarah silam, saya yakin ummat Islam masih berpeluang untuk bertemu dan bersatu demi kerana aqidah dan masa depan ummat Islam yang perlu kepada kebangkitan semula. Namun setiap ummat Islam mestilah ikhlas dan jujur demi untuk Islam, aqidah dan syariatnya. Bukan saling mengintai peluang untuk memerangkap dan mengenakan pihak lain.



Saya dan rakan - rakan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi - tinggi tahniah kepada Sekretariat HIMPUN yang dipengerusikan bersama oleh Tuan Hj Azmi Abd Hamid [Teras Pengupayaan Melayu - TERAS] dan Dr Yusri bin Mohamad [Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA] di atas penganjuran Himpunan Sejuta Ummah [HIMPUN] yang bakal berlangsung detik jam 2.00 - 6.00 pm pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan.



Saya mengharapkan usaha murni tersebut disokong oleh seluruh ummat Islam dan saya menyeru agar ummat Islam turut hadir beramai - ramai khasnya anak - anak muda setelah saya mendapat komitmen daripada Sekretariat HIMPUN bahawa objektif Himpunan Sejuta Ummah boleh dirumus di atas 3 nokhtah :



a] Memotivasi ummah agar bangkit mempertahan dan memperjuangkan aqidah ummah.


b] Menghimpun dan menyatukan ummat Islam khasnya diatas isu aqidah


c] Sebagai satu penyataan sikap dan deklarasi ummah yang sedia berjuang



Himpunan hasil gabungan besar yang mencecah 1000 ngo muslim ini adalah julung kali dianjurkan dalam negara kita. Ia adalah himpunan awam yang bakal menyatukan pelbagai lapisan ummat Islam. Bermula dari tokoh - tokoh agama, pemimpin dan aktivis masyarakat, seleberiti dan mahasiswa dijangka akan membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyatu suara dan tindakan ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan aqidah ummah.



Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah ngo BERSIH 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.



Insyaallah, Saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Ummah pada 22 Oktober kelak . Semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah swt. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua ngo - ngo Islam yang terlibat. Kami pemuda PAS senantiasa bersama anda semua dalam meneruskan cita - cita perjuangan Islam dan mempertahankan aqidahnya di bumi bertuah ini. Selamat berHIMPUN daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia buat semua dan hadirlah dengan niat yang ikhlas kerana Allah swt.


Nasrudin bin Hassan

Ketua Pemuda PAS Malaysia

Read More...

Khamis, 13 Oktober 2011

AMALI DAKWAH DI ZON REALITI

di Seri Malaysia PD N9

Umat Islam di Malaysia telah dan sedang berhadapan dengan masalah penyakit sosial yang parah dan jenayah yang serius. Peningatan kadar jenayah dan gejala sosial telah memberikan kesan yang amat besar kepada survival umat dan negara. Masalah dadah yang tidak kunjung padam telah memberikan kesan besar kepada kehidupan masyarakat di negara ini. Masalah semakin rumit apabila isu sosial lain telah muncul macam kulat tumbuh subur diwaktu hening pagi seperti kegiatan sex bebas yang melibatkan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT), Penkid, Gothic, Black Metal, Hiv/Aids pergaulan bebas, pembuangan bayi dan lain-lain.

Apa yang mendukacitakan, usaha pembenterasan masalah ini hanya dilakukan oleh kelompok tertentu atas nama jawatan yang disandang, itupun hanya melaksanakan penguatkuasaan yang terbatas dan bukan atas tanggungjawab berdakwah secara menyeluruh. Ini terbukti usaha ini hanya dilakukan oleh segelintir individu atas nama jawatan yang disandang seperti Polis dan Pegawai Penguatkuasa di JAIN.

Bagi Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di JAKIM, JAIN, MAIN, Imam, Guru KAFA, Guru Takmir, Pemegang Tauliah Mengajar, Guru Agama di SK, SMK, SMKA, Ulama, Pemimpin Masyarakat, NGO Islam dan masyarakat awam Islam, semuanya kelihatan masih kurang proaktif dalam membenteras penyakit sosial yang membarah dan bernanah dalam erti kata yang sebenarnya.

Realiti yang berlaku mereka masih menumpukan aktiviti dakwah di masjid dan ceramah-ceramah sebagaimana kebiasaannya. Budaya kerja mereka masih terikat dalam bentuk kepegawaian dan terikat dengan peraturan-peraturan yang ketat di samping sering berhadapan dengan tertentu dan berokrasi. Oleh itu, satu pendekatan baru membenteras gejala sosial maksiat dan mungkarat sehingga ke akar umbi iaitu melalui pendekatan kerja amali kesukarelaan hendaklah difikirkan dan dijadikan satu alternatif.

Modul dan manual kerja dakwah telah dapat digubalkan untuk kegunaan PHEI, JAIN, MAIN, NGO, pendakwah, guru agama dan seluruh pimpinan masyarakat Islam di peringkat akar umbi. Manual ini juga mengandungi maklumat berkaitan dengan konsep, kepentingan, etika dalam aktiviti kesukarelawan menurut perspektif Islam.

Pelaksanaan program latihan teori dan praktikal disesuaikan mengikut kumpulan sasaran, masa, isu dan sumber yang dimilki. Aspek falsafah, etika hendaklah diberi penekanan di dalam semua sesi latihan supaya dapat melahirkan dan diberikan kefahaman dengan pelbagai kemahiran.

Pendekatan ini diharapkan dapat memperkasakan para sukarelawan Islam dengan memilik kemahiran berkomunikasi, bergorganisasi dan seterusnya dapat mengikuti latihan demi latihan temu seru di lapangan.
Bengkel Simulasi Manual Sukarelawan Islam
Menagani Gejala Sosial di Hotel Seri M'sia PD N9

Pantai PD N9 - Outreach Dakwah

Sukrelawan Dakwah di Pantai PD N9

Hotel Seri Malaysia PD N9

Bengkel Dakwah Pelajar IPT GAMIS di Masjid Jamek KL

Bengkel Praktikal Dakwah di Masjid Jamek KL

Bengkel Praktikal Dakwah Gamis bersama pelajar IPT
(UKM, USIM, UiTM, UIA DLL)

outreach dakwah di Jalan Masjid India KL

Latihan Praktikal Dakwah turun padang di Jalan
Masjid India KL

Read More...

Khamis, 6 Oktober 2011

Waspada : Merbahaya Memakan Buah-buahan Yang Diperam Dengan Gas CARBIDE


Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat Oleh SM Mohamed Indris Presiden CAP.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna selamat.

Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.

Dalam situasi biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah.

Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup ealaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.

Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.

Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi.

Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential olis, dan komponen perisa serta aroma.

Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyuhatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.

Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaanlebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Read More...

Selasa, 4 Oktober 2011

KONSERT DATANG LAGI


Pada 1 Oktober 2011 telah berlangsung konsert di tempat letak kereta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Konsert tersebut anjuran Langkawi FM dan bermula jam 9.00 malam. Antara artis yang terlibat membuat persembahan ialah Yabang (Khalaifah), Elly (AXL's), Edza Daus, Siti Nordiana dan Azrin Azdzar.Kalau tak silap kami, ini adalah konsert kali ke-2 dan kesert pertama pada 15 September 2011 yang berlangsung di Pantai Cenang.

Konsert yang pertama berlangsung sempena menyambut hari Malaysia. Kami kurang pasti setakat mana meriahnya konsert tersebut memandang kami aktivis LANDAS masing-masing ada tugas mencari rezeki, maklumlah kami terdiri di kalangan pekerja harian kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dan esoknya belum tentu ada.

Pada 28 September 2011, kami telah menerima panggilan dari salah seorang sahabat kami yang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat PBT. Beliau meminta kami menyiasat siapakah penganjur konsert tersebut. Kami cuba menyiasat sedaya mungkin dan akhirnya kami mendapat jawapannya, penganjurnya ialah Langkawi FM.

Sahabat kami itu meminta tolong aktivis LANDAS supaya mengadakan protes di hadapan pejabat PBT di atas penganjuran konsert Langkawi FM dan mereka akan follow up protes yang kami bakal buat. Malangnya konsert tersebut jatuh pada tarikh cuti umum dan memorandum tidak dapat disampaikan. Masa yang terlalu singkat juga menjadi penghalang kepada kami untuk menyampaikan protes tersebut.

Dalam masa yang sama juga, pihak kami telah dihubungi oleh Pemuda UMNO Langkawi melalui sahabat kami dan mengajak LANDAS bersama-sama dalam aktiviti dakwah lapangan. Dalam seminggu ini hampir setiap hari kami dihubungi dan amat berhajat agar LANDAS sedia bersama mereka dalam mendampingi remaja bermasalah. Salah seorang aktivis LANDAS Langkawi turun pada malam Jumaat di Pantai Cenang.

Justeru itu, kami ingin bertanya kepada anak-anak muda UMNO akan maksud gejala sosial sebelum kami bersedia bekerjasama dengan mereka. Maksud Firman Allah dalam Surat Al-Maidah, ayat 2: "... Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya."

Kebanyakkan masyarakat kita telah maklum akan gejala rosak akhlak anak muda dan penyebabnya. Punca paling ketara ialah dengan wujudnya hiburan melampau yang direstui oleh pemimpin negara dan negeri. Hampir setiap jam ada konsert di kaca TV dan diburukkan lagi dengan stesen radio yang dikhususkan untuk hiburan.

Akibat terlalu fanatik dengan hiburanlah manusia gagal mengawal diri lalau terjebak ke lembah kealfaan dan kelalaian serta hidup berpoya-poya. Mengapa mereka sedih dengan rosaknya akhlak anak muda dan dalam masa yang sama mereka adalah juara kepada kehancuran generasi muda yang merupakan aset masa depan negara.

Kebarangkalian mereka menafikan sebarang konsert diadakan bukan dianjurkan oleh mereka tetapi mereka duduk di atas katil yang sama. Maka mereka tidak sedar berlaku terhadap masing-masing pasangan.

Pihak penganjur konsert terdiri daripada orang Islam yang jadikan amanah sebagai sumber keuntungan di atas kerosakan generasi muda dan pengkhianatan mereka. Kami amat kecewa peranan para sahabat dalam Ahli Majlis Mesyuarat Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT). Permit konsert hiburan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan dalam masa yang sama berada dalam kawasan PBT. Mereka sepatutnya bertanggungjawab setiap apa yang berlaku.

Terdapat juga kata-kata saling salah menyalahi antara pihak berkuasa tempatan. Lesen hiburan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan kami PBT hanya mengeluarkan lesen permis perniagaan sahaja. Padahal kedua-dua pihak berkuasa tempatan ini diibaratkan lagu dan irama tak dapat dipisahkan.

Jika beginilah rupanya maka tiada perbezaan antara pemerintah terdahulu (BN) dengan sekarang (PR) yang diterajui oleh PAS. Ibarat seorang jaga yang bertugas menjaga kolam renang. Sepatutnya perubahan wajar berlaku di peringakat sistem pentadbiran yang sedia ada kepada kondisi yang lebih baik. Perlaksanaan undang-undang yang ada tidak dikuatkuasakan khususnya lesen hiburan dan permis perniagaan pusat hiburan.

Jom kita sama-sama meneliti peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Nabi s.a.w. bersabda, apabila umatku telah membuat 15 perkara, nescaya bala Allah akan turun ke atas mereka iaitu:

1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja (pihak penguasa dan kroni-kroninya).
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan (ghanimah).
3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/suka bertangguh)
4. Suami taat pada isteri (isteri yang suka campuri urusan negara suami).
5. Anak mendurhakai ibunya.
6. (Sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
7. (dan) menjaukan diri dari bapanya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid (berebut untuk memegang jawatan).
9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua (ketua NGO/Parti).
10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
11. Arak diminum di merata-rata tempat.
12. Kaum lelaki ramai memakai sutera (peralatan pakaian perempuan).
13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
14. Banyak jenis muzik dimainkan.
15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: "Hendaklah kalian menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi atau mereka ditukar menjadi makhluk lain."


Laporan LANDAS Langkawi
Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut