Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Isnin, 23 Mei 2011

OUTREACH DAKWAH SEKITAR BANDAR KOTA BHARU KELANTAN










Read More...

Ahad, 22 Mei 2011

KURSUS FASILITATOR MANUAL ISLAM HIIV/AIDS DI GRAND RIVERVIEW HOTEL KOTA BHARU PADA 21-24 MEI 2011








Read More...

Khamis, 19 Mei 2011

BARANGAN DI BAWAH INI KEBANYAKAN DI SEBELAH DALAMNYA DIPERBUAT DARI KULIT BABI SEPERTI DOMPET DUIT, KASUT, BEG DAN SEBAGAINYA













Read More...

AKIBAT LEPAK REMAJA MELAYU

Semasa dalam perjalanan balik dari Prai Pulau Pinang, ketika sampai di Taman Nilam Sari, didapati sekumpulan anak muda remaja melayu sedang bergaduh. Ketika itu lebih kurang jam 10.00 malam. Saya singgah sebentar untuk mendapat maklumat apa sebenarnya terjadi. Menurut kata beberapa orang yang berada di sekitar kawasan tersebut berpunca 2 orang remaja memecah kereta dan motosikal. Sebenarnya remaja yang terlibat sudah melarikan diri dan yang dibelasahnya remaja yang tidak terlibat. Malangnya kumpulan yang membelasah mereka yang tidak bersalah ialah terdiri daripada abang-abang 3 line. Apa yang ingin saya komen di sini, risikonya remaja yang suka melepak tak tentu pasal. Bahayanya apabila ada kumpulan yang berlagak samsing ingin menyelamatkan keadaan tetapi tidak usul pereksa. Ibu bapa kena memainkan peranan memantau anak-anak mereka supaya tidak melepak tanpa sebab yang bermanfaat. Yang malangnya, macam remaja ini yang luka-luka tanpa sebab ia diperlakukan sedemiakian. Menurut katanya, kawannya yang patah kaki dibelasah sedang dibawa ke Balai Polis oleh kumpulan yang salah sasaran.



Read More...

Rabu, 18 Mei 2011


Dari kiri Pak Herry Nurdi Ketua Editor Majalah Sabili Indonesia bersama Ustaz Amin Manjamin Mantan Speker Dewan Undangan Negeri Satun Thailand berkunjung ke rumah saya di Taman Nilam pada 18 Mei 2011, jam lebih kurang 5.55 petang. Mereka baru sahaja selesai mengadakan kursus penulisan di Sik. Malam ini selepas Maghrib, Pak Herry Nurdi akan menyampaikan ceramahnya di Masjid Baru, Zon Mawar, Amanjaya, Sungai Lalang, Sungai Patani, Kedah Darul Aman.
Read More...

Sabtu, 14 Mei 2011

Ummi Azzahra

Makluman..saya menerima perkhabaran bahawa ayahanda tercinta sahabatku Herry Nurdi, Jakarta Indonesia telah kembali ke rahmatullah. Mohon doa para sahabat semoga roh ayahanda Pak Herry di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 hamba2NYA yang soleh. Al Fatihah (الفاتحة)

Read More...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pihak Angkatan Pemuda Pemudi Islam dengan berbesar hati menjemput anda ke Program Wacana Tarbawi Bersama Pak Herry Nurdi pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Mei 2011

Hari: Sabtu

Di sini disertakan bersama-sama tentatif program untuk rujukan.

Sebarang pertanyaan hubungi

Sdr Cikgu Zaidi (0132614371) @ Puan Arnisa' (0134529807).

Semoga dipermudahkan untuk hadir.

Syukran..

Wacana TARBAWI

BERSAMA

HERRY NURDI

Ketua Editor Majalah Sabili

Anjuran

Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) Pulau Pinang

Tarikh / Hari : 21 Mei 2011/ Sabtu

Tempat :

Muslimat : Serambi Dakwah

Muslimin : RAUDHAH / Masjid (akan diberitahu)


Read More...

Rabu, 11 Mei 2011

Read More...

Ahad, 8 Mei 2011

MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 2011 PERSATUAN BEKAS PEGAWAI PENJARA MALAYSIA CAWANGAN KEDAH


Bergambar di hadapan pintu Utama Jabtan Penjara Alor Star selepas mesyuarat AJK kali pertama 2011 Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia Cawangan Kedah pada 9 Mei 2011. Pesara-pesara pegawai penjara yang tinggal di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi Penolong Setiausaha Persatuan Ustaz Kamaruddin Kassim di talian 019-5228455 @ Email: kama54us@yahoo.com.

AJK Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia cawangan Kedah sedang
bermesyuarat di Bilik Taklimat Jabatan Penjara Alor Star, Kedah Darul Aman
Read More...

Jumaat, 6 Mei 2011

KURUSUS DAKWAH PROFESIONAL

Majlis Perjumpaan Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Bersama Pensyarah Insititut Latihan Dakwan Profesional Negeri Pulau Pinang di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang.



KURIKULUM

KURSUS DAKWAH PROFESIONAL

Kurikulum ini disediakan bertujuan memenuhi Cadangan Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Pulau Pinang bagi merangka Kurikulum Istitut Latihan Dakwah Negeri.

Adalah menjadi suatu keperluan utama pada hari ini bagi mewujudkan sebuah institusi latihan dakwah bertujuan melahirkan para pendakwah yang professional selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa. Justeru, Jawatankuasa Panel Perunding Institut Latihan Dakwah Negeri telah diberi tanggungjawab untuk merangka kurikulum bagi tujuan tersebut.

Kurikulum disediakan ini adalah hasil daripada perbincangan Jawatankuasa Panel Perunding yang telah dijalankan selama 6 sesi perbincangan bermula pada 2 Ogos 2010 dan berakhir pada 4 Mei 2011 dengan majlis perjumpaan jawatankuasa pengurusan dan pembangunan bersama pensyarah Institut Latihan Dakwah Negeri Pulau Pinang.

Kurikulum yang disediakan mengandungi tiga topic utama iaitu Topik Asas, Topik Elektif dan Topik Kemahiranyang mencakupi syarat 70 jam kredit bagi memenuhi syarat pada tahap atau peringkat Sijil termasuk praktikum. Ia juga diperincikan dengan synopsis ringkas dan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian. Topik-topik yang dicadangkan juga telah mengambil kira semua aspek yang diperlukan oleh seorang pendakwah yang professional dan berkesan.

Kurikulum Institut Latihan Dakwah Profesional Negeri Pulau Pinang mengandungi subjek asas, elektif, kemahiran dan praktikum. Kurikulum asas mengandungi subjek Aqidah, Sirah, Fiqh Dakwah, Fiqh Ibadah, Fiqh Muamalat, Fiqh Jenayah, Fiqh Munakahat, Komunikasi Dakwah, Al-Quran, As-Sunnah dan Fiqh Keutamaan. Manakala Elektif pula mengandungi subjek Kitab Muktabar, Kitab Kuning, Sistem Agama Islam Malaysia, Bandingan Agama, Sains dan Islam. Seterusnya subjek kemahiran yang mengandungi latihan Imam, Kewangan Diri, Komputer, Psikologi Komunikasi, Kenderaan, Bahasa Mandarin / Tamil, Kaunseling dan bekalan harian. Pengajian secara teori dalam bilik-bilik kuliyah mengambil masa selama 3 bulan. Selepas itu peserta akan diberikan latihan praktikal kerja-kerja dakwah lapangan dipelbagai lokasi selama 24 hari mengikut modul LANDAS. Diharapkan dapat menyumbang dalam memperkasakan agenda dakwah bersepadu, praktikal dan berkesan.

SYARAT KEMASUKAN:


Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti kursus tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:


i. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelayakan akademik yang setaraf dengannya.

ii. Lulus temuduga yang akan diadakan.


Pemohon yang diterima masuk akan DIBAYAR ELAUN RM100.00 SEBULAN selama tiga (3) bulan.


INTISARI KURSUS:


Kursus ini memfokuskan kepada latihan yang berkaitan dengan dakwah bagi melahirkan pendakwah yang professional, selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa. Kurikulum kursus ini mengandungi subjek asas, elektif, kemahiran dan praktikum.


Sila dapatkan borang permohonan di Pejabat Pengurusan KITAB atau klik disini (Borang Kursus Dakwah Profesional ) untuk muat turun borang dan kembalikan borang permohonan sebelum atau pada 06 MEI 2011.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 04 – 835 1688 (Ustaz Najib Bin Mohd Salleh, Penolong Rektor KITAB).


Sila layari laman web KITAB :


http://www.kitab.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=85:berita-2

Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut