Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 31 Ogos 2011

Solat & Khutbah 'Idul Fithri 1432




خطبة عيد الفطر المبارك

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, sempat saya singgah bersama keluarga untuk Solat 'Idul Fitri di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Imam dan Khatibnya telah disempurnakan oleh Ustaz Dr. Rosli.

Khatib telah mengajak hamba-hamba Allah di pagi yang penuh keberkatan dan kegembiraan ini, supaya kita tidak lupa menetapkan wala' kita kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. serta wala' kita kepada perjuangan Islam. Perjuangan untuk menegakkan agama Allah sehinggalah keadilan dapat diratakan, hkum Allah dijunjung dan didaulatkan.

Wahai Hamba Allah, Ramadhan yang berlalu membawa bersamanya suka duka umat Islam. Di dalam kepasrahan kita beribadah kepada Allah s.w.t., saudara-saudar kita di Palastine
Pagi yang penuh keberkatan ini, rasmi sudah Ramadhan pergi meninggalkan kita, Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan, Ramadhan yang membawa janji keampunan dan kelepasan daripada neraka Allah telah pergi dengan seribu kenangan semalam, yang tinggal hanya kita sebagi graduan-geraduan lepasan universiti Ramadhan tersebut, di tahun hadapan entah sempat entah tidak,kita dengan Ramadhan :

"Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang dengan Ramadhan berjumpa lagi"

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar. wa Lillahi hamdh,

'Idul Fithri sesuai dengan namanya bermaksud "kembali kepada fithrah", setelah sebulan berhempas pulas menahan lapar dan derhaka, berqiam, bertilawah, mendengar tazkirah, memelihara pandangan, pendengaran, dan tutur kata, kini tibalah masanya kita merasai ni'mat kembali kepada fithrah asal kejadian kita, yang suci bersih tidak dilumuri sebarang dosa dan noda. Sabda Rasulullah s.a.w. :
إن الله فرض صيام رمضان وسنتت لكم قيامه فمن صامه وقيامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه

Ertinya: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan, dan aku pula telah mensunahkan qiamnya, maka barangsiapa berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, ia keluar dari disanya seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya".

Inilah ertinya fithrah, inilah maksudnya 'Idul Fithri. Seharusnya Ramadhan benar-benar menjadikan kita insan bertaqwa, yang benar, jujur dan amanah terhadap iman kita kepada Allah, Ramadhan mengajar kita menjunjung dan memperjuangkan Al-Quran, Ramadhan juga menjunjungkan contoh pengorbanan dan perjuangan Islam oleh generasi sahabat dan slafus-soleh, sebagaimana yang diabadikan di dalam peperangan badar, pembukaan Makkah, hathin dan 'ain jalut yang semuanya berlaku di dalam bulan Ramadhan.

Pastinya insan fithrah yang lahir dari Ramadhan adalah insan bertaqwa yang memberikan wala' sepenuhnya kepada Allah s.w.t, berhukumkan Al-Quran dan berjihad berjuang untuk menegakkan agama Allah walaupun di masa senang maupun di kala susah. Bagi mereka yang berkesempatan dengan Ramadhan tetapi gagal merebut peluang kembali kepada fithrah, amat rugilah mereka di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w.:

إن الشقي من حرم فيه (أى فى رمضان) من رحمه الله وفى رواية بعدا لمن أدرك رمضان فلم يغفرله إذا لم يغفرله فمتى

Ertinya: Orang yang celaka adalah orang yang diharamkan dari rahmat Allah pada bulan Ramadhan dan pada satu riwayat yang lain sabda baginda, amat jauhlah dari rahmat Allah. Sesiapa yang berkesempatan dengan ramadhan tetapi ia tidak mendapat keampunan Allah, jika Ramadhan pun tidak dapat membuatkan ia diampun bila lagi ia akan diampun.

Hamba Allah, dengan sejenis fithrah kurniaan Allah kepada kita ini, marilah kita kukuhkan i'tizar kita (إعتزار) - jati diri kita demi mempertahankan Islam, tanah air dan pada masa depan kita sendiri. Dengan itu kita akan terselamatlah aqidah kita dan aqidah masyarakat Islam daripada gejala-gejala yang boleh meruntuhkan ikatan iktiqadnya dengan Islam. Firman Allah s.w.t.:

ياأيهاالذين ءامنوا قواأنفسكم وأهليكم نارا

Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka."

Hamba Allah, musuh-musuh Islam bekerja siang dan malam untuk meruntuhkan tembuk-tembuk aqidah yang ada di dalam jiwa umat Islam. Mereka tidak senang melihat Islam diamalkan. Mereka menjadi gusar jika hukum Allah didaulatkan. Apa tidaknya, mereka hanya bertujuan menjadikan kita umat Islam sebagai hamba abdi, pak turut, menurut telunjuk dan arahan mereka. Lihatlah apa yang berlaku di Iraq dan Libiya, hendak menunaikan haji pun terpaksa mendapat kebenaran Amerika dahulu. Amat benarlah pesanan Allah subhanahu wataala:

ولن ترضى عنك اليهود ولاالنصارى حتى تتبع ملتهم

Ertinga:"Selamnya Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka, agama mereka dan menjadi boneka maianan mereka"

Mereka mengumpulkan seluruh kekuatan dan kemudahan yang mereka miliki untuk meninyak-inyak umat Islam, mereka menguasai ekonomi dunia, ketenteraan, persenjataan, industri dan media massa arus perdana. Semuanya di dalam genggaman mereka. Firman Allah s.w.t:

ولا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت فهو كافلا فأولئك حبدت أعمالهم فى الدنيا واللآخرة وألئك أصحاب النار هم فيها خالدون

Ertiany; "Mereka tidak pernah berhenti memerangi kamu hinggalah mereka memurtadkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu, barangsiapa di kalangan kamu yang murtad dari agamanya dan ia mati di dalam kafir, mereka itulah orang-orang yang gugur segala amalannya di dunia dan akhirat, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya."

Hamba Allah, sungguhpun Al-Quran berkali-kali mengigatkan kita dengan tipu daya musuh tetapi masih ramai yang terjebak dan tersasar jauh ke lubuk "riddah". Mereka bagaikan pelanduk lepakan jerat tetapi jerat yang tidak benyawa itu, yang tidak sepintar pelanduk itu tidak pernah melupakan pelanduk. Dengan kuasa kurniaan Allah dengan lidah yang tidak bertulang, mereka terjebak di dalam perangkap musuh.

As-Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya Hurriyah al-'itkad fi As-Syar'iyah Al-Islamiyah menyenaraikan perangkap-perangkap tersebut seperti berikut:

1. Menjulang panji-panji kebangsaan.
2. Menjulang panji-panji perkauman.
3. Menjulang panji-panji kemanusiaan yang terpisah dari Islam.
4. Memberi hak kepimpinan dan perundangan kepada yang lain dari Allah s.w.t.
5. Memperkecilakan sesuatu hukum Islam atau memuliakan perundangan lain ke atas hukum Islam atau menyamakan hukum Islam dengan dengan perundangan-perundangan lain ciptaan manusia.
6. Memperolok-olokkan fakta-fakta Al-Quran, As-Sunnah atau mana-mana syiar Islam.
7. Mengharamkan apa yang dihalalkan Allah atau sebaliknya.
8. Beriman dengan sebahagian dan kufur sebahagian daripada syariat Islam.
9. Memberikan ketaatan kepada orang kafir dan munafiqin serta mencari kemuliaan dari sisi mereka dan membenci orang-orang beriman dan da'wah di jalan Allah.
10. Beriman dengan Al-Quran dan kafir dengan As-Sunnah.
11. Buruk akhlak terhadap Rasulullah s.a.w. seperti memperlekeh mana-mana asfek yang bersangkut paut dengan baginda s.a.w..
12. Mendakwa zahir Al-Quran menyalahi batinya dan sebalinya.
13. Meletakkan sifat yang tidak layak kepada Allah s.w.t.

Wahai Hamba Allah, itulah di antara perangkap-perangkap yang sering menjerat orang-orang yang tidak mengerti atau sengaja engan mengerti hakikat penyerahan dirinya kepada Allah. Kedudukan, harta dan kemewahan dunia dan membuatkan mereka sanggup bertuankan musuh-musuh Allah dari menjadi hamba-hamba Allah yang taat.

Wahai hamba Allah!!! Ramadhan yang baru berlalu membawa bersamanya suka duka umat Islam. Di dalam kepasrahan kita beribadat kepada Allah, saudara-saudara kita di Palastine, Libiya dan pelbagai negara yang lain terpaksa bersahur, berpuasa, beriftar dan bertaraweh di bawah bedilan peluru yang tidak bermata menghadapi Ramadhan dengan jihad darah dan air mata.

Mereka di Palastine yang bersolat dan beribadat di Masjid al-Aqsa, masjid kemuliaan Islam yang ketika itu selepas dua tanah suci makkah, di bawah muncung-muncung senapang Yahudi. Di dalam negara kita juga dikejutkan dengan berita beberapa orang fakir miskin muslimin yang terpaksa menadah tangan di gereja mengih simpati mereka.

Inilah hakikat Islam di zaman ini, Islam yang diserang dari arah atas dan bawah, depan dan belakang, kiri dan kanan, luar dan dalam. Tetapnya umat dengan jihad, tetapnya umat mentaati Allah, menunjukkan umat Islam semangkin hari semangkin kembali kepada hakikat diri mereka yang sebenar dan InsyaAllah kita sedang menyedut keharuman kemenangan Islam. Kemenangan Islam sudah mula terasa, tetapi bilakah ia benar-benar akan berlaku. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Firman Allah:

إن تنصرواالله ينصركم ويثت أقدامكم

Ertinya: "Jika kamu menolong agama Allah, pasti Allah akan menulung kamu dan meneguhkan kedudukan kamu".

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر , ولله الحمد

Wahai Hamba Allah!!! Apa yang lebih penting, marilah dengan hasil tarbiyaqh Ramadhan yang baru kita lepasi, kita kumpulkan seluruh kekuatan kita, bergerak maju ke hadapan menjulang panji-panji Islam berjuang demi menegakkan agama Allah yang maha suci.

Sudah sampai masanya bagi umat Islam untuk mengenali jati dirinya yang sebenar. Jati diri "الا عتزاز بالاسلام" iaitu merasa mulia dengan Islam yang kita miliki, tidak rela hidup mewah dan senang tetapi hina terjajah, hina menjadi hamba pencacai musuh-musuh Islam.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ياأيهاالذين ءامنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم , تؤمنون بالله ورسوله وتجاهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم ذالكم خير لكم إن كنتم تعلمون , يغفرلكم ذنوبكم ويدخلكم جنات تجرى من تحتهاالأنهار ومساكن طيبة فى جنات عدن ذالك هو الوز العظيم وأخرى تحبونها نصر من الله وفتح قريب وبشر المؤمنين

Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?, kamu beriman dengan Allah dan RasulNya dan kamu berjuang di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu,iman dan perjuangan tersebut adalah lebih baik bagi kamu jika kamu benar-benar mengerti, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahanya sungai-sungai serta kediaman mahligai-mahligai yang indah di syurga 'adn, itulah kemengan yang agung, dan satu lagi janji Allah yang kamu amat sukakannya iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (berjaya menumpaskan musuh Allah dan menegakkan Islam di dunia ini), berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman".

نفعنى الله وإياكم بتلاوة آي الذكر الحكيم وحشرنى وإياكم فى زمرة نبيه الكريم وأعاذنى وإياكم من عذاب الجحيم وأخلنى وإياكم فى النعم المقيم فإنه لاحول ولاقوة إلا بالله العلي العظيم




Read More...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Tinjauan Aktivis LANDAS Langkawi di Pusat Hiburan

minuman keras dalam pusat karaoke

remaja melayu sedang minum arak dalam bulan puasa
dalam pusat karaoke


senarai harga minuman dalam pusat karaoke


Mohd Ali Abdullah

PUSAT HIBURAN DI LANGKAWI LANGGAR PERATURAN

Setelah saya membaca laporan dalam laman web kedahlanie, 2 orang EXCO kerajaan Negeri Kedah membuat tinjauan di beberapa buah pusat hiburan khususnya karaoke di Alor Star, maka saya meminta para aktivis LANDAS/UNGGAS di Langkawi membuat pemantauan di beberapa buah pusat hiburan karaoke di Langkawi. Hasilnya sepertimana yang di laporkan oleh Saudara Mohd Ali Abdullah seperti di bawah ini. InsyaAllah esok petang saya akan membuat tinjauan di Bandar Sungai Petani pula.

Hasil tinjauan
aktivis LANDAS/UNGGAS di Langkawi kelihatan tin-tin minuman yang ditinggalkan kerana peminumnya lari lintang pukang apabila menyedari kehadiran kami.

Pengunjung sedang khusyuk bermain snoker. Bau asap rokok dan kelihatan kepulan asap rokok di dalam malahan ada yang tengah menghisap rokok ketika kami sampai. Mereka segera mencampakkan rokok apabila melihat kelibat kami.


Kami menjenguk bilik karaoke, meninjau suasana dalam karaoke. Didapati ada orang Islam sedang tidur di dalam dan di sebelahnya ada bekas makanan.

Pada 26hb Ogos 2011, jam lebih kurang 4.30 petang, kami pergi ke dua buah pusat hiburan. Pusat hiburan yang kami lawati ialah karaoke Jeti Point dan karaoke Langkawi fair. Berikut ialah hasil yang kami temui di kedua-dua buah karaoke tersebut.

Karaoke Jeti Point

Dalam karaoke tiada sebarang aktiviti berkaraoke. Yang ada hanyalah kelihatan beberapa orang Islam sedang tidur di dalam dan di atas meja kelihatan beberapa bekas makanan yang baru digunakan.

Berlainan dengan pusat karaoke dimana di kawasan tersebut agak gelap kerana kepulan asap rokok. Didapati dua tiga orang sedang menghisap rokok dan serta merta mencampakkan rokok tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran kami kerana menyangka yang kami adalah dari jabatan agama.

Kami mengingatkan mereka yang menjaga pusat hiburan tersebut yang lesen mereka boleh ditarik balik jika sekali lagi kami menjumpai ada orang Islam masuk ke premis tersebut dan tidak berpuasa kerana ia melanggar peraturan yang dikenakan oleh PBT.

Kami difahamkan oleh pengawal keselamatan yang orang dari Jabatan Agama hanya sampai ke sana pada awali bulan.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi

Read More...

Jumaat, 26 Ogos 2011

Mohon Tindakan Terhadap Konsert Black Metal Di Pulau Pinang


Surat Terbuka


Kepada pihak Berkuasa Agama, Polis dan Kerajaan


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tuan,

Saya mewakili pihak Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia), sebuah NGO yang khusus berkerja di lapangan Gejala Sosial dan Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) ingin mengambil perhatian pihak Tuan berkenaan Konsert Black Metal yang akan diadakan pada 10 Septembar 2011 di Dewan Serbaguna Tapak Ekspo Seberang Jaya. Bermula jam 3 petang - 10 malam.


Kumpulan yang akan membuat persembahan pada hari tersebut adalah IMPIETY dari Singapura. Tinjauan yang dibuat pada laman web dan laman sosial rasmi IMPIETY jelas menunjukkan cara hidup BLACK METAL yang mereka promosikan. Perkataan IMPIETY juga dalam bahasa Inggeris jelas membawa maksud Anti-Tuhan dan penyembahan kepada syaitan.


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-9 Penggal Ke-8 yang bersidang pada 22 Jun 2010 telah membincangkan Kertas Kerja Mengenai Kumpulan "Black Metal" Di Negeri Terengganu. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


Amalan dan perbuatan kumpulan “Black Metal” adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, umat Islam diharamkan menyertai dan beramal dengan kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.


Dengan ini, saya ingin memohon perhatian pihak Tuan agar bertindak dalam bidang kuasa yang ada pada Tuan demi menyalamatkan AKIDAH anak muda kita yang semakin hanyut.

Kita hangat membicarakan soal MURTAD dan gerakan gereja tanpa kita sedari bahawa anak muda kita juga lemah menghadapi ancaman akidah melalui hiburan. Lebih malang lagi ia terus menjurus kepada kepercayaan Anti-Tuhan dan penyembahan syaitan sebagai idola.


Melalui laman web facebook yang memprosikan acara ini, sudah ada seramai 685 orang yang menyatakan hasrat untuk hadir. Saya menjangkakan, jalan-jalan akan dipenuhi oleh remaja-remaja berpakaian Black Metal pada hari berkenaan.


Saya berharap konsert ini dapat dibatalkan dan anak-anak muda yang hadir pada konsert ini dapat dikaunseling dan diberi bimbingan sewajarya.


Saya juga berharap, pihak polis dapat memantau aktiviti ini agar tidak terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini.


Disini saya sertakan 'link' rujukan untuk pihak Tuan.


facebook:


http://www.facebook.com/impietyofficial


http://www.facebook.com/event.php?eid=173837969345740


Laman Web rasmi kumpulan IMPIETY (Black Metal) : http://www.mightyimpiety.com/


Tindakan daripada pihak Tuan sangatlah kami hargai. Kami memohon nama kami secara individu tidak dinyatakan dalam apa-apa tindakan Tuan demi menjaga keselamatan kami daripada ancaman balas jika ada pihak yang tidak berpuas hati.


http://www.nst.com.my/nst/articles/11hitm/Article


NURFITRI AMIR MUHAMMAD (0137069509).


UNGGAS Malaysia

Angkatan Pemuda Pemudi Islam



Serambi Dakwah,

Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang,

Bagan Lalang, 13400, Butterworth, P.Pinang.

Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut