Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Selasa, 30 Mac 2010

GAMBAR-GAMBAR ACARA PENUTUP MAJLIS PERASMIAN FORSIMAS OLEH KETUA PENGARAH JAKIM DI ILIM BANGI

Peserta Kursus Imam-imam Serantau sedang

menyampaikan Nasyid & Salawat Thoha


PELATIHAN

PROFESIONALISME IMAM MASJID

SERANTAU


Pendahuluan


Alhamdulillah Forsimas (Forum Silaturrahmi Kemakmuran Masjid Serantau) yang bersekretariat di Aceh bekerjasama dengan ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia) di bawah JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah berjaya menyelenggarakan satu acara yang amat penting, yaitu Pelatihan Profesionalisme Imam Masjid Serantau yang berlangsung dari tanggal 20-30 Maret 2010 bertempat di kampus ILIM Malaysia. Kegiatan ini diikuti sebanyak 52 peserta yang berasal dari enam negara (Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Kamboja dan Myanmar), dua negara lainnya yang tidak sempat hadir adalah Singapura dan Pilipina.


Kegiatan yang dilaksanakan selama sepuluh hari itu dianggap penting karena dirasakan dapat memupuk rasa persaudaraan dalam bentuk ukhuwah Islamiyah antara sesama imam masjid yang dalam realitanya adalah orang yang secara langsung diberi amanah untuk mengurus berbagai persoalan umat di setiap masjid tempat mereka berkhidmat. Lebih dari itu, para imam dibekali dengan materi yang dapat meningkatkan keterampilan dan profesionalisme, mereka juga dapat berkongsi informasi dan berbagi pengalaman tentang pengurusan masjid disertai kendala-kendala yang dihadapi di negeri atau negaranya masing-masing.


Kegiatan dan Materi Pelatihan


Materi Pelatihan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Forsimas dan ILIM Malaysia ini, pada hari pertama kegiatan diawali dengan lawatan ke Masjid Putrajaya dan Masjid Al-Mizan Zainal Abidin atau yang lebih popular disebut masjid Besi dan disudahi dengan taklimat aktiviti PPA (Pusat Pemantapan Akidah) Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus. Empat hari berikutnya didedahkan materi-materi yang berkaitan dengan manajemen masjid dan substansi keimaman. Materi yang berkaitan dengan manajemen kemasji dan adalah: pengurusan dan pengimarahan masjid, pengurusan kewangan dan menjana sumber kewangan masjid, inventori masjid dan peranan masjid dalam pembangunan. Adapun yang terkait dengan substansi keimaman adalah: profesionalisme imam, peranan dan tanggung jawab imam, asas ilmu Tajwid, Tahsin Qiraat, Hafazan, teknik penyampaian khutbah berkesan, praktikal khutbah dan teknik pembacaan doa.


Empat hari berikutnya berupa lawatan ke Pusat Dakwah Paroi JHEINS (Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan), dilanjutkan ke masjid percontohan peringkat Negeri Sembilan iaitu; Masjid Kampung Pauh, Terachi, Kuala Pilah, masjid Negara, masjid As-Syakirin KLCC, lawatan sosial ke Kuala Lumpur, masjid al-Azim, Negeri Melaka, Museum al-Quran, Museum Kesenian Islam Malaysia, Darul Qur`an, Yayasan Restu dan dan Bandar Melaka. Karena kendala teknis, lawatan sosial ke Bandar Malaka dibatalkan dan diganti lawatan sosial ke Bandar Bangi.


Rekomendasi


Kecuali itu, Forsimas dengan agenda tunggalnya berupa pelatihan profesionalisme imam masjid, setelah mengikuti materi pelatihan dan diskusi, forum pelatihan ini juga berhasil menetapkan beberapa rekomendasi penting sebagai berikut:


1. Sebagai follow up dari kegiatan pelatihan profesionalisme imam masjid serantau ini, diharapkan kepada imam-imam masjid yang sudah mengikuti pelatihan agar dapat menyelenggarakan kegiatan yang lebih kurang sama, di negaranya masing-masing, guna meningkatkan kualitas dan keterampilan imam-imam masjid dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya.


2. Mengingat betapa mendasar dan urgennya hasil yang diharapkan dari kegiatan dimaksud dan dampaknya secara langsung terhadap pembinaan kualitas kehidupan umat Islam dalam beragama diharapkan kepada pihak penguasa atau pemerintah di negara masing-masing agar dapat memfasilitasi dan memprioritaskan program pelatihan profesionalisme imam masjid tersebut sesuai dengan undang-undang dan peraturan yang berlaku.


3. Mengingat program-program Forsimas yang obyeknya meliputi beberapa negara di wilayah Asean, diharapkan kepada Forsimas agar kegiatan selanjutnya khususnya pelatihan profesionalisme imam masjid seperti ini, agar dapat ditingkatkan dalam bentuk kerjasama dan koordinasi yang lebih intens dengan lembaga-lembaga negara dan organisasi keislaman terkait, seperti pihak kedutaan dari negara masing-masing peserta, pengurus atau comiti organisasi negara-negara Asean, Rabithah Alam Islami dan lembaga terkait lainnya.


4. Pertemuan Forsimas yang ke-5 direncanakan pada bulan Oktober 2010 di Bangkok, Thailand diharapkan dapat mengikutsertakan peserta pelatihan profesionalisme Imam serantau.


5. Mengingat pentingnya kegiatan pelatihan profesionalisme imam masjid serantau, dipandang perlu dirancang kegiatan yang berkesinambungan.


6. Perlu dibentuk perwakilan Forsimas di masing-masing Negara/propinsi.



dari kiri Imam Rangsan Kamson (Bangkok), Us Mohd Taqiuddin Abdullan (Dewan Pemuda Masjid Malaysia), Imam Niming Nimudo (Yala), Dr Munawar (Ketua Umum DPM), Us Kamaruddin Kassim (UNGGAS/LANDAS)


dari kanan Us Kamaruddin Kassim (UNGGAS/LANDAS), Dato' Hj. Wan Mohamdad Bin
Dato' Sheikh Abd Aziz (Ketua Pengarah JAKIM), Haji Paimuzi Yahya (Pengarah ILIM)

dll.


Read More...

Ahad, 28 Mac 2010

Masjid Kuala Pilah N9

Masjid mengadakan pusat komputer untuk anak Kariah

Read More...

Kuala Pilah N9 Bersama anak-anak Kariah Masjid di Kuala Pilah



Read More...

Rabu, 24 Mac 2010

KURSUS PROFESIONALISME IMAM-IMAM SERANTAU DI ILIM

Bersama pegawai-pegawai pengurusan masjid Brunei Darussalam

Peserta kursus profesionalisme imam-imam serantau di ILIM



KURSUS PROFESIONALISME IMAM-IMAM SERANTAU


BANGI – Kursus Profesionalisme Imam-imam Serantau melibatkan peserta dari Indonesia, Brunei, Thailand, Komboja, Myamar dan Malaysia. Program ini bermula tanggal 20 Mac – 30 Mac 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor Darul Ehsan.


Program sebegini amat penting untuk membina rangkaian masjid-masjid serantau khususnya dan umumnya masjid-masjid di dunia. Antara yang boleh kita laksanakan program radio dan tv pendidikan masjid. Ada beberapa buah masjid di indonesia dan thailand telah mempunyai radio pendidikan sendiri. Sebagai contoh di Masjid Raudhatul Jannah, Yala Thailand sudah 7 tahun wujudnya radio pendidikan masjid yang dapat didengari sekitar 30 km persegi dan dapat didengari melalui internet seluruh dunia.


Jadual rancangan antaranya ceramah agama, pengajian kitab, pendidikan masyarakat, ekonomi, kesihatan, berita rakyat, diskusi melalui telefon, hebahan info semasa, bacaan al-Quran, nasyid dan pengajian ilmu secara langsung dari masjid. Imam juga sebagai pengarah stesyen radio masjid. Di negara malaysia belum boleh mengadakan stesyen radio sendiri atas halangan pihak pemerintah untuk membenarkan. Berbanding dengan negara indonesia dan thailand. Di Thailand sendiri terdapat tidak kurang 300 buah stesyen radio rakyat atau radio masyarakat.


Dari tinjauan umum masyarakat melayu Islam di Thailand khususnya di Selatan Thailand. Mereka menyambut baik kewujudan radio pendidikan masjid. Sebelum ini mereka hanya mempunyai radio kerajaan atau radio masyarakat bukan Islam yang lebih memfokus rancangan hiburan semata. Dengan adanya radio masjid, kini sudah dapat mendidik masyarakat Islam dengan pelbagai rancangan pendidikan Islam dan dakwah Islam. Rosaknya masyarakat di malaysia khususnya anak muda kini disebabkan terlalu banyak wujudnya stesyen radio yang menyiarkan lagu dan hiburan yang tidak mendidik masyarakat. Disamping itu juga, banyak terdapat rancangan tv yang memaparkan adigan-adigan yang yang merosakkan aqidah dan akhlak. Rancangan radio pendidikan akhlak dan dakwah tidak diberikan tempat sewajarnya.


Read More...

Rabu, 17 Mac 2010

KUNJUNGAN KE RUMAH WARGA MISKIN LAGI FAKIR


Us Kamaruddin Penyelaras UNGGAS/LANDAS & Pengarah
Projek Rural Citizens sedang menyampaikan bantuan beras
zakat Fidyah untuk fakir miskin sebanyak 60 KG

Presiden Rural Citizens, En Aziz Man bersama jiran
Kg Baru Bakar Arang sedang berbual sesuatu


SUNGAI PETANI – Jam lebih kurang 11.45 pagi, saya telah ke sahabat Zakat Sungai Petani untuk ziarah dan mengunjungi sahabat-sahabat untuk bertanya kabar. Ketika itu saya telah dimaklumkan oleh pegawai zakat, ada seorang lelaki berumur 60 tahun bersama anaknya 10 tahun datang ke pejabat sekitar jam 10.00 pagi. Mereka datang untuk memohon bantuan zakat dengan mengisi borang yang disediakan oleh pihak pengurusan zakat negeri kedah.


Saya diberitahu pegawai tersebut, kanak-kanak 10 tahun itu tidak pernah bersekolah dan saya diberikannya beberapa maklumat peribadi keluarga malang itu. Pakcik Rizlai 60 tahun tinggal bersama isterinya berusia 47 tahun dan anak lelaki 10 tahun. Baru 3 minggu menyewai rumah di Kampung Baru, Kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bakar Arang, Sungai Petani. Dalam borang zakat dicatat alamat tempat sewanya yang lama, di Kampung Raja, Sungai Petani.


Selepas itu saya call En Aziz Man, Presiden Pertubuhan Muwafakat Warga Desa (Rural Citizens) Negeri Kedah untuk berjumpa di Masjid Kampung Baru selepas Asar. Selepas Asar saya ke Masjid Abu Bakar As-Siddiq untuk berjumpa dengan tuan imam masjid. Malangnya tuan imam bercuti ke Kelantan. Saya bersama En Aziz Man sempat berjumpa dengan setiausaha masjid untuk dapatkan maklumat tempat tinggal mereka.


Puas juga bertanya orang kampung untuk dapatkan maklumat lokasi tempat tinggal mereka. Mujurlah ada seorang pakcik yang mengenali lelaki tersebut dan membawa kami ke teratak buruk tempat tinggal mereka 3 beranak. Malangnya ketika itu hanya terdapat seorang isteri. Suami dan anaknya belum balik lagi. Mereka keluar ke bandar Sungai Petani dengan menaiki basikal hasil sumbangan orang yang prihatin terhadap kehidupan mereka.


Saya tak akan rasa senang selagi masih belum jumpa lelaki dan anaknya. Keesokkan hari, tanggal 17 Mac 2010, jam 8.30 pagi, sekali lagi saya berkunjung ke rumah mereka dan dapat berjaya bertemu lelaki tersebut yang bernama Rizlai bin Ramly dan anak lelakinya bernama Mohamad Azrin Rizlai.


Lelaki tersebut mengidap penyakit Diabetes, tidak mampu bekerja berat, isterinya pula sakit penat. Mereka hanya dapat bantuan JKM sebanyak RM100 sebulan dan bantuan zakat RM650 setahun. Sewa rumah RM80 sebulan. Maklumat dari kenalan rapat mereka memberitahu, terkadang satu hari tak makan disebabkan kehabisan wang saku. Walaupun begitu mereka malu untuk meminta-minta bantuan dari jiran-jaran sekeliling.


Setiap pagi lelaki tersebut akan keluar ke bandar dengan anak lelakinya berusia 10 tahun menaiki basikal. Dari rumahnya ke bandar Sungai Petani sejauh 3 km untuk mencari rezeki dan simpati kedai makan yang bersedia bagi mereka kerja cuci pingan untuk sesuap makanan, mengalas perut untuk hidup seharian. Kadang-kadang tak ada kerja yang boleh mereka lakukan. Mereka jatuh dalam golongan miskin lagi fakir. Mereka juga miskin ilmu dan tak pandai berurusan dengan organisasi pemerintah, separa pemerintah dan NGO masyarakat.


Kami dari NGO Rural Citizens dan UNGGAS/LANDAS telah menemui sekali lagi pegawai di Pejabat Zakat memaklumkan hasil siasatan keluarga yang hidup sengsara ini. AlhamdulilLah pihak pejabat zakat akan memperoses bantuan bulanan sebanyak RM300. Tidak lagi bantuan tahunan sebanyak RM650. Dengan bantuan bulanan akan dapat mengurangkan bebanan kehidupan yang mereka tanggung selama ini. Kami juga menyeru semua pihak agar sering menghulurkan bantuan makanan seperti beras, minyak masak, gula dan peralatan dapur. Kami juga sempat menyampaikan bantuan Fidyah Puasa, berupa beras 60 KG.


Sepatutnya pihak yang digajikan oleh pemerintah mendekati rakyat memberikan perkhidmatan turun padang menghulurkan bantuan. Rakyat yang miskin harta dan ilmu akan lebih tertekan hidupnya. Rumah yang buruk, kekurangan kemudahan asas, pasarana yang tidak lengkap dan kesihatan yang terganggu. PM, MB, KM, Wakli Rakyat, pegawai- pegawai kerajaan di semua peringkat hanya susah dan letih melaksanakan tugas semata-mata. Tempat tinggal mereka selesa, makanan dan pakaian yang mencukupi, anak-anak mereka ada kemudahan belajar sampai ke menara gading.


Juga kemana perginya MKK, JKKKP, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan, Pegawai Masjid, Jawatankuasa Kariah, Penghulu Mukim, Pejabat Agama dan lain-lain jabatan pemerintah peringkat negeri dan persekutuan. Harus diingat dan diinsafi bahawa mereka yang digajikan dengan menggunakan dana kerajaan untuk melaksanakan kewajipan amanah rakyat. Kedudukan mereka ini tidak lebih daripada hanya sebagai “KHADAM” atau dengan lain perkataan, memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya untuk rakyat. Pegawai kerajaan atau wakil rakyat bukan taukeh. Mereka hamba kepada Allah dan Khadam bagi rakyat. Jawatan hanya amanah semata dan bukan hak istimewa.


Kami dari NGO dan kumpulan sukarelawan rakyat akan sentiasa mendedahkan isu-isu semasa kesusahan rakyat dan gejala sosial tanpa ada apa-apa kepentingan peribadi. Kami juga tidak mendapat apa-apa elaun, gaji atau apa-apa bayaran. Oleh itu sangat kami kesali jika sekiranya masih ada mana-mana pihak yang diberikan gaji untuk berkhidmat untuk rakyat hanya bertugas dalam bilik berhawa dingin, tidak prihatin nasib rakyat yang lemah dan miskin. Malulah kita di hadapan Allah s.w.t. kerana kita terlalu banyak menciptakan slogan yang muluk-muluk tanpa merpraktikkan secara realiti. Jangan tunggu sehingga tiba musim Pilihanraya Umum (PRU) baru sebuk serta menyebuk menghulurkan bantuan itu dan ini untuk menarik simpati pengundi.


Pengarah Projek

Pertubuhan Muwafakat Warga Desa (Rural Citizens)

Negeri Kedah.

Dan Penyelaras UNGGAS & LANDAS



Read More...

Jumaat, 12 Mac 2010

مسجد تامن اينتن

MASJID TAMAN INTAN SUNGAI PETANI

Read More...

LOKASI ANAK MUDA MINUM ARAK DAN HIDU GAM

Lokasi remaja minum arak dan hidu gam berhampiran
kedai Beras Merbok Bangunan Wisma Bandaran SP



SUNGAI PETANI – Jumaat, 12 March 2010, hari ini saya Solat Jumaat di Masjid Taman Intan dan Khatibnya ialah Ustaz Haji Mohd Radzi Awang. Tajuk khutbah mengenai Hari Kiamat dan tanda-tanda kiamat. Khatib memperkatankan tanda-tanda kiamat sudah jelas pada ketika ini dengan adanya gempa bumi di sana sini, orang perempuan lebih ramai dari orang lelaki. Beliau juga membaca beberapa potong ayat Al-Quran dan Hadis mengenai kiamat dan bukti-buktinya.


Setelah selesai Solat Jumaat, saya terus ke Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. Dari masjid ke Hotel kurang lebih 4 KM. Saya ke Hotel menemui pengurusnya untuk menyerahkan CD gambar semasa kami mengadakan lawatan JKPD AADK di Yala Thailand.


Ketika saya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, semasa melewati Bangunan Wisma Bandaran, saya dapati ramai anak muda lelaki perempuan sedang berkumpul di lokasi minum arak dan gam. Saya terus singgah dengan berpakaian jubah putih dan berkupiah putih. Lokasi mereka bersebelahan kedai Merbok Beras, tepi sungai utama Bandar Sungai Petani. Semasa saya menghampiri mereka, seorang perempuan berpakaian seluar panjang, berbaju T, berasal dari Perlis berusia 22 tahun, memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum Ustaz?” dan saya pun menjawab “Wa’alaikumussalam warah matulLahi wa Baraktuh”. Dalam masa yang sama dia bertanya saya, sudah lamah ustaz tak mai ziarah kami. Saya pun menjawab, ni saya mai, katanya lagi, tapi dah lama kami tak nampak ustaz. Saya pun bagi tau, saya banyak turun ke N9, KL, Penang, Langkawi dan Selatan Thailand. Tak sempat nak jumpa hampa. Sebab saya teringat hampalah, saya singgah juga.


Perbualan saya dengan mereka lebih banyak bertanyakan kabar berita kawan-kawan yang lain. Ada yang sudah kawin dan berubah. Saya tanya pi mana Sikin yang penagih gam, mereka menjawab sikin dah nikah dan mendapat 1 orang anak tetapi suaminya kena tangkap dan dipenjara selama 5 tahun. Dalam surat kabar ada cerita, suaminya ragut seorang perempuan mengandung di Sungai Petani. Macam-macam lagi cerita baru yang mereka bagi tau saya. Mereka minta kami aktivis LANDAS rajin-rajinlah turun bagi dakwah, mana tau ada yang boleh berubah. Lebih kurang 30 minit saya bersama mereka dan saya minta diri untuk balik serta saya katakan pada mereka, saya doakan supaya Allah bagi pertunjuk untuk mereka kembali ke jalanNya. Mereka kata InsyaAllah. Mereka pun pakat-pakat salam dan cium tangan saya. Saya pun memegang kepala mereka dengan mendoakan supaya Allah bagi hidayahNya.


Saya harap dan menyeru setiap individu muslim, singgah-singgahlah ke lokasi anak muda bermasalah untuk sampaikan dakwah. Mereka ini tak akan ikuti kuliah di Masjid dan di surau-surau. Takkan kita nak biarkan mereka ini terus tersasar tanpa ada orang yang singgah sampaikan mesej dakwah. Tungas kita hanya menyampaikan dan Allah sahaja penentu HidayahNya.


Ustaz Kamaruddin Kassim


Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut