motosikalnya dirampas pihak MPSPK
SUNGAI PETANI – Pagi 10 Mac 2010, pihak UNGGAS telah dihubungi melalui telefon oleh seorang pengguna OKU bernama Syed Rashid Bin Syed Mustafa, mengenai motosikalnya yang telah dirampas oleh pihak penguatkuasa MPSPK dan ditahan di Unit Penguatkuasa MPSPK.
Pihak UNGGAS tidak mahu mempertikaikan bindangkuasa MPSPK dan terserah kepada pihak berkuasa menentukan pihak mana yang bersalah dalam hal ini. Pihak UNGGAS hanya menerima aduan dan cuba panjangkan kepengetahuan umum untuk menilai akan rungutan dan aduan pengguna.
Pihak UNGGAS hanya ingin menyentuh sikap seorang penjawat awam, sekiranya benar apa yang dipaparkan oleh saudara Syed Rashid itu betul-betul berlaku. Hal ini juga ingin kami pinta kepada semua penjawat awam supaya dapat mewujudkan budaya kerja yang berkualiti, mesra pelanggan, berkemahiran dalam undang-undang, tepat memberikan jawapan tentang pertuduhan kesalahan, tidak bersifat sombong diri, sentiasa menjaga nama baik organisasi dan lebih-lebih lagi nama baik kerajaan negeri yang merupakan pentadbiran tertinggi di sesebuah negeri.
Harus diingat, penjawat awam dalam mana-mana kerajaan pun, merupakan seorang “KHADAM”, dalam erti kata berkhidmat untuk rakyat dengan memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya. Tugas kita di semua peringkat jawatan hanya seorang “KHADAM” semata-mata, tidak lebih dari itu dan bukan seorang taukeh. Oleh itu perlu kita jaga tutur bicara kita dan memberikan alasan yang tepat kepada pelanggan atau pengguna kenapa seseorang itu perlu diambil tindakan undang-undang di atas kesalahan yang dituduh.
Perlu diberikan penjelasan yang tepat bentuk kesalahan dan kawasan yang telah diwartakan di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan. Sekiranya pihak pengguna masih melanggarnya juga sedangkan kawasan tersebut telah dipamerkan apa jenis kesalahan yang dilakukan maka mereka akan didenda atau dikompoun. Mengikut apa yang dilaporkan oleh sudara Syed Rashid, beliau telah mendapat kebenaran pihak majikannya AWONA untuk meletakkan kenderaan motosikalnya di lokasi milik persendirian. Sudah 9 tahun beliau meletakkan motosikalnya di lokasi tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen laporan Syed Rashid untuk penilaian semua.
Penyelaras UNGGAS & LANDAS
0 ulasan:
Catat Ulasan