KURSUS PROFESIONALISME IMAM-IMAM SERANTAU
BANGI – Kursus Profesionalisme Imam-imam Serantau melibatkan peserta dari Indonesia, Brunei, Thailand, Komboja, Myamar dan Malaysia. Program ini bermula tanggal 20 Mac – 30 Mac 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Program sebegini amat penting untuk membina rangkaian masjid-masjid serantau khususnya dan umumnya masjid-masjid di dunia. Antara yang boleh kita laksanakan program radio dan tv pendidikan masjid. Ada beberapa buah masjid di indonesia dan thailand telah mempunyai radio pendidikan sendiri. Sebagai contoh di Masjid Raudhatul Jannah, Yala Thailand sudah 7 tahun wujudnya radio pendidikan masjid yang dapat didengari sekitar 30 km persegi dan dapat didengari melalui internet seluruh dunia.
Jadual rancangan antaranya ceramah agama, pengajian kitab, pendidikan masyarakat, ekonomi, kesihatan, berita rakyat, diskusi melalui telefon, hebahan info semasa, bacaan al-Quran, nasyid dan pengajian ilmu secara langsung dari masjid. Imam juga sebagai pengarah stesyen radio masjid. Di negara malaysia belum boleh mengadakan stesyen radio sendiri atas halangan pihak pemerintah untuk membenarkan. Berbanding dengan negara indonesia dan thailand. Di Thailand sendiri terdapat tidak kurang 300 buah stesyen radio rakyat atau radio masyarakat.
Dari tinjauan umum masyarakat melayu Islam di Thailand khususnya di Selatan Thailand. Mereka menyambut baik kewujudan radio pendidikan masjid. Sebelum ini mereka hanya mempunyai radio kerajaan atau radio masyarakat bukan Islam yang lebih memfokus rancangan hiburan semata. Dengan adanya radio masjid, kini sudah dapat mendidik masyarakat Islam dengan pelbagai rancangan pendidikan Islam dan dakwah Islam. Rosaknya masyarakat di malaysia khususnya anak muda kini disebabkan terlalu banyak wujudnya stesyen radio yang menyiarkan lagu dan hiburan yang tidak mendidik masyarakat. Disamping itu juga, banyak terdapat rancangan tv yang memaparkan adigan-adigan yang yang merosakkan aqidah dan akhlak. Rancangan radio pendidikan akhlak dan dakwah tidak diberikan tempat sewajarnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan