LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 12 Mac 2010

LOKASI ANAK MUDA MINUM ARAK DAN HIDU GAM

Lokasi remaja minum arak dan hidu gam berhampiran
kedai Beras Merbok Bangunan Wisma Bandaran SP



SUNGAI PETANI – Jumaat, 12 March 2010, hari ini saya Solat Jumaat di Masjid Taman Intan dan Khatibnya ialah Ustaz Haji Mohd Radzi Awang. Tajuk khutbah mengenai Hari Kiamat dan tanda-tanda kiamat. Khatib memperkatankan tanda-tanda kiamat sudah jelas pada ketika ini dengan adanya gempa bumi di sana sini, orang perempuan lebih ramai dari orang lelaki. Beliau juga membaca beberapa potong ayat Al-Quran dan Hadis mengenai kiamat dan bukti-buktinya.


Setelah selesai Solat Jumaat, saya terus ke Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. Dari masjid ke Hotel kurang lebih 4 KM. Saya ke Hotel menemui pengurusnya untuk menyerahkan CD gambar semasa kami mengadakan lawatan JKPD AADK di Yala Thailand.


Ketika saya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, semasa melewati Bangunan Wisma Bandaran, saya dapati ramai anak muda lelaki perempuan sedang berkumpul di lokasi minum arak dan gam. Saya terus singgah dengan berpakaian jubah putih dan berkupiah putih. Lokasi mereka bersebelahan kedai Merbok Beras, tepi sungai utama Bandar Sungai Petani. Semasa saya menghampiri mereka, seorang perempuan berpakaian seluar panjang, berbaju T, berasal dari Perlis berusia 22 tahun, memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum Ustaz?” dan saya pun menjawab “Wa’alaikumussalam warah matulLahi wa Baraktuh”. Dalam masa yang sama dia bertanya saya, sudah lamah ustaz tak mai ziarah kami. Saya pun menjawab, ni saya mai, katanya lagi, tapi dah lama kami tak nampak ustaz. Saya pun bagi tau, saya banyak turun ke N9, KL, Penang, Langkawi dan Selatan Thailand. Tak sempat nak jumpa hampa. Sebab saya teringat hampalah, saya singgah juga.


Perbualan saya dengan mereka lebih banyak bertanyakan kabar berita kawan-kawan yang lain. Ada yang sudah kawin dan berubah. Saya tanya pi mana Sikin yang penagih gam, mereka menjawab sikin dah nikah dan mendapat 1 orang anak tetapi suaminya kena tangkap dan dipenjara selama 5 tahun. Dalam surat kabar ada cerita, suaminya ragut seorang perempuan mengandung di Sungai Petani. Macam-macam lagi cerita baru yang mereka bagi tau saya. Mereka minta kami aktivis LANDAS rajin-rajinlah turun bagi dakwah, mana tau ada yang boleh berubah. Lebih kurang 30 minit saya bersama mereka dan saya minta diri untuk balik serta saya katakan pada mereka, saya doakan supaya Allah bagi pertunjuk untuk mereka kembali ke jalanNya. Mereka kata InsyaAllah. Mereka pun pakat-pakat salam dan cium tangan saya. Saya pun memegang kepala mereka dengan mendoakan supaya Allah bagi hidayahNya.


Saya harap dan menyeru setiap individu muslim, singgah-singgahlah ke lokasi anak muda bermasalah untuk sampaikan dakwah. Mereka ini tak akan ikuti kuliah di Masjid dan di surau-surau. Takkan kita nak biarkan mereka ini terus tersasar tanpa ada orang yang singgah sampaikan mesej dakwah. Tungas kita hanya menyampaikan dan Allah sahaja penentu HidayahNya.


Ustaz Kamaruddin Kassim


0 ulasan:

 

Pengikut