LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 5 Mac 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR JKPD DI YALA DAN SONGKHLA

Sebelah kanan Us Kamaruddin,

Lt. General Dr Pichate Wisaijorn, En Zakaria JKPD, AJK YMAT & Lt. Kernal Zul Pengerusi JKPD

YALA – Projek ekonomi kampung dan program pemulihan dadah Madrasah Jalanan Baru yang dilaksanakan oleh pihak tentera amat menarik. Ilmu kemahiran hidup yang lebih praktikal perlu dipelajari dari sesiapapun asalkan ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Lawatan 11 orang Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kuala Muda (JKPD) telah memberikan kesan yang sangat mendalam khususnya projek ekonomi kampung dan pendekatan pemulihan dadah tentera.


Kami dapat bersama dengan ketua pemerintah tentera darat 14 wilayah selatan, Lt. General Dr Pichate Wisaijorn, Air Vice Marshal Nitaya Imanotai Royal Thai Air Force Expert dan beberapa orang General Tentera yang membawa kami melihat dari dekat beberapa projek yang mereka laksanakan. Kami juga ditawarkan beberpa orang untuk ikuti latihan kemahiran mengendalikan projek ekonomi kampung dan pendekatan secara Islam pemulihan penagih dadah Madrasah Jalanan Baru secara percuma.


Sepatutnya penggerak masyarakat perlu mempelajari projek ekonomi kampung melalui projek Maharaja Thai yang dilaksanakan oleh pihak tentera. Sebuah rumah kampung boleh melaksanakan projek ekonomi secara sepadu dan mampu menyara hidup sekeluarga. Projek ekonomi sederhana diantaranya sayur-sayuran, buah-buahan, kolam ikan keli dan ternakan. Makanan ikan, ternakan dan baja semuanya diproses sendiri tanpa menggunakan bahan-bahan kimia.


Madrasah Jalanan Baru Pula merupakan cara pendekatan mengubat dan memulih penagih dadah orang melayu secara Islam. Guru-guru agama bertugas secara tetap membimbing mereka amalan hidup Islam dengan solat berjamaah, lain-lain solat sunnat, kuliah, riadhah, rawatan penagihan secara tradisional dengan mandian wap dll.


Disamping itu kami sempat melawat projek kelab penagih dadah hospital besar Yala. Bagaimana mereka memberikan kaunseling untuk pesakit HIV/AIDS dan projek kempen HIV oleh Angkatan Belia Islam Thailand (YMAT). YMAT bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Yala untuk test HIV bagi pasangan Islam yang hendak berkahwin. Walaupun ramai orang malaysia takut untuk ke wilayah bergolak, hampir setiap hari ada saja kes-kes letupan dan tembakan di sana sini, namun tidak dapat melemahkan kami dalam misi lawatan sambil belajar. Kiita sentiasa takut mati tapi kematian sentiasa mengejar kita.


Kamaruddin bin Kassim

Ketua Biro Bimbingan dan Kaunseling JKPD


0 ulasan:

 

Pengikut