Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 30 Jun 2010

MAJLIS TAUTAN KASIH







SUNGAI PETANI
- Sukarelawan Al-Falah Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani telah mengadakan Majlis Tautan Kasih di Ruang Legar Utama HSAHSP pada 29 Jun 2010 dengan anjuran bersama Yayasan Dakwah Malaysia Zon Utara. Program tersebut bermula dari jam 10.00 pagi - 4.00 petang. Diantara program yang dilaksanakan ialah, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan, pameran YADIM dan SAF, ziarah prihatin pesakit mesra ibadah, majlis perasmian dan ceramah. Ustaz Kamaruddin Kassim telah menyampaikan ceramah agama bertajuk "ISLAM ITU INDAH". Turut serta dalam majlis ceramah tersebut ialah, Ustaz Zuhri Hj Husain, Pengarah YADIM (kawasan utara), Dr Nuraini (mewakili Pengarah HSAHSP), Dr. Mohamed Ali Mohd Nadhar Khan (Ketua SAF), juga pegawai-pegawai perubatan, kakitangan hospital dan sukarelawan al-Falah (SAF) serta kakitangan YADIM.

Read More...

Selasa, 29 Jun 2010

Elemen Triler Dalam Perindu Pelangi



Jalan cerita yang sukar dijangka (unpredictable) adalah antara unsur yang menjadikan sesebuah novel itu sedap dibaca. Pembaca sentiasa tertanya-tanya: apa yang akan berlaku seterusnya?


Kesan ini akan dirasai oleh mereka yang membaca novel Perindu Pelangi.


Seawal bab pertama lagi, penulisnya Siti Munirah A. Rashid sudah merangsang rasa ingin tahu pembaca. Pembaca tertanya-tanya, siapa Isador, watak misteri yang muncul di sebuah daerah yang sangat asing baginya? Siapa pula Akil, nama Melayu yang disebut-sebut di tengah-tengah keluarga Cina? Wujudnya bayangan konflik melibatkan dua watak ini dan pengenalan beberapa watak lain – Pak Cik Ming, Mak Cik Fan dan Xiao Er serta episod imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak Akil – merupakan pakej yang baik dalam memancing minat dan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca pada bab pertama itu.


Dan ternyata, apabila menyelak halaman-halaman seterusnya, pembaca tidak merasai momentum yang ditimbulkan oleh bab pertama itu mengendur. Momentum itu bersambung dari bab ke bab. Ibarat bola yang melantun tanpa henti, ia mencipta rasa ingin tahu yang berterusan, hinggalah ke noktah akhir apabila ia disudahi dengan penutup yang indah.


Rakan editor Puan Suraiya Pauzi, penggemar novel-novel John Grisham, meletakkan novel ini di kedudukan nombor satu di hatinya dalam senarai novel-novel Islami Galeri Ilmu setakat ini. Beliau melihat sebahagian kekuatan novel-novel John Grisham ada pada Perindu Pelangi. Saya mengenali Puan Suraiya sebagai seorang pembaca novel yang sangat kritis. Bukan mudah untuk mendengar beliau memuji novel Melayu.


Melalui Perindu Pelangi, Siti Munirah berjaya menyuntik sedikit elemen triler dengan begitu baik. Beliau juga begitu kenal kepada watak-watak ciptaannya. Watak-watak itu hidup dan mempunyai akhiran cerita masing-masing. Setiap watak itu juga membantu menggerakkan cerita.


Watak seorang angkasawan yang mencari kebenaran dinukilkan dengan begitu mengesankan dan disokong oleh penyelidikan. Watak pemuda Melayu yang hidup di tengah-tengah masyarakat Cina di Guangzhou, memberi impak yang kuat kepada struktur cerita. Watak gadis bernama Xiao Wei yang agak serius tetapi menyimpan perasaan kepada Akil, menimbulkan kesan tersendiri di hati pembaca, begitu juga dengan watak Xiao Er, gadis yang keanak-anakan dan manja.


Sebagai sebuah novel Islami, Perindu Pelangi sarat dengan nilai didikan yang dijalin secara bersahaja. Nilai tauhid, nilai akhlak dan nilai adab disulam melalui perkembangan watak dan pergerakan cerita yang lancar serta dialog-dialog yang segar. Demikian juga nilai syariat yang digambarkan melalui aspek pergaulan dan cara berpakaian watak-watak yang tidak terasa terlalu mengajar. Kisah dan konflik cinta dipaparkan dalam ‘dos’ yang sederhana, namun diselitkan nilai Islam yang indah.


Baru-baru ini seorang kenalan, Puan Siti Malini binti Mat, yang juga seorang penggemar novel, meminta saya mencadangkan sebuah novel Islami yang baik untuk dibaca, lalu saya menyuakan novel Perindu Pelangi kepadanya. Setelah membacanya, beliau menghantar e-mel ini kepada saya:


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mencadangkan supaya saya membeli novel Perindu Pelangi. Buku itu memang sangat baik! Ceritanya sangat menarik, bahasanya indah, dan Siti Munirah bijak menggunakan latar (China) dan ilmu tambah (masakan, astronomi) untuk menjadikan karyanya lebih menarik. Pada pendapat saya, Siti Munirah berpotensi besar. Jikalau saya dapat menulis sebaik dia, saya akan berasa sangat gembira.”


Zakaria Sungib

Read More...

Isnin, 28 Jun 2010

LAWATAN YADIM KE MAJLIS AGAMA ISLAM SONGKHLA

bergambar depan pondok baba ya Sadao @ rumah Dr. Abdul Rahman
Kaiyem Setiausaha Majlis Agama Songkhla

bergambar di tepi pantai Songkhla bersama YDP YADIM Datuk
Aziz Jamaludin Mhd Tahir, Dr. Abdul Ghani Mohamad COO YADIM dll

bersama Mohd Aini Atan (Consul General Malaysia) di Masjid
Majlis Islam Songkhla selepas Solat Zohor

bergambar bersama rombongan YADIM & ahli Majlis Agama
Islam Songkhla di Pejabat Majlis Islam Songkhla

dari kiri Mohd Aini Atan (Consul General), Mohamad Hj. Daud (Vice Consul)

Read More...

Khamis, 24 Jun 2010

PELEKAT KALIMAH ALLAH كليمة الله



Pelekat Kereta Kalimah ALLAH 'Katakanlah Allah itu Esa, Tiada Punya Anak & Tidak Diperanakkan. berminat untuk membeli atau mengedar? sila hubungi Arif 0135045377
Read More...

Rabu, 23 Jun 2010

GURU SMK KHIR JOHARI CEDERA DIBELASAH OLEH BAPA PELAJAR



KESAN LUKA DI ATAS KEPALA

KENING KANAN BERJAHIT & DAHI LEBAM

TELINGA KIRI BERJAHIT

SUNGAI PETANI - 23 Jun 2010 : Semasa anak saya pulang dari sekolah dan memberitahu, ada seorang guru dibelasah oleh seorang bapa pelajar, di SMKKJ. Ketika itu juga saya terus menghubungi SU PIBG SMKKJ bagi mendapatkan pengesahan. Jam lebih kurang 4.00 petang, saya sebagai NYDP PIBG terus ke sekolah untuk dapatkan berita sebenar apa yang telah berlaku. Semasa saya sampai ke pejabat sekolah dengan tujuan untuk berjumpa pengerua, malangnya pengetua sedang bermesyuarat di asrama sekolah. Saya terus menghubungi Azman, beliau memberitahu saya, dia sedang memberi laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Daerah Kuala Muda. Saya langsung ke IPD untuk berjumpa dan bertanya kabar serta mengambil gambarnya.

Cikgu Noor Azman Mohd Noor, bertugas di SMK Khir Johari (SMKKJ) Sungai Petani cedera dibelasah oleh seorang lelaki india, bapa kepada pelajar tingkatan satu SMKKJ. Jam lebih kurang 9.00 pagi, ketika Azman sedang berada dalam bilik stor yang dijadikan bilik tambahan guru lelaki. Sorang lelaki india masuk terus ke biliknya dan Azman mempersilakan lelaki tersebut duduk untuk bertanya apa hajatnya sambil beliau duduk. Tiba-tiba lelaki itu menyeluk poket seluarnya dan memakai buku lima (buatan besi) dan menumbuknya hingga berdarah mukanya, terkoyak kening, cuping teling, kepala dan dua belah tangan. Selepas terdengar bunyi dentuman dalam bilik tersebut, beberapa orang guru lain terus meluru masuk ke bilik Azman dan ketika itu lelaki india lari keluar dan menghilangkan diri.

Azman juga hairan bagaimana lelaki tersebut boleh tahu di mana lokasi beliau berada. Saya cuba dapatkan maklumat dari guru lain, sebelum kejadian tersebut berlaku. Mereka ternampak sekumpulan pelajar india dalam jumlah lebih kurang 15 orang membawa seorang lelaki dewasa menuju ke arah bilik guru dan mereka tidak mengsyaki apa-apa. Saya juga bertanya pengawal keselamat sekolah yang bertugas di pintu pagar sekolah macamana kes ini boleh berlaku. Mereka pun tak tahu, kerana ianya berlaku dalam masa sekelip mata sahaja.

Saya terus bertanya Azaman apa punca utama berlaku kes ini. Azman bagi tau saya, sebelum cuti sekolah 2 minggu, jam anaknya telah hilang dan apabila sekolah buka dan mula sesi pengajiannya, anaknya ternampak pelajar india tingkatan satu ada memakai jam tersebut dan dia kenal sebab ada tanda-tanda calar. Anak Azman bagi tau dia dan beliau terus jumpa pelajar tersebut untuk pastikan betul jam anaknya. Azman juga dapat mengecamnya dan minta guru yang lain sama-sama menyoalnya kerana Azman takut jika dia seorang buat siasatan akan ada kepentingan.

Pada mulanya pelajar tersebut tidak mengaku dan mengatakan jam tersebut bapanya yang beli. Akhirnya pelajar tersebut kata dia jumpa di bawah meja. Selepas itu jam tersebut diambil dan disimpan dalam bilik PK HEM untuk dibuat siasatan seterusnya. Pada ketika Azman dibelasah, bapa pelajar tersebut mengatakan dia yang membelikannya, tetapi Azman kata dia ada bukti pembelian, pengecaman, nombor siri dan di kedai mana.

Azman telah ke Hospital untuk rawatan serta mendapat jahitan di kening sebelah kanan dan di cuping telinga sebelah kiri. Begitu juga lebam di sana sini. Dalam hal kejadian begini, saya sebagai NYDP PIBG tidak mengambil tindakan cenderong mana-mana pihak. Apa yang sangat saya kesalkan ialah cara bapa pelajar tersebut bertindak, macam seorang samseng. Walaupun mereka juga merupakan warga PIBG. Bertindak sesuka hati tanpa merujuk kepada pengetua dan mengikut saluran yang betul, sangat saya kesalkan. Guru-guru yang lain pun terlalu bimbang dengan keselamatan sekolah dan sebelum ini pun sudah banyak terjadi kes-kes pukul antara pelajar melayu dan india dengan mendapat bantuan dari remaja india dari luar. Sekiranya hal ini tidak dapat dibendung dari awal, nescaya akan menimbulkan perasaan perkauman.

Saya sering mengadakan bengkel motivasi pelajar SMKKJ dan terlebih dahulu menjelaskan semasa bengkel dijalankan, saya tidak mahu pelajar duduk dalam kelompok bangsa sendiri. Sebelum program berjalan, saya arahkan supaya pelajar cina, india dan melayu duduk bercampur-campur. Dengan cara begini dapat membina persefahaman dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi antara kaum dan bangsa. Begitu juga saya harapkan kepada guru-guru kelas tidak biarkan pelajar-pelajar ini semasa sesi kelas berjalan, mereka duduk dalam kelompok bangsa mereka sendiri.

Kes ini sudah dalam pengetahuan pihak polis dan sama-sama kita tunggu hasil siasatan dijalankan. Saya bagi pihak PIBG sangat-sangat mengharapkan supaya kes sepeti ini tidak berulang lagi.


KAMARUDDIN KASSIM
NYDP PIBG SMKKJ




Read More...

Ahad, 20 Jun 2010

PENYELARAS URUSETIA MENANGANI GEJALA SOSIAL (UNGGAS) & LATIHAN AKTIVIS DAKWAH LAPANGAN ISU-ISU SOSIAL (LANDAS)


Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
telah menyediakan Modul Latihan Aktivis Dakwah Isu-isu Sosial (LANDAS) untuk kerjasama dengan Persatuan Ulama Negeri-negeri dan telahpun dilaksanakan di bawah Persatuan Ulama Pulau Pinang (PUMPP), Persatuan Ulama Kedah (PUK), Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan (PUMWP) dan Persatuan Ulama Kelantan (PUMK).

Sejak tahun 2007, UNGGAS telah bermula mengembang sayapnya dengan digerakkan oleh sekumpulan sukarelawan yang dikenali dengan nama aktivis LANDAS. Juga mempromosi dan mengupayadaya komuniti setempat dengan gaya hidup sihat tanpa gejala sosial dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kini, selain Pulau Pinang, beberapa komuniti setempat telah berjaya diwujudkan di Langkawi, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Alor Setar dan Sungai Petani. Mereka bergerak dengan cara mereka sendiri mengikut keperluan setempat masyarakat.

UNGGAS mempromosikan budaya sihat ini kepada pelbagai komuniti masyarakat agar mereka berkeupayaan bergerak sendiri untuk menangani permasalahan ini.

Permasalahan Belia

Gaya Hidup

Boros berbelanja, gaya hidup bebas, hedonisme, kebaratan (westernization), disco dan kosmetik.

Kebejatan Sosial

Lepak, merokok, dadah, arak, lumba haram, seks bebas, bohsia, bohjan, pecah rumah, ragut.,vandalisme, buli, samseng, rogol, cabul, lucah, murtad, black metal, punk dan sebagainya.

Akademik

Hilang motivasi belajar, pencapaian akademik rendah, hilang tumpuan belajar, keciciran di sekolah, keciciran taraf pencapaian (dropaut), ponteng dan lawan guru.

Kekeluargaan

Kemiskinan, penceraian ibu bapa, kahwin di usia muda, keluarga besar, pekerjaan, ekonomi keluarga, sumbang mahram, keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi keluarga Islam.

Punca

* Sistem sosial yang tak betul, kemiskinan.
* Infrastruktur yang merosakkan masyarakat.
* Agenda pembaratan dan liberalisasi.
* Media.
* Kepincangan sistem keluarga.

Pendekatan Penyelesaian

* Memahami keadaan sosial masyarakat tersebut (rural & urban).
* Mengkaji perubahan sosial yang telah berlaku dalam masyarakat tersebut (kronologi
penularan masalah secara individu dan keseluruhan).
* Memupuk pemahaman Islam melalui dakwah lapangan, hiwar dan penulisan.
* Masyarakat setempat perlu diberi latihan agar dapat menjalankan dakwah lapangan dengan
konsisten.
* Melalui maklumat-maklumat yang diperolehi di lapangan, cadangan kepada pihak berkuasa
untuk memperbaiki polisi yang berkenaan dapat dibuat.

Usaha yang telah dijalankan

* Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS).
* Penubuhan UNGGAS (Urusetia Menagani Gejala sosial).
* Pemetaan komuniti.
* Program pencegahan dan pemulihan di sekolah-sekolah (Ikatan Remaja Merdeka (IRAMA).
* Program pendedahan dan upayadaya di masjid-masjid.
* Seminar.
* Pemantauan media elektronik dan cetak.
* Program KEKASIH (Kaunseling Ar-Rahman).

Objektif Penubuhan

* Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial yang berada di dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka tidak pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.

* Membina perspektif mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial di dalam masyarakat.

* Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membenteras gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.

* Membentuk organisasi yang akan menjadi organisasi sosial yang berkesan membenteras gejala sosial di kalangan belia tersebut.

Pemetaan Sosial

* Pemetaan sosial - ringkasan maklumat dan susun atur demografi am dalam suatu komuniti. Melalui pemerhatian, temubual, pembacaan dan pemantauan media.

* Kaedah am.

* Melakukan perincian bertahap (tahap 1-3).

* Melakukan pendokumentasian lengkap bagi tujuan pelbagai.

Penutup

Usaha yang padu dan sokongan daripada pelbagai pihak amatlah diharapkan bagi memastikan program ini benar-benar membuahkan hasil. Mudah-mudahan usaha kita hari ini, akan membantu kita mencetak generasi muda yang positif, berilmu dan berkhlak mulia.


Read More...

PROGRAM LANDAS-PUMK DI BACHOK KELANTAN

Musalla Kg Tok Seridik, Kuala Nipah, Bachok, Kelantan

Kg Banjir Bachok yang terdapat kes-kes HIV/AIDS yang
duduk tangga pertama seluruh Kelantan dan seluruh negara
disamping terdapat kes-kes judi sabung ayam, dadah dan
tidak bersolat jumaat serta tidak melaksanakan ibadah wajib.
Bersebelahan Kg Tok Seridik.

Asti Toba PUMPP bentang Modul LANDAS-PUMK

Aktivis LANDAS Kelantan hadir bengkel LANDAS-PUMK

Us Khairul Anuwar SU PUM Wilayah Persekutuan

YDP PUMK Prof. Madya Dr. Shukri Muhammad

Aktivis LANDAS & AJK PUM Kelantan

Solat Maghrib Jamak Isyak di Masjid Mahmudi Bachok

Bermalam di Irama Inn Bachok Kelantan

Read More...

Sabtu, 19 Jun 2010

BENGKEL UNGGAS/LANDS-PUMK DI BACHOK KELANTAN

BACHOK - 19 Jun : Telah selesai program LANDAS bersama Persatuan Ulama Kelantan (PUMK) di Bachok Kelantan. Saya dari LANDAS Persatuan Ulama Kedah (PUK), Asti Toba dan Siti Munirah Abdul Rashid dari LANDAS Persatuan Ulama Pulau Pinang (PUMPP) dan Us Khairul Anuwar Mustaffa dari Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan (PUMWP), Prof Madya Dr. Shukri Muhammad, YDP PUMK bersama AJK PUMK serta aktivis LANDAS anak Kelantan yang belajar di Utara Malaysia telah turut serta ketika balik bercuti di Kelantan.

Buat masa ini UNGGAS/LANDAS telah membuka sayapnya bergerak membantu dan melatihan aktivis dakwah lapangan dihampir setiap negeri di Malaysia. LANDAS-PUK, LANDAS-PUMPP, LANDAS-PUMWP dan LANDAS-PUMK. InsyaAllah selepas ini, kita akan bergerak ke Perak, Pahang, Selangor dan lain-lain negeri yang mempunyai Persatuan Ulama negeri-negeri.

PUMK telah bersetuju untuk kita latih aktivis mereka dengan menggunakan modul LANDAS dan program selanjutnya akan melibatkan beberapa pihak termasuk agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat. Jajahan Bachok akan dijadikan fokus utama latihan aktivis, pemetaan kawasan masalah dan tinjauan gejala sosial. Maklumat dari pihak Kementerian Kesihatan dan AADK, terdapat penyakit HIV/AIDS yang menjuarai tempat pertama di seluruh negara dan Jajahan Bachok merupakan tempat pertama di negeri Kelantan paling ramai pengidap HIV/ADIS.

Selain dari penyakit HIV/AIDS, juga terdapat penyakit sosial masyarakat yang melanda anak muda remaja. Terdapat juga kawasan sabung ayam, judi, dadah dan lain-lain gejala sosial berhampiran tempat kami mengadakan bengkel LANDAS. Para pendakwah takut untuk masuk ke kawasan tersebut yang dikenali dengan Kampung Banjir di Jajahan Bachok. Mejoriti penduduk tidak solat jumaat dan tidak melaksanakan ibadat wajib. Mereka ini juga ada rangkaian penagih dadah dengan kawasan Tanjung Dawai di Kedah. Mereka sering berulang-alik dari Bachok ke Tanjung Dawai, Kedah. InsyaAllah pihak penyelaras UNGGAS/LANDAS akan berusaha melatih aktivis dakwah supaya mereka mahir berkomunikasi dan berintraksi turun lapangan masuk ke kawasan hitam tersebut.


Ustaz Kamaruddin Kassim
Penyelaras UNGGAS/LANDAS


Read More...

Khamis, 17 Jun 2010

ZIARAH KE SONGKHLA, YALA & PATTANI TANGGAL 16 JUN 2010

taklimat terbaru bersama Us Abdul Rahman Tupat
Tim. Mudir Ma'had Bi'that Ad Diniyah Yala


depan Masjid Sultan Muzaffar Shah, Pintu Gerbang, Kerisek
Pattani Darussalam tanggal 16 Jun 2010


Masjid Sultan Muzaffar Shah Kerisik Pattani Darussalam
tanggal 16 Jun 2010


depan Masjid Radhatul Jannah Yala tanggal 16/06/2010

depan Masjid Majlis Agama Islam Songkhla bersama Cikgu
Norwati Hamir dan abang kandungnya Ahmad Khan Hamir


saya bersama Ahmad Khan Hamir dan adik kandungnya Cikgu Norwati Hamir

YALA – 17 Jun : Sempat saya mengunjungi sahabat-sahabat di Yala dan Pattani bertanya kabar mengenai keadaan konflik yang berlaku. Mereka sudah “mangli” dalam bahasa utara atau “lali” dengan kebiasaan bunyi letupan bom dan bunyi bedilan senjata jenis M16 @ AK47 buatan Rusia. Minggu ini sahaja telah berlaku letupan bom di jalan utama sirorot road, berhampiran jam besar, dekat pondok haji harun. Ketika itu ustaz Man sedang berada dalam konti stesen Radio Masjid. Beliau dan penduduk sekitar terus meluru ke lokasi tersebut untuk melihat, kalau-kalau ada keluarga mereka yang terlibat. Ternyata ramai yang mendapat kecederaan termasuk pelajar sekolah. Bila ditanya, orang ramai tak takutkah apabila terdengar bunyi letupan bom. Mereka menjawab, "sudah jadi kebiasaan penduduk Islam Pattani, dari perasaan takut sebelum ini sehingga hilang rasa takut disebabkan sudah terbiasa hidup dalam tekanan dan penindasan". Dalam masa beberapa hari sebelum saya sampai ke Yala dan Pattani pada 16 Jun 2010, saya bersama sahabat dari Johor yang belum pernah ke selatan thai. Beliau hairan dalam perjalanan ke sana, sebuah kenderaan dari Malaysia tidak kelihatan. Saya menjawab, itulah realitinya dan orang-orang malaysia takut nak menziarahi saudara seagama di sana kerana takut mati. Jika berbicara pasal kematian, semasa kita berada di atas lebuh raya pun sentiasa menggamit kita untuk menziarahi alam kubur. Kita menziarahi mereka hanya sekadar memberikan bantuan kemanusiaan sepertimana banyak bantuan kemanusiaan yang kita hantar ke Gaza. Berita penderitaan rakyat Islam di patani tidak tersebar luas dan ramai masyarakat antarabagsa tidak dapat merasainya sepertimana berlaku kekejaman di Palestine. Apabila kunjung ziarah kita ke selatan thai, baru kita dapat rasai dari dekat apa yang telah berlaku. Oleh itu saya harap umat Islam Malaysia lebih kerap mengunjungi keluarga seagama kita untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan persaudaraan seagama kita. Hulurkan bantuan dana melalui aman pattani (AMANI) untuk anak-anak yatim dan janda-janda yang miskin.

سيتي منيره بنت عبد الراشيد

Coretan Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, saat saya rancak mengetip papan kekunci laptop, Allah masih memberikan sehari lagi peluang untuk saya bernafas.

Sukar bahkan payah untuk saya menebak perasaan di dalam dada. Hari ini, Insya-Allah , saya akan berangkat ke Selatan Thai buat menziarahi sahabat-sahabat di sana yang sudah seminggu menjalankan program untuk anak-anak yatim. Sepatutnya, mengikut jadual asal, krew kami berangkat ke sana minggu lepas lagi. Namun, atas masalah tertentu, kami menunda keberangkatan pada minggu ini.

“Kalau kita berhutang dan kita ditakdirkan mati syahid, tidak masuk syugakan, Munirah?” tanya Kak Wahed. Saat itu saya sedang enak menyudu kuetiaw sup. Seketika saya terpana. Soalan itu membuatkan hati saya berdebar-debar.

“Saya tidak pastilah, Kak Wahed. Yang saya tahu, ruhnya akan tergantung antara langit dan bumi,” jawab saya.

Malam jumaat itu, Kak Wahed menerima panggilan daripada sahabatnya. Antara lainnya, sahabat Kak Wahed menyatakan kebimbangannya atas keselamatan krew kami yang bakal berangkat ke Selatan Thailand petang Jumaat keesokan harinya.

Panggilan itu ternyata membuatkan hati Kak Wahed runsing. Dikongsi segala rasa gundah itu dengan saya. Sedikit sebanyak kegalauan itu melimpah ke dalam hati saya.

Kenangan ketika arwah nenek meninggal lebih kurang dua tahun lepas kembali bergentayangan.

Selama beberapa bulan saya hidup dalam ketakutan. Takut mati mendatangi saya tiba-tiba sedang saya belum bersedia. Dalam tempoh itu, saya tidak boleh tidur bersendirian. Sangat takut saat malam menjelang kerana saya terbayang gelapnya kubur. Saya takut. Benar-benar takut akan satu aksara ini. Mati.

Sedang asyik menyelak lembaran al-Quran, saya terbuka pada satu firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 78 yang antara lainnya bermaksud;

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Saya tersentak. Benar. Lari dari kematian hanya satu perkara yang sia-sia. Malaikat maut adalah makhluk Allah yang paling menepati masa. Tidak pernah terlewat mahupun terawal sesaat.

Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 34 turut bermain-main di indera fikir.

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan".

Sejak itu, saya sampai kepada satu keputusan, bersedia menghadapi mati.

Bagi saya, bermula dari titik hari nenek pulang kepadaNya, saya seperti menjadi insan baru.

Ketika diri alpa dan leka, kematian mengetuk dan menyedarkan saya dari terus lena.

Dan hari ini, di saat ini, saya dibayangkan sekali lagi bahawa mati itu datang secara tiba-tiba dan hampir dengan diri.

Kecut perut membaca coretan Ustaz Kamaruddin di facebook. Dalam masa yang saya, rasa berkobar-kobar membenih dalam diri.

Dua letupan berbeza berlaku di sekitar provinsi Pattani tanggal 22 April. Manakala beberapa hari sebelum itu yakni tanggal 19 April, seorang penoreh getah ditembak di Tanjung Lima, provinsi Narathiwat.

Seminggu yang penuh dengan pergolakan.

“Kerja mesti terus dijalankan. Tidak wajar hanya kerana perasaan tidak sedap hati itu, kalian bantutkan niat menghulurkan bantuan. Andai mati itu takdirnya, maka kita terima. Moga-moga tergolong dalam kalangan mereka yang syahid,” nasihat ustaz Hafiz Nordin ketika kerungsingan hati dikhabarkan kepadanya.

Rasa malu tiba-tiba menerjah diri.

Krew kami hanya membuat lawatan ziarah sekali sekala ke sana. Itu pun sudah cukup mengecutkan perut. Bagaimana pula dengan sahabat-sahabat aktivis yang sentiasa bahkan sepanjang masa berada di sana?

Rasa tidak bersedia. Rasa tidak kuat andai itu takdirnya. Namun, hati ini seolah-olah telah terkunci untuk berpatah balik lagi. Bagai camar menggamit matahari pagi, begitulah perasaan saya. Rasa rindu menggamit hati mengarah kaki ke daerah terpinggir itu kembali.

Biar Wilayah yang sedia berantakan itu bergolak lagi. Krew kami seramai tiga orang (Saya, Kak Wahed dan Saiful) tetap akan melangkahkan kaki ke wilayah itu hari ini tepatnya petang Jumaat ini. Buat bertemu serta menghulurkan apa yang termampu kepada sahabat-sahabat yang sedang menanti dan mengharapkan kehadiran kami di sana. Untuk saling menguatkan. Doakan yang terbaik buat krew kami. Ameen...


Coretan : Siti Munirah Abdul Rashid

http://wwwqamarmuneera.blogspot.com/2010/04/coretan-jumaat.html


Read More...

Ahad, 13 Jun 2010

KEMBARA DAKWAH AKTIVIS MUDA LAPANGAN







Read More...

Jumaat, 11 Jun 2010

LANDAS-PUMK DI KELANTAN






KELATAN – Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) telah melabuhkan sayapnya, memperkenalkan modul Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) di Negeri Serambi Mekah Kelantan Darul Naim. Saya bersama Setiausaha Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan (PUMWP) telah mengadakan kunjung ziarah ke Persatuan Ulama Kelantan (PUMK), Prof Madya Dr. Shukri Muhammad, YDP PUMK di Bachok, Kelantan. Pihak PUMK telah bersetuju melaksanakan modul LANDAS-PUMK. Buat masa ini modul LANDAS telah dijalankan di bawah PUMPP, PUMWP, PUK dan PUMK. Anak-anak Kelantan yang telah mengikuti Latihan Aktivis Dakwah LANDAS di Kedah, Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur akan diminta bersama untuk mengadakan pelancaran modul LANDAS-PUMK di Kelantan dalam masa terdekat ini (cadangan 19/06/2010). PUMWP juga telah menghubungi dan menyerahkan cadangan modul LANDAS di bahagian Halaqat Dakwah Jabatan Agama Islam Kelantan untuk diadakan kerjasama perlaksanaan program latihan dakwah bersepadu secara teori dan praktikal di negeri Kelantan nanti.


Pada malam 9 Jun 2010, di Masjid Mahmoodi, Bachok, Kelantan telah diadakan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Maghi Kito Pakat Chago”. Kami sempat mendangar hujah dan penjelasan ahli panel terdiri daripada Ustaz Saibun Ismail Jabatan Agama Islam Kelantan, Dato’ Dr Ghazali Husni Md. Hassan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Hajah Zaimah Husin Pertubuhan Masyarakat Prihatin Bachok Kelantan dan Moderator Ustaz Suratemi Yusoff, Pegawai Agama Jajahan Kota Bharu. Apa yang disinggung dan disentuh oleh ahli panel dari Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin adalah masalah gejala sosial remaja di Kelantan mangkin meningkat terutama penyakit HIV/AIDS jatuh tempat pertama di Malaysia. Jajahan Bachok pula jatuh tempat pertama di negeri Kelantan. Dalam tinjauan rambang melalui beberapa pihak didapati terlalu banyak lokasi yang menjadi tempat pembiakan pelbagai gejala sosial. Oleh itu pihak kami akan bekerjasama dengan PUMK dan JAIK serta lain-lain pihak yang perlu untuk mengadakan latihan kemahiran dakwah lapangan melalui LANDAS-PUMK.


Read More...

MEROKOK ITU HARAM KUKUMNYA

sempena Muktamar Agung PAS di Putik, Urusetia Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan telah
mengambil kesempatan mengadakan kempen tidak merokok
oleh itu diharap semua negeri mengambil contoh ini. Selain dari
sumber terbesar menyumbang dana syarikat rokok ke Israil juga wanita-
wanita Islam sangat benci orang yang merokok. Lantara itu elaklah diri
anda semua menjadi penagih rokok yang sama dengan penagih dadah


program ziarah Negeri Kelantan

Read More...

Ahad, 6 Jun 2010

KEPARAT-KEPARAT YAHUDI YANG MELAKSANAKAN NEW WORLD ORDER

  1. Lord Jacob de Rothschild

  2. Nathaniel Rothschild

  3. Baron John de Rothschild

  4. Sir Evelyn de Rothschild

  5. David Rockefeller

  6. Nathan Warburg

  7. Henry Kissinger

  8. George Soros (Siapa tidak kenal makhluk perosak ini)

  9. Paul Volcker (Penasihat Ekonomi Obama)

  10. Larry Summers (Penasihat Ekonomi Obama)

  11. Lloyd Blankfein (CEO Goldman Sachs)

  12. Ben Shalom Bernanke (Master The Fed – Federal Reserve)



Read More...

Sabtu, 5 Jun 2010

DEMONTRASI MEMBANTAH KEKEJAMAN YAHUDI @ ZIONIS LAKNATULLAH DI DATARAN ZIRO SUNGAI PETANI

masjid Ibrahim Kg Penghulu Him Sg Petani
khatib Jumaat membicarakan isu kekejamam Yahudi,
sejarah Bani Israel dan gerakan Yahudi sedunia LaknatulLah
serta pengaruh Yahudi dalam negara Malaysia melalui APCO


Masjid Ibrahim Penghulu Him SP, tajuk khutbah Jumaat mengenai
kekejaman Yahudi dan sejarah Zionis serta solat hajat selepas Jumaat

Dataran Ziro MPSPK

Dataran Ziro MPSPK

Dataran Ziro MPSPK














Dataran Ziro MPSPK

Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut