Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 1 Jun 2010

PROGRAM AMANI DI SELATAN THAILAND

bersama aktivis kemanusiaan dan sosial luar negara
di dalam kawasan kem tentera Pattani


keluarga tahanan di kem tentera Pattani sedang tunggu giliran jumpa mangsa

قمرالدين قاسيم دالم كلية الشيخ داود فطاني

bengkel penulisan laporan berita

stesen radio masjid raudhatul jannah yala

stesen radio masjid raudhatul jannah yala

stesen radio masjid raudhatul jannah

Providing English Skills for TVM Students and Communuties during

pelajar kuliyah syeikh daud fathoni (Kuliyah Bahasa Arab)

peserta bengkel bersama aktivis AMANI dan guru-guru BI

sukarelawan AMANI sedang berada dalam konti stesen Nibong Radio Yala


YALA – Sukarelawan AMANI telah berjaya mengadakan program “Providing English Skills for TVM Students and Communities During di Thamwitya Mulniti School Yala” (Pondok Haji Harun) pada 27 Mei – 28 Mei 2010. Seramai 60 orang student yang terpilih telah mengikutinya dan beberapa orang guru Bahasa Inggeris Thamwitya Muniti School turut mengambil bahagian. Semasa aktivis AMANI sampai di Yala, mereka juga berkesempatan singgah di stesen Radio Masyarakat Masjid Raudhatul Jannah, Yala. Juga dapat berbual dengan 2 orang anak muda yang menjadi pengecara radio pada petang tersebut.


Hari berikutnya, sebelah pagi tanggal 29 Mei 2010, bertempat di Pusat Pendidikan Komuniti (Yala Community Learning Center), telah diadakan bengkel penulisan laporan media yang betul dan tepat. Dalam masa yang sama juga, aktivis AMANI dibawa melawat ke stesen Nibong Radio (Radio Masyarakat) di tingkat atas bangunan tersebut. Peserta bengkel terdiri daripada beberapa orang sukarelawan NGO Hak asasi dan keamanan selatan thai. Bengkel ini dipimpin oleh Cik Nur Khalilah Rashidah (Pengarah Program AMANI) serta dibantu oleh beberapa orang aktivis AMANI.

Masyarakat terpelajar berbangsa melayu di Pattani sangat lemah berkomunikasi dalam bahasa melayu, lebih-lebih lagi untuk menulis laporan berita mengikut ejaan dan susunan ayat yang betul. Oleh itu mereka memerlukan bantuan dan bimbingan dari Malaysia untuk memertabatkan bahasa melayu di pattani khususnya serta serantau umumnya.


Aktivis AMANI bergambar dengan pensyarah Kuliyah Syeikh Daud Fathoni


Pagi 30 Mei, sebelum aktivis AMANI pulang ke Malaysia, kami sempat mengadakan perjumpaang dengan pensyarah-pensyarah Kuliyah Syeikh Daud Patani di kawasan berhampiran Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Ketika itu pelajar kuliyah syariah, bahasa arab dan usuluddin sedang bermula. Selepas pertemuan dengan pensyarah-pensyarah kuliyah, kami diberikan kesempatan beraksi dengan pelajar. Ustaz Kamaruddin memberikan ceramah di kuliyah syariah dan manakala saudara Al-Baraah dari Sudan menyampaikan ceramahnya dalam kuliyah Bahasa Arab.


Ketika yang sama juga pihak sukarelawan AMANI dikejutkan dengan berita kematian seorang tahanan dari Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Sukarelawan AMANI yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia selepas mengadakan Bengkel Pendidikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Pondok Haji Harun, Yala telah segera bergegas ke kem tahanan tersebut.


Sulaiman Naesa, 25 tahun telah ditangkap pada 22 Mei 2010. Menurut kenalan arwah, pada jam 9 pagi 30 Mei, keluarga arwah telah menerima panggilan dari kem tahanan yang memaklumkan kematian arwah adalah disebabkan membunuh diri. Arwah dikatakan telah menggantung dirinya dengan tuala hingga mati. Pihak keluarga arwah kemudiannya segera memaklumkan hal tersebut kepada NGO tempatan untuk menjadi saksi dalam siasatan kes kematian Sulaiman.


Arwah merupakan seorang tukang rumah yang juga merupakan anak sulung dalam keluarganya. Pihak keluarga arwah telah datang ke kem tahanan pada 27 dan 28 Mei tetapi tidak dibenarkan untuk menemui Sulaiman. Pada 29 Mei pula, Sulaiman dibenarkan menemui keluarganya tetapi Sulaiman tidak bercakap apa-apa. Wajah Sulaiman kelihatan sangat letih dan ketakutan.


Keluarga Sulaiman berkata, mayat Sulaiman telah digantung di bahagian leher dengan tuala di jendela. Terdapat banyak kesan luka di seluruh badan arwah. Di bahagian leher, dada dan perut arwah pula terdapat kesan dicucuk dengan jarum. Bapa arwah meminta pihak kem tahanan memberi bukti yang kukuh berhubung kematian anaknya memandangkan tiada bukti kukuh Sulaiman mati disebabkan bunuh diri.


Kami dari sukarelawan AMANI sempat berbual dengan beberapa orang keluarga mangsa tangkapan di kawasan kem tentera di Pattani. Kebanyakan mereka ditahan, belum dibuat tuduhan apa jenis kesalahan dan keluarga mereka hanya diberi masa untuk berjumpa tahanan selama 3 minit sahaja. Waris juga tidak sempat nak bertanya apa yang dilakukan oleh pihak tentera bila melihat mangsa lebam dan cedera.




0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut