LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 Jun 2010

LANDAS-PUMK DI KELANTAN






KELATAN – Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) telah melabuhkan sayapnya, memperkenalkan modul Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) di Negeri Serambi Mekah Kelantan Darul Naim. Saya bersama Setiausaha Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan (PUMWP) telah mengadakan kunjung ziarah ke Persatuan Ulama Kelantan (PUMK), Prof Madya Dr. Shukri Muhammad, YDP PUMK di Bachok, Kelantan. Pihak PUMK telah bersetuju melaksanakan modul LANDAS-PUMK. Buat masa ini modul LANDAS telah dijalankan di bawah PUMPP, PUMWP, PUK dan PUMK. Anak-anak Kelantan yang telah mengikuti Latihan Aktivis Dakwah LANDAS di Kedah, Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur akan diminta bersama untuk mengadakan pelancaran modul LANDAS-PUMK di Kelantan dalam masa terdekat ini (cadangan 19/06/2010). PUMWP juga telah menghubungi dan menyerahkan cadangan modul LANDAS di bahagian Halaqat Dakwah Jabatan Agama Islam Kelantan untuk diadakan kerjasama perlaksanaan program latihan dakwah bersepadu secara teori dan praktikal di negeri Kelantan nanti.


Pada malam 9 Jun 2010, di Masjid Mahmoodi, Bachok, Kelantan telah diadakan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Maghi Kito Pakat Chago”. Kami sempat mendangar hujah dan penjelasan ahli panel terdiri daripada Ustaz Saibun Ismail Jabatan Agama Islam Kelantan, Dato’ Dr Ghazali Husni Md. Hassan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Hajah Zaimah Husin Pertubuhan Masyarakat Prihatin Bachok Kelantan dan Moderator Ustaz Suratemi Yusoff, Pegawai Agama Jajahan Kota Bharu. Apa yang disinggung dan disentuh oleh ahli panel dari Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin adalah masalah gejala sosial remaja di Kelantan mangkin meningkat terutama penyakit HIV/AIDS jatuh tempat pertama di Malaysia. Jajahan Bachok pula jatuh tempat pertama di negeri Kelantan. Dalam tinjauan rambang melalui beberapa pihak didapati terlalu banyak lokasi yang menjadi tempat pembiakan pelbagai gejala sosial. Oleh itu pihak kami akan bekerjasama dengan PUMK dan JAIK serta lain-lain pihak yang perlu untuk mengadakan latihan kemahiran dakwah lapangan melalui LANDAS-PUMK.


0 ulasan:

 

Pengikut