Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 19 Jun 2010

BENGKEL UNGGAS/LANDS-PUMK DI BACHOK KELANTAN

BACHOK - 19 Jun : Telah selesai program LANDAS bersama Persatuan Ulama Kelantan (PUMK) di Bachok Kelantan. Saya dari LANDAS Persatuan Ulama Kedah (PUK), Asti Toba dan Siti Munirah Abdul Rashid dari LANDAS Persatuan Ulama Pulau Pinang (PUMPP) dan Us Khairul Anuwar Mustaffa dari Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan (PUMWP), Prof Madya Dr. Shukri Muhammad, YDP PUMK bersama AJK PUMK serta aktivis LANDAS anak Kelantan yang belajar di Utara Malaysia telah turut serta ketika balik bercuti di Kelantan.

Buat masa ini UNGGAS/LANDAS telah membuka sayapnya bergerak membantu dan melatihan aktivis dakwah lapangan dihampir setiap negeri di Malaysia. LANDAS-PUK, LANDAS-PUMPP, LANDAS-PUMWP dan LANDAS-PUMK. InsyaAllah selepas ini, kita akan bergerak ke Perak, Pahang, Selangor dan lain-lain negeri yang mempunyai Persatuan Ulama negeri-negeri.

PUMK telah bersetuju untuk kita latih aktivis mereka dengan menggunakan modul LANDAS dan program selanjutnya akan melibatkan beberapa pihak termasuk agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat. Jajahan Bachok akan dijadikan fokus utama latihan aktivis, pemetaan kawasan masalah dan tinjauan gejala sosial. Maklumat dari pihak Kementerian Kesihatan dan AADK, terdapat penyakit HIV/AIDS yang menjuarai tempat pertama di seluruh negara dan Jajahan Bachok merupakan tempat pertama di negeri Kelantan paling ramai pengidap HIV/ADIS.

Selain dari penyakit HIV/AIDS, juga terdapat penyakit sosial masyarakat yang melanda anak muda remaja. Terdapat juga kawasan sabung ayam, judi, dadah dan lain-lain gejala sosial berhampiran tempat kami mengadakan bengkel LANDAS. Para pendakwah takut untuk masuk ke kawasan tersebut yang dikenali dengan Kampung Banjir di Jajahan Bachok. Mejoriti penduduk tidak solat jumaat dan tidak melaksanakan ibadat wajib. Mereka ini juga ada rangkaian penagih dadah dengan kawasan Tanjung Dawai di Kedah. Mereka sering berulang-alik dari Bachok ke Tanjung Dawai, Kedah. InsyaAllah pihak penyelaras UNGGAS/LANDAS akan berusaha melatih aktivis dakwah supaya mereka mahir berkomunikasi dan berintraksi turun lapangan masuk ke kawasan hitam tersebut.


Ustaz Kamaruddin Kassim
Penyelaras UNGGAS/LANDAS


0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut