LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 2 Jun 2010

MUHAMAD YUSOF DITEMBAK MATI DI DAERAH MUANG YALA

Nurhayati (HAP) dan Us Kamaruddin (AMANI) di Kampung
Kubang Badak, Saiburi, Pattani

dari kiri Nurhayati (petugas NGO HAP) bersama Nurkhalilah Rashidah (AMANI) di Pondok Haji Harun
(Thamwitya Mulniti School Yala)



انالله وانا اليه راجعون

الفاتحة


YALA – Seorang lelaki bernama Mohamad Yusof, 35 tahun abang kepada Nurhayati (anggota NGO HAK ASASI DAN PERIKEMANUSIAAN – HAP) telah ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali berhampiran kem tentera. Jam lebih kurang 6.00 petang, 1 Jun 2010, semasa arwah sedang menunggang motosikal di Kampung, Tasik, Mukim Yukpo, Daerah Muang, Yala. Arwah telah dibawa ke Hospital Besar Yala oleh pihak tentera berbaju hitam. Lokasi berlaku pembunuhan tersebut tidak jauh dari kem tentera.


Arwah mempunyai dua orang isteri, isteri pertama bernama Faridah dan mempunyai 7 orang anak. Anak sulung berusia 15 tahun dan anak yang ke 7 berusia 1 tahun 6 bulan. Manakala isteri kedua bernama Suraidah dan mempunyai 2 orang anak. Anak pertama berusia 10 tahun dan anak kedua berusia 7 tahun. Pekerjaan arwah hanya menoreh getah. Anak yatim yang ditinggalkan oleh arwah seramai 9 orang. Oleh itu pihak AMANI memohon bantuan kemanusiaan untuk keluarga tersebut. Arwah akan dikebumikan pada hari ini tanggal 2 Jun 2010, jam 9.00 pagi waktu Thailand di Kampung Chelung, Yala.




0 ulasan:

 

Pengikut