Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Julai 2010

SEMINAR HALALAN TOYYIBA







Read More...

Program Semasa Bulan Julai 2010

Bergambar bersama peserta Jiwa Baru AADK-JKPD di Masjid Tmn Intan

Peserta Program Jiwa Baru AADK-JKPD

Peserta Program Jiwa Baru di Masjid Taman Intan

Qiamullail & Kuliah Subuh di Masjid Taman Intan Program Jiwa Baru

AADK dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Kuala Muda


Ceramah Sempena Perkemahan Perdanan Pelajar SMK Yan
Kampung Teluk Nipah, Pantai Merdeka, Kedah.


Read More...

PENYEBAB KANSER


Food Products Containing Rhodaminine B

Read More...

Rabu, 28 Julai 2010

PROGRAM OUTREACH DAKWAH LAPANGAN DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR


Muhammad Hafiz (SU MKN), Us Khairul (Pen.Peng Dakwah Jawi),
Us Kamaruddin (Penyelaras UNGGAS/LANDAS)

Asti Toba (aktivis LANDAS PUMPP)

Us Abd Halim Zakarian (aktivis LANDAS PUMWP)

Asti Toba bersama 2 orang imam muda masjid negara sedang
memerhati carta organisasi masjid Jamek Kuala Lumpur

peserta Outreach Dakwah beraksi di hadapan masjid Jamek KL selepas
selesai memberi makan golongan terpinggir bandaraya

Asti bersama muslimah outreach ABIM masjid negara sedang berbual
dengan penlancung dari Yaman

Asti sedang mendokong anak pelancung dari Yaman

kita sempat menyampaikan mesej dakwah kepada 2 orang stundent
pelancung dari luar negara yang mengunjungi masjid Jamek KL

inilah budaya yang tidak baik yang dibawa masuk oleh student pelancung asing
yang mengunjungi negara kita ... dari raut wajah mereka dapat kita membuat
andaian, mereka bukan sahaja melancung tetapi juga membawa budaya kuning ..


dua orang ini nampak seperti penagih dadah berasal dari Kelantan dan Sabah

Bengkel Outreach Dakwah di Dewan Mesyuarat Masjid Negara

peserta Bengkel Outreach Dakwah melawat Rumah Sinar Salam dan
diberi taklimat oleh pengurus pusat tersebut


SENARAI SEMAK KOMUNIKASI DAKWAH LAPANGAN (Outreach Dakwah)

SENTUHAN / TOUCH – HATI (القلب)

  1. Memberi Salam – السلام عليكم
  2. Berjabat tangan (Shaking hands)
  3. Memeluk, mendakap, merangkum (hug).
  4. Mencium (Kiss).
  5. Memegang tangan (Holding hands).
  6. Tangan di atas bahu (Hands on shoulder)


SENTUHAN BERHEMAH / TOUCHING

Ø Dekatilah (rapo/kemesraan)

Ø Dengarilah (isu/masalah) – 5W 1H

Ø Fahamilah (perasaan – HATI القلب)

Ø Bantuilah (bina keyakinan)

Ø Penuhi (impian mereka)

Ø Ketahuilah (menilai perubahan)

5W 1H

Ø What / apa isunya ?

Ø Who / siapa terlibat ?

Ø Why / kenapa berlaku ?

Ø When / bila berlaku?

Ø Where / di mana berlaku?

Ø How / bagaimana ?

Berilah (ganjaran/harapan)

SUARA/VOICE

  1. Nada/Tone
  2. Kelembutan/Softness
  3. Kelajuan/Speed

RUANG/SPACE

  1. Jarak/Distance
  2. Tanda, perubahan / Marking, changing

BADAN/BODY

  1. Kedudukan kepala/Head position
  2. Muka, terutamanya mulut/Face, especially mouth
  3. Mata/Eyes
  4. Bahu/Shoulders
  5. Posisi tubuh/Posture
  6. Pergerakan/Movement
  7. Aksi dan isyarat/Actions and Gestures
  8. Pakaian/Dress

Panduan Untuk Berkomunikasi Dakwah Yang Berkesan dan (HEMOI)

  1. Komunikasi bertenaga mempunyai kekuatan dalaman. Jangan cuba menguasai mereka secara paksa.
  2. Berintraksilah dengan mereka semasa melaksanakan tugas berdakwah dengan memberikan masa secukupnya.
  3. Isikan dengan input-input yang baik bersama mereka. Kita akan dapat menjalinkan hubungan yang bermakna dengan mereka dalam masa yang singkat.
  4. Olahkan mesej yang kita dengar itu semula untuk memastikan penyampaian dan penerimaan yang betul.
  5. Ingatlah bahawa lebih banyak yang kita fahami, lebih banyak yang dapat kita urus. Semakin banyak kita tidak fahami, semakin banyak yang akan dimanipulasi.
  6. Apabila mentafsirkan sesuatu, Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya mencari tujuh puluh sebab perlakuan buruk orang lain dan jika sekiranya tidak ada satu alasan pun yang betul, mungkin ada tafsiran yang belum kita ketahui lagi.





KUALA LUMPUR
- Selesai sudah program Outreach Dakwah pada 26-27 Julai 2010 di Dewan Mesyuarat Masjid Negara anjuran dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), JAKIM, UNGGAS/LANDAS PUMWP, PUMPP dan Penyelaras Urusetia Menangani Gejala Sosial dan Jurulatih Latihan Aktivis Dakwah Isu-isu Sosial (LANDAS). Tanggungjawab UNGGAS ialah menyediakan modul LANDAS melatih kemahiran berdakwah di lapangan, bagaimana cara yang betul berkomunikasi dan berintraksi dengan kelompok terpinggir di bandaraya Kuala Lumpur khususnya dan secara umumnya semua golongan tersasar yang terlibat dalam pelabagai masalah gejala sosial dan mungkarat. Sekitar 15 orang peserta yang terpilih melibatkan diri selama 2 hari termasuk akitivis LANDAS, pegawai-pegawai JAKIM dari bahagian KESUMA, pegawai-pegawi JAWI termasuk imam-imam muda dari masjid negara dan lain-lain aktivis sosial.






Read More...

Jumaat, 23 Julai 2010

KEMPEN PROGRAM GERAK SUBUH الصلاة خير من النوم

Read More...

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Hal Ehwal Generasi Pewaris (GP) MAIPP



Ustaz Rosidi Hussain sedang mempergerusikan mesyuarat GP MAIPP



PULAU PINANG - Mesyuarat Generasi Pewaris (GP) telah di adakan pada 22 Julai 2010, di bilik mesyuarat JAIPP, Lebuh Pantai, Pulau Pinang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ustaz Rosidi Hussain, Pengerusi GP MAIPP. Turut hadir Jabatan Kebajikan, Jabatan Belia, Pegawai-pegawai Tadbir Agama SPU, SPS dan Butterworth, NISA, SUFI, ILMA, Darus Syifa', JIM, ABIM, UNGGAS/LANDAS PUMPP, Penguatkuasa Jabatan dan lain-lain.

Mesyuarat juga telah bersetuju supaya UNGGAS/LANDAS PUMPP mengetuai Sekritariat Menagani Gejala Sosial Pulau Pinang di bawah JAIPP dengan kerjasama sepadu bersama lain-lain NGO dan jabatan kerajaan. Pihak UNGGAS/LANDAS akan menyediakan modul latihan kemahiran tiori dan praktikal di lapangan dengan membuat pemetaan kawasan kritikal, melatih lebih ramai pendakwah dan aktivis sosial di lapangan dan membuat pemantauan menyeluruh gejala sosial muda-mudi di Pulau Pinang. Pihak UNGGAS/LANDAS tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab yang maha berat ini tanpa kerjasama bersepadu semua NGO dan jabatan-jabatan kerajaan yang telibat.


Kamaruddin Kassim Penyelaras UNGGAS Malaysia
& Jurulatih LANDAS

Read More...

Tinjauan Lokasi Datuk Alif Menginap & Memproses Ayam

Rumah Penginapan Datuk Alif : 334 Lrg D4, Tmn Intan, Sg Petani, Kedah.

Pasar Bakar Arang

Meja Memproses dan Menjual Ayam yang daftar perniagaan atas nama budak melayu

SUNGAI PETANI - Hari ini tanggal 23 Julai 2010, saya sempat turun padang membuat tinjauan dan penyiasatan di lokasi Datuk Alif menginap dan berniaga. Saya tidak masuk ke dalam Pasar Bakar Arang, kerana mereka dapat mengenaili wajah saya. Oleh itu saya perlukan sukarelawan prihatin yang sanggup masuk dan meninjau ke kawasan memproses ayam. Datuk Alif hanya mendaftar perniagaan ayam di atas nama budak-budak melayu. Pengurusan pasaran, pembekalan dan wang tunai dikawal oleh Datuk Alif, sebab itu semua perniagaan tidak terdapat namanya yang sebenar. Lagipun Datuk Alif seorang yang muflis dan sukar diambil tindakan penipuan kerana beliau menggunakan nama orang lain. Anak-anak melayu hanya sebagai alat untuk mencapai hasrat dan matlamatnya untuk mengaut keuntungan atas angin.
Read More...

MASIH GUNA NAMA ISLAM MENJALANKAN AKTIVITI PENIPUAN BISNES AYAM YANG DIKUATIRI TIDAK HALAL

WONG LOI @ DATUK MUHAMMAD ALIF ABDULLAH
No. KP : 570726-01-5208286
Alamatnya di Johor:
No. 60, Jln Pahlawan 2, Tmn Ungku Tun Aminah,
81300 Skudai Johor.



Wang Deyun No. Passport G36021776

SUNGAI PETANI - Wong Loi @ Datuk Muhammad Alif Abdullah telah ditangkap oleh pihak polis bahagian Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda (IPD) dan dipindahkan ke IPD Pulau Pinang atas laporan kes penipuan. Saya sempat menemui seorang cina yang terlibat secara langsung bekerja dengan Datuk Muhammad Alif menguruskan perniagaan ayamnya. Buat masa ini semua perniagaan ayam didaftarkan atas nama orang melayu dan Datuk Alif akan mengawal pembayaran tunai untuk dimonopolinya.

Ketika dia menguruskan perniagaan ayam, beliau akan berpakaian seperti seorang Islam yang bersifat warak dengan memakai songkok putih (ketayap) untuk menarik pelanggan dari kalangan orang-orang melayu. Menurut maklumat dalaman tempat meja jualan ayam, ayam yang disembelih oleh orang Islam bersebelahan dengan ayam yang dicucuk lehernya. Apabila ayam tersebut dipotong kecil akan bercampur baur dengan bahagian ayam yang tidak disembelih secara Islam. Semasa Datuk Alif ditahan oleh pehak polis, urusan perniagaan ayam dikendalikan oleh isterinya berasal dari Jilin, Cina bernama Wang Deyun dan dibantu oleh Yip Fatt Choy @ Muhammad Kamal Abdullah. Wang Deyun dan Yip Fat Choy mengamalkan cara hidup orang Cina bukan Islam dengan makan dan minum masakan cina.

Tanggal 11/07/2010, saya telah menemui tuan imam masjid Bakar Arang untuk mendapatkan informasi terkini. Menurut kata tuan imam, pada mulanya Datuk Alif datang menemuinya dan memperkenalkannya seorang Datuk mempunyai duit yang banyak. Beliau juga telah banyak membantu masjid-masjid dan orang susah. Datuk Alif juga pernah bagi sumbangan untuk buat kenduri makan satey di masjid. Selepas itu Datuk Alif datang menemuinya minta duit sejumlah lebih seribu ringgit untuk membayar wang pendahuluan daftar masuk Hospital Metro Sungai Petani, atas sebab pemandunya sakit dan dimasukkan ke Hospital. Tuan imam mensyaki Datuk Alif sedang merancang penipuan, sedangkan beliau sering mengakui seorang jutawan. Ketika itu tuan imam mengangkat telefon untuk menalifon polis dan Datuk Alif terus melarikan diri. Oleh itu saya harap semua pihak yang pernah ditipu dan ada pengalaman penipuan Datuk Alif ini dapat menghubungi saya untuk kita halang aktiviti penipuannya dan orang ramai boleh buat siasatan sendiri perniagan ayamnya di Pasar Bakar Arang dan meja bihi ayam proses meja tawakal di Pasar Kepala Batas, Butterworth, mulai jam 6.30 pagi.

Saya telah menghubungi pejabat agama Sungai Petani dan maklumkan kes ini serta minta supaya tidak memproses kad Islamnya sehingga siasatan terperinci aktivitinya dengan mengguna nama Islam untuk menipu orang Islam. Sumber dari pihak Immigresen mengesahkan Wong Loi @ Datuk Muhammad Alif telah diisytihar Muflis. Banyak lagi maklumat yang tidak perlu saya paparkan di sini dan hanya akan saya dedahkan apabila sampai masanya jika diperlukan.

Maklumat terbaru, ada orang Sungai Petani (pemugut hutang) jumpa Datuk Alif, dia mengatakan isterinya Datin Wang Deyun balik ke Negeri China. Dia bagi cakap melalui telefon dengan Datin dan melihat sendiri nombor telefon dari china (mereka tak yakin mungkin orang lain). Pada pagi 16/07/2010, ada orang jumpa Datuk Alif dengan isterinya di pasar ayam Kepala Batas, Butterworth.

Menurut orang-orang yang terdekat dengan Datuk Alif, sebenarnya mereka sedang bersembunyi seketika untuk membuat planning baru macamna hendak menyusun strategi penipuan yang lain. Mereka berdua semacam udang kepasan apabila pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh media dan laman blog.

Pernikahan mereka berdua di Masjid Negeri Pulau Pinang dalam tahun 2007 masih diragukan. Saya telah berbincang dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk mengesan pernikahan tersebut benar atau palsu. Sebab semacam tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Diharap orang ramai lebih berhati-hati dengan aktiviti mereka ini, supaya umat Islam tidak mudah tertipu dengan penampilan wajah Islamnya. Kawan-kawannya berbangsa China pun ramai yang sudah ditupunya.

Penyelaras UNGGAS/LANDAS &
Amil Zakat Negeri Kedah
0194782708
Read More...

Selasa, 20 Julai 2010

KEKURANGAN 3 ORANG GURU KIMIA & MATEMATIK TINGKATAN 6 ATAS


SUNGAI PETANI - Ramai para waris tingkatan 6 atas merasa kesal di atas kekurangan guru berkelayakan mengajar anak-anak mereka di tingkatan 6 atas. Saya cuba mendapatkan maklumat secara jelas dengan menemui sendiri Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ), Sungai Petani, Kedah pada 20/07/2010. Menurut Pengetua, bulan Disember 2009, seorang guru subjek kimia telah bersara dan sehingga hari ini belum diganti. Bulan Februari 2010 pula, guru matematik telah ditukarkan ke Sekolah Matrikulasi Kedah, sehingga hari ini pun belum lagi diganti dan manakala seorang guru matematik ditukarkan ke SMK Ibrahim Sungai Petani dalam bulan April 2010. Jumlah semuanya 3 orang guru tingkatan 6 belum lagi diganti. Sedangkan guru-guru ini semuanya berkemahiran mengajar kimia dan matematik. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi pelajar-pelajar tingkatan 6 atas akan menghadapi pepereksaan STPM.

Pihak sekolah hanya mampu menampung guru-guru ini dengan mengantikan guru-guru di tingakatan bawah tetapi mereka tidak mampu mengajar subjek yang mereka tidak pernah mengajar selama ini dan para pelajar pula tidak dapat memahami cara guru-guru ini mengajar. Maslah ini telah pun sampai ke peringkat atasan Jabatan Pelajaran Negeri tetapi masih tidak dapat penjelasan yang memuaskan. Para waris tidak faham cara pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran menjalankan tugas. Seolah-olahnya mereka ini hanya habiskan masa dalam pejabat yang berhawa dingin dan tidak merasai sendiri masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Pihak PIBG dan para waris pelajar khususnya di tingkatan 6 atas mengharapkan tindakan segera dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak sepatutnya masalah kekurangan guru berkemahiran dalam subjek kimia dan matematik boleh berlaku, sedangkan pihak sekolah telah maklumkannya lebih awal. Pihak pegawai di Jabtan Pelajaran dan di Kementerian Pelajaran tidak seharusnya susah sangat nak menghantar guru-guru yang diperlukan, sebab mereka diberi gaji oleh rakyat untuk melaksanakan amanah. Rakyat tidak pernah membantah apabila pihak kerajaan dan kementerian ingin menambah lagi guru-guru berkemahiran jika terpaksa menampung keperluan sekolah. Apa yang kami para waris andaikan, amanah yang diberi tidak dilaksanakan dengan wajar, betul dan bertanggungjawab.




KAMARUDDIN BIN KASSIM
NYDP PIBG

SEKOLAH MENENGAH KHIR JOHARI (SMKKJ)

SUNGAI PETANI, KEDAH.
Read More...

PROGRAM BAHASA MELAYU DJ DAKWAH JARINGAN RADIO MASYARAKAT YALA & ZIARAH MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM

sukarelawan AMANI menziarahi ketua Kampung Shaari Abdul Rahman di
Hospital Besar Yala

Us Kamaruddin sedang melihat kecederaan lengan kanan kena tembak
semasa ketua Kampung sedang memandu kereta untuk pulang kerumahnya
dalam 200 meter ke rumahnya

ziarah ketua kampung Sisik, Mukim Baruh, Jaha .. Shaari Abdul Rahman di Hospital Besar Yala
ditembak dilengan kanan semasa memandu kenderaan jam 3.00 ptg waktu thai .. pemilik kenderaan
yang menembaknya juga digunakan menembak Imam Hj Abdul Latif Haji Ismail jam 5.00 ptg.
dari kanan Abdul Hadi (AMANI), Us Kamaruddin, anaknda saya Nurul Huda (th 3 Rajabhat Universiti yala), Shaari
Abdul Rahman (Ketua Kampung), Zakaria (Chuya HAP)

sukarelawan AMANI bersama isteri dan anak-anak Imam Haji Abdul Latif Haji Ismail
di Kampung Rebing, Daerah Jaha, Yala .. turut serta presiden pertubuhan Hak Asasi
dan Kemanusiaan Sdr Zakaria serta AJKnya.

kenderaan yang dipandu oleh Imam Haji Abdul Latif Haji Ismail bersama
anaknya Fathiyah Haji Abdul Latif

sukarelawan AMANI sedang menziarihi Haji Abdul Latif Haji Islail
di Hospital Besar Yala .. beliau cedera di kepala kena tembak ..
kejadian berlaku lebih kurang jam 5.00 ptg waktu thai

Fathiyah binti Abdul Latif, pelajar tahun 3 Maahad Darul Maarif Fathoni
anak kepada imam Haji Abdul Latif Masjid Darul Na'im .. mati ditembak di dahi
ketika dalam kereta bersama ayahnya ..berlaku tanggal 13/07/2010 .. petang

Haji Abdul Latif Haji Islami .. imam masjid Darul Na'im Pattani dan juga pengerusi
persatuan imam daerah Jaha.. kini sedang dirawat di Hospital Besar Yala, cedera
kena tembak di kepala semasa sedang memandu kereta .. anak perempuannya
bernama Fathiyah mati ditembak di kepala semasa bersamanya dalam kereta

YALA - UNGGAS, LANDAS dan Sukarelawan AMANI telah bergabung seramai 9 orang muslimin dan muslimat mengadakan program memperkasakan Bahasa Melayu untuk juruhebah (DJ) dakwah Jaringan Radio Masyarakat Yala. Sekitar 15 orang DJ bertugas daripada 5 buah stesen radio masyarakat Yala telah mengikuti kursus tersebut. Mesyuarat di Home Stay Mat'am Arabi Yala telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras Jaringan Radio Masyarakat Yala (JARING). Keputusan mesyuarat juga menetapkan supaya semua juruhebah bertugas tidak lagi menggunakan bahasa "rojak", dengan menggunakan bahasa melayu fathoni berselang-seli dengan bahasa thai. Juruhebah bertugas dikehendaki menggambil daya usaha sendiri mempelajari dan mendalami bahasa melayu dengan menggunakan tatabahsa yang betul. Mereka boleh menggunakan loghat melayu fathoni dan bahasa melayu baku, supaya para pendengar cepat faham dan masyarakat melayu dapat mempertahankan bahasa ibunda mereka sendiri. Banyak buku-buku Islam ditulis dalam bahasa melayu jika dibandingkan dalam bahasa thai. Malangnya ramai orang melayu tidak faham. Tulisan jawi akan dijadikan tulisan utama masyarakat melayu fathoni dan tulisan rumi akan dijadikan tulisan kedua terpenting.

Sukarelawan AMANI juga sempat menziarahi keluaraga mangsa pembunuhan di Hospital dan kdi ampung dengan menghulurkan sedikit bantuan.

Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut