Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 20 Julai 2010

KEKURANGAN 3 ORANG GURU KIMIA & MATEMATIK TINGKATAN 6 ATAS


SUNGAI PETANI - Ramai para waris tingkatan 6 atas merasa kesal di atas kekurangan guru berkelayakan mengajar anak-anak mereka di tingkatan 6 atas. Saya cuba mendapatkan maklumat secara jelas dengan menemui sendiri Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ), Sungai Petani, Kedah pada 20/07/2010. Menurut Pengetua, bulan Disember 2009, seorang guru subjek kimia telah bersara dan sehingga hari ini belum diganti. Bulan Februari 2010 pula, guru matematik telah ditukarkan ke Sekolah Matrikulasi Kedah, sehingga hari ini pun belum lagi diganti dan manakala seorang guru matematik ditukarkan ke SMK Ibrahim Sungai Petani dalam bulan April 2010. Jumlah semuanya 3 orang guru tingkatan 6 belum lagi diganti. Sedangkan guru-guru ini semuanya berkemahiran mengajar kimia dan matematik. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi pelajar-pelajar tingkatan 6 atas akan menghadapi pepereksaan STPM.

Pihak sekolah hanya mampu menampung guru-guru ini dengan mengantikan guru-guru di tingakatan bawah tetapi mereka tidak mampu mengajar subjek yang mereka tidak pernah mengajar selama ini dan para pelajar pula tidak dapat memahami cara guru-guru ini mengajar. Maslah ini telah pun sampai ke peringkat atasan Jabatan Pelajaran Negeri tetapi masih tidak dapat penjelasan yang memuaskan. Para waris tidak faham cara pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran menjalankan tugas. Seolah-olahnya mereka ini hanya habiskan masa dalam pejabat yang berhawa dingin dan tidak merasai sendiri masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Pihak PIBG dan para waris pelajar khususnya di tingkatan 6 atas mengharapkan tindakan segera dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak sepatutnya masalah kekurangan guru berkemahiran dalam subjek kimia dan matematik boleh berlaku, sedangkan pihak sekolah telah maklumkannya lebih awal. Pihak pegawai di Jabtan Pelajaran dan di Kementerian Pelajaran tidak seharusnya susah sangat nak menghantar guru-guru yang diperlukan, sebab mereka diberi gaji oleh rakyat untuk melaksanakan amanah. Rakyat tidak pernah membantah apabila pihak kerajaan dan kementerian ingin menambah lagi guru-guru berkemahiran jika terpaksa menampung keperluan sekolah. Apa yang kami para waris andaikan, amanah yang diberi tidak dilaksanakan dengan wajar, betul dan bertanggungjawab.




KAMARUDDIN BIN KASSIM
NYDP PIBG

SEKOLAH MENENGAH KHIR JOHARI (SMKKJ)

SUNGAI PETANI, KEDAH.

0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut