LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 23 Julai 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Hal Ehwal Generasi Pewaris (GP) MAIPP



Ustaz Rosidi Hussain sedang mempergerusikan mesyuarat GP MAIPP



PULAU PINANG - Mesyuarat Generasi Pewaris (GP) telah di adakan pada 22 Julai 2010, di bilik mesyuarat JAIPP, Lebuh Pantai, Pulau Pinang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ustaz Rosidi Hussain, Pengerusi GP MAIPP. Turut hadir Jabatan Kebajikan, Jabatan Belia, Pegawai-pegawai Tadbir Agama SPU, SPS dan Butterworth, NISA, SUFI, ILMA, Darus Syifa', JIM, ABIM, UNGGAS/LANDAS PUMPP, Penguatkuasa Jabatan dan lain-lain.

Mesyuarat juga telah bersetuju supaya UNGGAS/LANDAS PUMPP mengetuai Sekritariat Menagani Gejala Sosial Pulau Pinang di bawah JAIPP dengan kerjasama sepadu bersama lain-lain NGO dan jabatan kerajaan. Pihak UNGGAS/LANDAS akan menyediakan modul latihan kemahiran tiori dan praktikal di lapangan dengan membuat pemetaan kawasan kritikal, melatih lebih ramai pendakwah dan aktivis sosial di lapangan dan membuat pemantauan menyeluruh gejala sosial muda-mudi di Pulau Pinang. Pihak UNGGAS/LANDAS tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab yang maha berat ini tanpa kerjasama bersepadu semua NGO dan jabatan-jabatan kerajaan yang telibat.


Kamaruddin Kassim Penyelaras UNGGAS Malaysia
& Jurulatih LANDAS

0 ulasan:

 

Pengikut