Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 28 Julai 2010

PROGRAM OUTREACH DAKWAH LAPANGAN DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR


Muhammad Hafiz (SU MKN), Us Khairul (Pen.Peng Dakwah Jawi),
Us Kamaruddin (Penyelaras UNGGAS/LANDAS)

Asti Toba (aktivis LANDAS PUMPP)

Us Abd Halim Zakarian (aktivis LANDAS PUMWP)

Asti Toba bersama 2 orang imam muda masjid negara sedang
memerhati carta organisasi masjid Jamek Kuala Lumpur

peserta Outreach Dakwah beraksi di hadapan masjid Jamek KL selepas
selesai memberi makan golongan terpinggir bandaraya

Asti bersama muslimah outreach ABIM masjid negara sedang berbual
dengan penlancung dari Yaman

Asti sedang mendokong anak pelancung dari Yaman

kita sempat menyampaikan mesej dakwah kepada 2 orang stundent
pelancung dari luar negara yang mengunjungi masjid Jamek KL

inilah budaya yang tidak baik yang dibawa masuk oleh student pelancung asing
yang mengunjungi negara kita ... dari raut wajah mereka dapat kita membuat
andaian, mereka bukan sahaja melancung tetapi juga membawa budaya kuning ..


dua orang ini nampak seperti penagih dadah berasal dari Kelantan dan Sabah

Bengkel Outreach Dakwah di Dewan Mesyuarat Masjid Negara

peserta Bengkel Outreach Dakwah melawat Rumah Sinar Salam dan
diberi taklimat oleh pengurus pusat tersebut


SENARAI SEMAK KOMUNIKASI DAKWAH LAPANGAN (Outreach Dakwah)

SENTUHAN / TOUCH – HATI (القلب)

  1. Memberi Salam – السلام عليكم
  2. Berjabat tangan (Shaking hands)
  3. Memeluk, mendakap, merangkum (hug).
  4. Mencium (Kiss).
  5. Memegang tangan (Holding hands).
  6. Tangan di atas bahu (Hands on shoulder)


SENTUHAN BERHEMAH / TOUCHING

Ø Dekatilah (rapo/kemesraan)

Ø Dengarilah (isu/masalah) – 5W 1H

Ø Fahamilah (perasaan – HATI القلب)

Ø Bantuilah (bina keyakinan)

Ø Penuhi (impian mereka)

Ø Ketahuilah (menilai perubahan)

5W 1H

Ø What / apa isunya ?

Ø Who / siapa terlibat ?

Ø Why / kenapa berlaku ?

Ø When / bila berlaku?

Ø Where / di mana berlaku?

Ø How / bagaimana ?

Berilah (ganjaran/harapan)

SUARA/VOICE

  1. Nada/Tone
  2. Kelembutan/Softness
  3. Kelajuan/Speed

RUANG/SPACE

  1. Jarak/Distance
  2. Tanda, perubahan / Marking, changing

BADAN/BODY

  1. Kedudukan kepala/Head position
  2. Muka, terutamanya mulut/Face, especially mouth
  3. Mata/Eyes
  4. Bahu/Shoulders
  5. Posisi tubuh/Posture
  6. Pergerakan/Movement
  7. Aksi dan isyarat/Actions and Gestures
  8. Pakaian/Dress

Panduan Untuk Berkomunikasi Dakwah Yang Berkesan dan (HEMOI)

  1. Komunikasi bertenaga mempunyai kekuatan dalaman. Jangan cuba menguasai mereka secara paksa.
  2. Berintraksilah dengan mereka semasa melaksanakan tugas berdakwah dengan memberikan masa secukupnya.
  3. Isikan dengan input-input yang baik bersama mereka. Kita akan dapat menjalinkan hubungan yang bermakna dengan mereka dalam masa yang singkat.
  4. Olahkan mesej yang kita dengar itu semula untuk memastikan penyampaian dan penerimaan yang betul.
  5. Ingatlah bahawa lebih banyak yang kita fahami, lebih banyak yang dapat kita urus. Semakin banyak kita tidak fahami, semakin banyak yang akan dimanipulasi.
  6. Apabila mentafsirkan sesuatu, Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya mencari tujuh puluh sebab perlakuan buruk orang lain dan jika sekiranya tidak ada satu alasan pun yang betul, mungkin ada tafsiran yang belum kita ketahui lagi.





KUALA LUMPUR
- Selesai sudah program Outreach Dakwah pada 26-27 Julai 2010 di Dewan Mesyuarat Masjid Negara anjuran dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), JAKIM, UNGGAS/LANDAS PUMWP, PUMPP dan Penyelaras Urusetia Menangani Gejala Sosial dan Jurulatih Latihan Aktivis Dakwah Isu-isu Sosial (LANDAS). Tanggungjawab UNGGAS ialah menyediakan modul LANDAS melatih kemahiran berdakwah di lapangan, bagaimana cara yang betul berkomunikasi dan berintraksi dengan kelompok terpinggir di bandaraya Kuala Lumpur khususnya dan secara umumnya semua golongan tersasar yang terlibat dalam pelabagai masalah gejala sosial dan mungkarat. Sekitar 15 orang peserta yang terpilih melibatkan diri selama 2 hari termasuk akitivis LANDAS, pegawai-pegawai JAKIM dari bahagian KESUMA, pegawai-pegawi JAWI termasuk imam-imam muda dari masjid negara dan lain-lain aktivis sosial.






0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut