LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 30 Disember 2011

JUMAAT 30/12/2011 DI MASJID TAMAN INTAN


TAKRIF TAQWA (تقوى)

Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang tidak faham.

Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa. Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’, namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa (تقوى).

Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa (تقوى) tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah sematamata. Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.


Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.

TAKRIF

Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf (خَوْفً) atau khasya (خَشْيَة).

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah (وقى – يقى - وقاية) yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
ياأيهالذين ءامنوا قواأنفسكم أهليكم نارا ...
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu (إِتَّقُ) atau yattaqi (يَتَّقِ). Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.

Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara- perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat. Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.

Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Allah SWT. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.

Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Allah SWT. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Allah SWT. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.
Apa yang dapat disimpulkan isi khutbah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Subri Hj Arshad Mudir Ma’had Ad-Da’wah A;-Islamiyyah berhubung sifat orang yang bertaqwa yang disebut oleh Saiyidina Ali karramallhu wajhah ialah; takut akan Allah ketika berhadapan denganNya di hari akhirat, membuat persiapan yang cukup di dunia ketiak berangkat ke alam qubur dan seterusnya menuju ke alam mahsyar dan ridho akan dan rasa kecukupan rezeki yang Allah telah berikan. 
Lawan dari sifat taqwa ialah; manusia tidak pernah rasa takut dengan meninggalkan solat, melakukan maksiat, menggambil harta orang dengan jalan yang haram, terlibat dengan raswah walaupun memiliki harta berjuta-juta ringgit dari peringkat pimpinan negara sampai ke peringkat rakyat biasa, khianat terhadap amanah rakyat mengurus negara dan lain-lain.



Read More...

Khamis, 29 Disember 2011

Harun Yahya Mengaku Sebagai Imam Mahdi


Syeikh Imran N Hosein ketika memberikan komentarnya berhubung Harun Yahya, membangkitkan persoalan "Mengapa Harun Yahya perlu berbohong?" yang pasti merujuk kepada beberapa kenyataan yang dimuatkan dalam laman sesawang milik penulis tersohor asal Turki itu. Jika anda pernah membaca buku-buku bertajuk Malapetaka Darwinisma, Evolution Desceit, Kaum-kaum Yang Pupus, penulis itulah yang dimaksudkan.


Sebelum ini saya pernah membaca beberapa buah kajian dari laman sesawang milik Harun Yahya baik HarunYahya.com mahupun

AwaitedMahdi.com. Kedua-duanya pernah saya telaan. Namun, saya akui ketika membaca beberapa buah kajian beliau di laman tersebut ada beberapa buah perkataan atau fakta yang bercanggah dengan sumber dari Islam atau lebih tepat lagi hadith sahih Nabi SAW. Tidak cukup dengan itu, ada beberapa buah hadith (kononnya) di dalam beberapa buah artikel tidak mempunyai riwayatnya. Hal inilah yang mendatangkan kerunsingan pada saya.


Namun, setelah membaca penjelasan sebenar mengenai Harun Yahya dari sebuah laman sesawang Islam terbesar dari Indonesia EraMuslim.com, saya kini pasti bahawa Harun Yahya tidak lebih hanyalah seorang individu yang mempunyai kepentingan tertentu sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa orang ulama bertaraf dunia termasuk Bilal Philips. Pernahkah anda terfikir, bagaimana atau mengapakah seorang penyiasat konspirasi Yahudi dan Barat seperti Harun Yahya tidak menerima ugutan bunuh dari mana-mana pihak terutama secret society pro-Zionis?


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=i0PX6REuVWc


Selanjutnya anda bacalah terjemahan artikel dari kolumnis EraMuslim.com, Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi dibawah ini:


Sheikh Imran Hossein pernah mengkritik Harun Yahya, fakta itu memang benar adanya. Hal ini terkait dengan penulisan di laman milik Harun Yahya yang didapati mendakwa dirinya sebagai Al Mahdi. Selain Syeikh Imran Hossein, Bilal Philips juga mengecam Harun Yahya dan mendakwa Harun Yahya memiliki agenda tersembunyi. Untuk lebih jelas pembaca boleh menonton link video ini:


http://www.youtube.com/watch?v=WlqA5eQcvX4&feature=player_embedded


Tulisan-tulisan itu sendiri sengaja dipaparkan di lamannya, Awaitedmahdi.com yang memang merupakan subordinasi dari laman utamanya, Harunyahya.com. Jelaslah disini bahawa ianya asli dan bukan sengaja diadakan. Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ke atas laman tersebut.


Memang ketika diwawancara Al Jazeera, Harun Yahya menafikannya. Harun Yahya mengatakan hanya menulis sebuah buku mengenai Imam Mahdi yang merujuk kepada Hadis Nabi. Dari beberapa hadis itu terlihat beberapa kesan yang akhirnya menggambarkan Al Mahdi dalam rupa dirinya (Harun Yahya). Namun anehnya, ketika saya cross check lebih jauh hadis-hadis yang diambil oleh Harun Yahya, keseluruhannya itu bukanlah hadis, tetapi beberapa kenyataan (dari) Tokoh Agama dan Ulama yang telah diselitkan oleh Harun Yahya, walaupun pada tajuk besarnya disebutkan sebagai hadis. Apakah ini sesuatu yang disengajakan? Atau, ianya satu kekhilafan dari seorang tokoh yang sudah banyak menulis tentang akhir zaman? Wallahua'lam.


Salah satu petikan kontroversi di laman Harun Yahya tersebut adalah sebuah peryataan yang mana beliau telah didapati mendakwa, pada tahun 1956 adalah tahun yang sangat penting di akhir zaman. “The significance of the year 1956 in terms of the end times.” [bukti disini] Tahun 1956 adalah tanda dunia akan menuju sebuah pemerintahan yang adil.


Kita tahu bahawa, tahun 1956 adalah tahun dimana Harun Yahya dilahirkan. Meski dilaman tersebut pernyataan ini dikatakan sebagai sebuah hadis, anehnya tidak ada sebarang riwayat satupun yang tertera. Laman tersebut hanya menulis perkataan Said Nursi dan Adendum Emirdag yang memperkotak-katikkan numerologi ayat al-Qur'an dan mengatakan bahawa tahun 1956 sebagai tahun runtuhnya sistem kemunafikan di seluruh dunia. Apakah benar situasinya seperti itu? Realitinya hingga tahun 2011, jangankan seluruh dunia, Turki sahaja dalam pandangan saya belum mampu terlepas dari kemunafikan.


Laman sesawang milik Harun Yahya tersebut juga mengatakan bahwa Al Mahdi sebenarnya lahir di sebuah kota besar yang kelak menjadi Istanbul. Dalam laman tersebut ditulis,

“Hazrat Mahdi (as) will apear from Turkey and will never leave until the end of his struggle”. [bukti disini]


“Hazrat Mahdi (as) will spiritually capture Istanbul” [bukti disini]


Sepertimana yang kita ketahui, Harun Yahya sendiri dibesarkan di Turki. Persoalannya di sini, benarkah ada hadis yang mengatakan Al Mahdi muncul di Turki? Sebagai umat Islam, kita hanya mampu menjawab (persoalan berkaitan Al Mahdi) jika merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang bersabda,

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)


Anehnya awaitedmahdi.com, juga mengatakan bahawa Al Mahdi ketika muncul tidak akan berbahasa Arab. "Hazrat Mahdi (as) will not speak Arabic very well, but he will bear a close moral resemblance to our prphet (saas)". [bukti disini]


Padahal Al Mahdi jelas-jelas muncul di Madinah dan dia masih berketurunan Rasulullah SAW. Al Mahdi juga akan menjadi khalifah umat Islam di akhir Zaman. Secara logiknya, bagaimana mungkin seorang Khalifah (berketurunan Arab- dari Madinah ke Makkah) tidak mampu berbahasa Arab? Apakah ini masih merujuk kepada Harun Yahya yang sememangnya tidak mampu berbahasa Arab?


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SqAOFGFDOgg


Dalam wawancaranya dengan Al Jazeera, Harun Yahya juga meragukan ketepatan bahawa nama Al Mahdi sebenarnya adalah Ahmad atau Muhammad. [bukti disini] Harun Yahya juga menekankan bahawa nama asli Al Mahdi adalah Adnan. [bukti disini] Kita ketahui bersama Harun Yahya selama ini hanyalah nama penanya. Sedangkan nama asli beliau adalah Adnan Oktar. Inilah yang dikecam oleh Syeikh Imran, beliau mengatakan bahawa Islam tidak menegnal nama pena atau samaran. Hal itu haruslah dihindari setiap sarjana Islam agar apa yang dikatakannya sesuai dengan apa yang ditulis mereka.


Maka marilah kita merujuk kepada Hadis Nabi SAW tentang nama Al Mahdi. Rasulullah SAW, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut: “Namanya sesuai dengan namaku, dan nama ayahnya sesuai dengan nama ayahku.


Dia dari keturunan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, di mana disebutkan dalam riwayat: “Dari ahli baitku.” (HR. Abu Dawud, no. 4282 dan 4283). Dalam riwayat lain: “Dari keluarga terdekatku (‘itrah-ku).” (HR. Abu Dawud, no. 4284). Dalam riwayat lain: “Dariku.” (HR. Abu Dawud no. 4285) dari jalur perkahwinan ‘Ali bin Abu Thalib dan Fathimah binti Rasulullah. Sebagaimana dalam hadits yang lalu dikatakan: “Seseorang dari keluargaku” dan “dari anak keturunan Fathimah.” (HR. Abu Dawud no. 4284)


Oleh sebab itu, Ibnu Katsir rahimahullahu mengatakan: “Dia adalah Muhammad bin Abdillah Al-‘Alawi (keturunan Ali) Al-Fathimi (keturunan Fathimah) Al-Hasani (keturunan Al-Hasan). Allah Subhanahu wa Ta’ala memperbaikinya dalam satu malam yakni memberinya taubat, taufik, memberinya pemahaman serta bimbingan padahal sebelumnya tidak seperti itu.” (An-Nihayah fil Malahim wal Fitan, 1/17, Program Maktabah Syamilah)


Sebelumnya Harun Yahya, dengan segala kelebihannya juga tidak lepas dari kritik. Harun Yahya hingga kini tidak menganggap Syiah keluar dari Islam. Hal ini ditegas olehnya, ketika diwawancara oleh wartawan Al Jazeera di Istanbul pada tanggal 6/08/2007. Harun Yahya mengatakan :


“I love all Muslims in Turkey and worldwide, and I make no distinction on the basis of school or sect. I respect them all. There is no difference between Sunni and Shia. The same applies to the Ihvan-i Muslim. They are also my brothers. I regard them as totally sincere. We all pray in the same direction. We share the same Book. These elements all make us one.” [bukti disini]


Maka tidak hairanlah dalam menjelaskan ciri-ciri Al Mahdi, beliau banyak menukil dari riwayat Imam Jafar As Sadiq yang banyak diselewengkan oleh Syiah. Salah satunya ialah penjelasan bahawa umat Islam nanti akan mendengarkan perkataan Al Mahdi lewat sebuah terjemahan.


“Jaffar Sadik said that people all over the world would be able to listen to Hazrat Mahdi's (as) words instantaneously through simultaneous translations” [bukti disini]


Padahal sudah terang lagi bersuluh, Syiah sudah berbeza akidah dengan agama Islam. Kita tidak boleh mengatakan mereka sebagai salah satu aliran dalam Islam. Allah jelas sekali menjaga akidah dan perkataan Al Mahdi yang selaras dengan akidah Islam. Bukan Al Mahdi yang masih mengganggap orang yang menghina Sahabat Nabi dan menganggap Al Quran itu palsu sebagai sebahagian dari Islam.


Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:


“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dunia dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898).


Jadi, kalaulah memang Harun Yahya menafikan dirinya sebagai Al Mahdi, mengapakah penjelasan sesat tentang Al Mahdi masih saja terpampang di laman sesawang miliknya dan belum juga dihapuskan meski beberapa ulama seperti Bilal Philips dan Syeikh Imran Hossein sudah mengkritiknya berkali-kali.


Masih banyak sebenarnya data-data keliru yang dijadikan indikasi atau penjelasan Al Mahdi dalam laman sesawang tersebut. Seperti pernyataannya yang mengatakan Al Mahdi berasal dari Kaukasus. "Hazrat Mahdi (as) will come from the Caucasus". [bukti disini] Kita ketahui bersama Harun Yahya atau Adnan Oktar adalah seorang keturunan sayyid atau habib yang bermigrasi ke Kaukasus selama pencerobohan Hulagu. Asal-usul Beslen Arslan Kasayev, datuk Omer Bey, datuk Mr. Oktar, kembali ke dinasti Nogay. Keluarga ini juga dikenali sebagai Arslanogullari (anak-anak Arslan) dan merupakan salah satu dari dua puluh satu (21) buah keluarga sayyid yang namanya muncul dalam dokumen yang disiapkan untuk gabenor Kaukasus pada tahun 1827. [bukti disini]


Terakhir dari saya, lihatlah sebuah video bertajuk Harun Yahya and his Israel Connection.


http://www.youtube.com/watch?v=dyJRR1kzi9E&feature=player_embedded


Semoga Harun Yahya benar-benar sedar atas kekeliruan yang sengaja ditimbulkannya ini. Memang benar, sesungguhnya fitnah akhir zaman itu benar-benar dahsyat. Wallahualam bissawab .


Sumber : http://www.tranungkite.net

Read More...
 

Pengikut