LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Isnin, 19 Disember 2011

KARNIVAL INDAHNYA ISLAM MASJID JAMEK BANDARAYA KL


KUALA LUMPUR - Mesyuarat penyelarasan Karnival Dakwah "Indahnya Islam" di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur anjuran bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Bandaraya Kuala Lumpur, Pusat Zon 3 JAWI, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama NGO-NGO Islam; ABIM, PUMWP, PERKIM, DPMM, PKPIM, GAMIS, Agensi Kerajaan, Penerbit Buku dan lain-lain lagi.

Setiap tahun Masjid Jamek telah menjadi lokasi tumpuan puluhan ribu anak-anak muda berkunjung bagi meraikan sambutan Tahun Baru. Sinonim dengan nama Masjid Jamek sebagai stesyen LRT, kawasan sekitar Masjid juga secara tidak langsung menjadi tumpuan pengunjung sama ada muslim atau bukan muslim.

Pihak penganjur merasakan perlunya diadakan pengisian di masjid dan persekitarannya supaya peranan masjid dapaat diperluaskan sebagai tempat pendidikan dan pembinaan manusia yang unggul. Sebagai permulaan, program INDAHNYA ISLAM @ Masjid Jamek Kuala Lumpur akan menjadi platform penting untuk menyebarkan keindahan Islam khususnya melalui pendekatan dakwah Bil-Hal kepada masyarakat awam yang berkunjung.

Sasarannya difokuskan kepada masyarakat awam, golongan muda mudi, remaja, kanak-kanak dan non-muslim. Di antara cadangan aktiviti terdiri daripada pameran buku, jualan buku, diskusi buku, pertandingan kuiz, dakwah turun padang bersama NGO Islam dan mahasiswa mahasiswi dari pelbagai universiti tempatan, kempen jom solat, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina, kempen wakaf buku untuk sekolah agama.

Juga diadakan edaran belon tazkirah kepada kanak-kanak yang mengandungi tulisan Jom Solat, Allah Sayang Kita atau mesej-mesej menarik perhatian. Disamping itu diadakan basking lagu-lagu kerohanian di luar kawasan masjid jamek. Kumpulan-kumpulan ini terdiri dari pelajar-pelajar universiti. Fokus kawasan berhampiran LRT atau kawasan tumpuan remaja pada malam tahun baru.

Acara majlis bermula pada 31 Disember 2011 jam 9.00 pagi sehingga subuh 1 Januari 2012. Program ini akan diadakan di dalam kawasan masjid Jamek dan bergerak dakwah lapangan di dataran merdeka serta kawasan sekitar bandara Kuala Lumpur.



0 ulasan:

 

Pengikut