LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Khamis, 22 Disember 2011

OPS SAYANGI REMAJA


Program Himpunan Sayangi Belia (Ops Sayangi Remaja) kini kembali lagi. Jom semua sahabat-sahabat, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik dan lain-lain bersama-sama kami di malam tahun baru Masihi 31 Disember (bermula jam 8.30 malam hingga Subuh 1 Januari 2012). Tolong sebarkan poster dan ayat ini.

Asti Toba
Setiausaha UNGGAS MALAYSIA
http://sinarloronggelap.blogspot.com/

Hebahan (sukarela) jemputan jualan buku dan pameran di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur

Terbuka kepada penulis dan penerbit

-----

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mudah-mudahan para malaikat sudi mengaminkan doa saya agar Tuan berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezekindan diberikan kemenangan dalam usaha yang digerakkan

Pihak Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan badan-badan NGO akan menganjurkan program Indahnya Islam pada 31 Disember 2011.

Program ini bersempena sambutan tahun baru 2012 yang akan dirai masyarakat dan atas kesempatan ini pihak masjid, jabatan agama dan badan-badan NGO bakal bergabung mengaturkan acara.

Antara acara tersebut adalah

Basking, persembahan muzik jalanan
Mengedar seribu kad tahun baru
Mengedar belon tahun baru
Karnival Masjid Jamek meliputi pameran, jualan dan acara pentas.

Tuan dan Cik Cik Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi Nabi

Pihak JAWI berminat menjemput penerbit buku bagi mengadakan pameran buku dan membuat jualan buku sempena hari tersebut.

Tapak pameran adalah di ruang utama laman Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur dan tapak disediakan percuma.

Mudah-mudahan penglibatan penerbit buku Islami dapat bersama-sama bagi membuat jualan dan sebagai promosi pengenalan produk terbitan Tuan.

Sekiranya adanya acara pentas penerbit melibatkan pelancaran buku, bicara ilmu dan seumpamanya, ia dialu-alukan. Ia dapat dijadikan ruang viral yang dapat dirakam dan disebar melalui YouTube, web dan media-media cetak. Insya Allah.

Dengan izin, sebarang maklum balas dapat dimaklumkan kepada Ustaz Khairul di nombor telefon 0136714932 bagi penyediaan ruang yang selesa kepada penerbit dan cadangan program pentas.

0 ulasan:

 

Pengikut