Dapat disimpulkan 5 pengajaran penting dari kisah pemuda al-Kahfi:
1. Allah memulakan surah ini dengan memuji Zat-Nya dengan kalimah Alhamdulillah dalam ayat pertama bermaksud: "Segala puji terentu bagi Allah Yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu Yang bengkok (terpesong)". Disebalik kalimat puji-pujian terdapat sesuatu yang amat penting untuk Allah kabarkan kisah lampau.
2. Mengajar kita supaya membuat sesuatu pekerjaan itu mestilah mengambil kira soal keberkatan dan keredhoaan Allah.
3. Untuk mempertahankan aqidah sebenar, pemuda-pemuda kahfi sanggup berhijrah, melarikan diri dari raja yang zalim masuk ke dalam gua.
4. Kisah dua orang sahabat yang kaya dan miskin. Sahabat yang kaya mendapat ni'mat yang melimpah ruah tetapi bersifat takabbur, beliau merasakan rezeki yang banyak dari hasil tanamannya dapat menjamin kelansungan hidupnya, akhirnya Allah musnahkan kebunya dengan bala Allah dan manakala sahabat yang miskin ini sentiasa bersyukur apa yang ada serta kuat beribadah kepada Allah. Pemuda misikin ini Allah kurniakan keberkatan hidupnya.
5. Kisah Nabi Musa menuntut ilmu dari seorang hamba yang soleh. Sentiasa taat dan mengikut gurunya dengan layanan hormat untuk mendpatakan kemuliaan ilmunya.
Sultan Muzaffar Shah Bandar Sungai Petani
dan meminta sedikit catatan khutbahnya
0 ulasan:
Catat Ulasan