LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 9 Disember 2011

Busuk Lagi Membusukkan dan Jijik Lagi Menjijikkan


Pulau Pinang - 14 Muharram 1433 H : Ajaran manakah yang mengajar kita membuat kerja terkutuk ini yang amat busuk lagi membusukkan. Walaupun kita berbeza fahaman politik dan berada dalam arena permusuhan politik, janganlah sampai menjatuhkan imej Islam di mata orang bukan Islam.

Dalam Islam tidak ada langsung dan tidak pernah mengajar umatnya bila berhadapan dengan musuhnya, lebih-lebih lagi musuh politik membenarkan kita lakukan kerja-kerja busuk ini. Kerana kedangkalannya umatnya untuk memahami aqidah Islam yang sohihah dan akhlak Islam yang salimah maka akan mengundang kebencian yang mendadak oleh orang bukan Islam.

Sepatutnya kita berhadapan dengan orang bukan Islam dengan hujah-hujah Islam yang sempurna dan menunjukkan akhlak yang mulia sepertimana pernah Nabi Muhammad s.a.w. tunjukkan kepada orang bukan Islam sehingga mereka berminat masuk Islam. Hal ini sepatutnya anda berhujah dengan KM Pulau Pinang dengan membawa akhlak mulia Amirul Mu'minin Saiyidina Umar Abdul Aziz yang menjadi idola KM Pulau Pinang.

Apabila kita menjadi orang yang bodoh piang dan jahil murakkab, akhirnya inilah jadinya. Terlalu imosional dengan musuh-musuh politik yang berbeza parti politik sehingga kita buta terhadap ajaran dan akhlak Islam. Yang mendapat imej buruk ialah Islam itu sendiri. Orang bukan Islam tidak mengenali ajaran Islam dari dekat kecuali cara hidup Islam yang diamalkan oleh orang melayu khususnya. Samada melayu kacukan atau melayu jadi-jadian. Mereka muncul dalam perangai kemunafikan.

0 ulasan:

 

Pengikut