LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Disember 2011

SOLAT JUMAAT DI MASJID IBRAHIM 20 MUHARRAM 1433

SUNGAI PETANI - Kali ini saya singgah solat Jumaat di Masjid Ibrahim, Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pengajaran yang dapat diambil dari apa yang disampaikan oleh khatib ialah, azab kubur dan himpitannya. Sebab manusia tidak memikirkan tentang azab kubur yang sentiasa menanti kematian insan durhaka kepada Allah.

Manusia yang belajar dan mengaji ilmu yang sebenar sahaja yang mungkin akan terlepas daripada azab kubur. Manusia hari ini sudah tidak ambil berat pasal dosa dan pahala. Lebih-lebih lagi manusia yang sering menentang Allah dan segala hukuman yang sudah ditetapkan oleh Allah swt seperti hukum hudud dan sebagainya.

Manusia sanggup menghina hukuman Allah demi kerana kepentingan hidup di dunia tanpa takut akan kemurkaan Allah ketika masuk ke alam kuburan dan berhadapan dengan Allah di mahkamah-Nya ketika di Mahsyar nanti. Kerana politik adu domba, fitnah memfitnah, bohong membohongi dan tipu menipu mengakibatkan manuysia lupa diri, seolah-olahnya tidak akan mati.




0 ulasan:

 

Pengikut