Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Khamis, 26 Ogos 2010

ISU DOA KEPADA BUKAN ISLAM


"Haram berdoa kepada bukan Islam" kata Tan Sri Harussani sementara Mufti Kedah Datuk Syeikh Badaruddin mengatakan ia di bolehkan".


Saya bukanlah mahu mencampuri urusan politik tetapi sebagai umat Islam saya merasa terpanggil untuk turut memberi reaksi. Saya juga berasal dari keluarga bukan Islam. Nama asal saya ialah Ali anak Jimie. Memeluk Islam semasa dalam sekolah menengah. Memeluk Islam melalui kajian. Saya tidak memeluk Islam berdasarkan akhlak orang Melayu Islam tetapi melalui perbandingan kepercayaan kepada Maha Pencipta. Setelah saya memeluk agama Islam, saya masih berkawan seperti biasa dengan rakan-rakan yang masih beragama Kristian atau yang masih beragama cacamerba.


Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, salahkah saya mendoakan sahabat saya yang masih kafir supaya Allah memberikan hidayah kepada mereka dan mengikuti jejak langkah saya. Saya sayang sahabat saya dan saya juga mahu mereka selamat di dunia dan di akhirat. Malahan ramai saudara mara saya yang telah memeluk agama Islam sedangkan keluarga mereka masih kafir. Adakah salah mereka mendoakan agar kesemua keluarga mereka juga memluk Islam. Saya tak boleh terima jika seorang mufti mengatakan haram mendoakan orang bukan Islam agar Allah memberi hidayah kepadanya. Nabi kita juga pernah berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada salah seorang Abu Lahab yang memberikan tentangan yang sangat hebat kepada dakwah beliau. Akhirnya Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Saidina Omar al Khatab. Saidina Omar akhirnya menjadi benteng kepada Islam dan Rasulullah s.a.w.


Banyak kenyataan Mufti ini lari dari matlamat Islam. Kalau dulu beliau mengatakan haram berkhutbah yang menyentuh hal politik. Bagi saya bukan menyentuh hal politik tetapi membetul atau menegur setiap yang salah. Masjidlah medannya kerana pada masa itu semua orang Islam berada di masjid kecuali mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat. Impak pemimipin yang tidak bercakap benar adalah besar kerana ia akan mempengaruhi mereka yang jahil. Ustaz Zakaria Ahmad bukanlah orang jahil. Walaupun saya tak pernah mendengar kuliah beliau secara langsung namun saya pernah mendengarnya melalui kaset-kaset ceramah. Beliau juga merupakan adik kepada mufti Pulau Pinang.


Mereka yang jahil janganlah mempolitikkan isu doa kerana ia bakal mengundang rasa benci orang bukan islam terhadap Islam. Apalagi jika mereka yang mempolitikkannya langsung tidak menggambarkan bahawa dia adalah ilmuan Islam.


Ali Abdullah

Bekas penganut Kristian


Read More...

Rabu, 11 Ogos 2010

Babi & Sumber daripada Babi

Read More...

Selasa, 10 Ogos 2010

IBADAH PUASA IKUT SUNNAH


Hari ini tanggal 29 Syaaban 1431/10 Ogos 2010, patang hari ini, pihak berkuasa pentadbiran agama Islam negeri-negeri akan melihat anak bulan Ramadhan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Pemegang mohor Raja-Raja Melayu akan menyampaikan titah perintah ke Bawah Duli Tuanku Raja-Raja Melayu akan berpuasa pada esok hari tanggal 11 Ogos atau paling lewat tanggal 12 Ogos 2010. Maka akan bermulalah 1 Ramadhan 1431 mana-mana hari yang telah diumumkannya. Orang melayu menyambut puasa Ramadhan kebanyakkannya mengikut nafsu dan tradisi melayu.

Sepatutnyanya kita menyambutnya dengan membuat persiapan ilmu dan kemahiran untuk menyambutnya dengan melaksanakan ibadat sepanjang Ramadhan mengikut sunnah. Pertama sekali nawatu @ niat kita semata-mata kerana menunaikan perintah Allah serta ingin melaksanakannya mengikut Sunnah yang telah ditentukan, berdasarkan ilmu bab siyam yang kita telah pelajari. Keduanya, sudah pasti penyediaan makanan untuk bersahur (سحور) dan berbuka (افطار). Nabi telah bersabda dari Anas bin Malik, bermaksud: "Hendaklah kalian bersahur, kerana dalam sahur itu ada barakahnya". Ini bererti, orang tak bersahur tidak akan mendapatkan barakahnya. Juga bersahur lewat ada barakahnya. Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata: "Kami bersahur bersama RasululLah s.a.w., kemudian bangun untuk solat subuh. Ketika ditanya: Berapa lama di antara sahur hingga solat subuh itu? Jawabnya: Sekadar membaca 50 ayat". (Bukhari & Muslim). Begitu juga sentiasa dalam kebaikan berpuasa orang yang segera berbuka apabila sudah masuk waktunya. Dari Sahal bin Sa'ad r.a., Bahawasanya RasululLah telah bersabda, bermaksud: " Orang masih tetap dalam kebaikan selama ia mempercepatkan berbuka". (Bukhari & Muslim).

Tegasnya di sini, terlalu banyak lagi kita kena membuat persiapan ilmu untuk melaksanakan ibadah puasa sepanjang Ramadhan, supaya tidak tersasar dari kehendak Allah. Makan bukan sahaja halal tetapi juga yang baik-baik. Jauhkan diri kita dari banyak mubazir sepanjang Ramadhan nanti.

Read More...

Adolf Hitler Zionist Fear Factor


" Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka " Adolf Hitler
Read More...

Isnin, 9 Ogos 2010

FORUM EHYA RAMADHAN 1431/2010

Ustaz Kamaruddin Kassim (Pengerusi FORUM)

JENIANG - Forum Ehya Ramadhan 1431H/2010M pada 08/08/2010,telah diadakan di Masjid Ehsan, Kampung Berjaya (KEDA), Jeniang Kedah anjuran Pejaba
t Agama Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Masjid Ehsan. Ahli panel Forum terdiri daripada Ustaz Ramli Abdullah (PUSBA), Ustaz Ahamd Nizam Ariffin (Imam Masjid Abu Bakar As-Siddiq), Ustaz Zulkifli Ahmad (SK Simpur) dan dipengerusikan Oleh Ustaz Kamaruddin Kassim (UNGGAS/LANDAS). Majlis juga telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Syeikh Yusof Majid, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda.

Perkarangan Masjid Ehsan Kg Berjaya (KEDA) Jeniang
Read More...

Jumaat, 6 Ogos 2010

SMK SRI BADONG

PROGRAM PENDEDAHAN GEJALA SOSIAL PELAJAR SMK SRI BADONG
Read More...

KENYATAAN AKHBAR


PUM PP seru semua pihak menghormati keputusan Fatwa

Kebangsaan dan Negeri berhubung isu Kalimah Allah


Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP) menyeru semua pihak agar mematuhi dan menghormati Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Fatwa adalah satu ketetapan berkenaan isu-isu terkini yang menuntut penjelasan dalam konteks Syariah yang dikeluarkan oleh sekumpulan pakar dalam ilmu syariah dan ilmu-ilmu Islam lainnya. Mengikut aplikasi sistem yang diterima pakai di Malaysia; Mufti dan Jawatankuasa Fatwa yang terdiri dari pakar-pakar dalam ilmu-ilmu Islam, akan berbincang dan mengeluarkan fatwa berkaitan.

PUM PP menyelar sikap tidak hormat pelbagai pihak terhadap Fatwa.

Merujuk kepada kontraversi Kalimah Allah oleh Majalah Katolik Herald dan Sidang Injil Borneo; PUMPP ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Majlis Fatwa kebangsaan dan sehingga setakat ini Majlis Fatwa dari 10 buah negeri telah memutuskan dengan hujah yang ilmiah dan jelas bahawa Kalimah Allah dan 20 hingga 40 kalimah Islam lain hanya boleh digunakan oleh Islam bagi tujuan keagamaan.

Walaupun ada beberapa orang agamawan dan politikus Islam yang cenderung membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dengan beberapa syarat yang menentang penyelewengan Kalimah tersebut. PUMPP telah memperjelaskan pendirian ulamak pada Konvensyen Kalimah Allah yang diadakan pada11 Julai 2010 yang lalu telah membawa dan membentangkan 10 orang pakar dikalangan Ulamak, Ahli Akademik, Ahli Perundangan, Perbandingan Agama disamping seorang penganalisis agama, media dan politik dari Indonesia yang telah memperjelaskan secara ilmiah dan mendalam hujahan dan tegahan mengapa Kalimah Allah hanya diperbolehkan digunakan oleh Islam bagi tujuan keagamaan. Ramai pemimpin politik dan kerajaan negeri di negeri-negeri utara telah dijemput, namun mereka telah memilih untuk tidak hadir.

PUMPP menyeru semua pemimpin politik terutama pimpinan Islam untuk merujuk kepada Mufti, Majlis Fatwa atau musyawarah di kalangan Ulamak untuk hal-hal berkaitan Islam. PUMPP menyelar kenyataan bersama MCA dan DAP yang menuntut Kalimah Allah dibenarkan penggunaan oleh bukan Islam untuk tujuan agama mereka. Kenyataan Hishamudin yang dirujuk oleh DAP dan MCA juga; dalam kenyataan bersama MCA dan DAP berkenaan isu kalimah Allah dalam sebuah media internet (Malaysiakini: 2 Ogos 2010) andaikata benar; jelas tidak menghormati dan mengambil pertimbangan badan autoriti/berkuasa agama iaitu Mufti dan Majlis Fatwa yang berada dalam struktur kerajaan sedia ada sebelum mengemukakan pandangan peribadi.

PUM PP walaubagaimanapun memuji sikap DAP dan MCA yang mampu bersatu dan bersama-sama dalam isu yang mereka perjuangkan walaupun mempunyai sejarah perbezaan politik yang runcing dan panjang. Sayang sekali pemimpin masyarakat Islam gagal untuk bersatu dalam hal ini, paling tidak mempunyai sikap menghormati perbezaan pendapat, menghormati ketetapan musyawarah mereka-mereka yang mempunyai keahlian dalam bidang tersebut dan mengjormati Fatwa negeri dan Kebangsaan.

PUMPP menyeru supaya semua pihak terutama pimpinan politik supaya menghormati keputusan majlis fatwa, kerana perbahasan di media hanya akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan dikalangan umat serta merendahkan kreadibiliti fatwa yang sepatutnya dipegang dan dihormati secara kolektif oleh umat Islam. Perbezaan pandangan haruslah disalurkan secara hormat tanpa menimbulkan perpecahan dan bukan untuk tujuan populariti peribadi dan sokongan politik.

Abu Saif al Mahshari

Setiausaha,

Persatuan Ulamak Malaysia P.Pinang (PUMPP)

Read More...

Rabu, 4 Ogos 2010

Kerosakan Bumi


KEROSAKAN

Tidak diragukan lagi bahawa penemuan saintifik moden membuktikan setiap sesuatu yang ada di bumi, langit dan ruang masa saling terjalin dalam kesinambungan alam semulajadi (طبيعي) yang indah, amat rumit lagi kompleks. Keseimbangana ini sangat penting, terutama sekali bagi bumi, yang mungkin merupakan satu-satunya planet yang menampung kehidupan di alam semesta ini. Al-Quran berulangkali mengingatkan kita supaya memelihara keseimbangan ini dan tidak mengganggu aturan seulajadinya (طبيعي). Al-Quran menegaskan berulangkali bahawa dunia ini bukan dicipta secara kebetulan oleh sesuatu kemalangan yang luar biasa:

Al-Quran, Surah Al-Anbiyaa' :

16. dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antaranya, secara main-main.

17. sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi kami; Kami tidak melakukannya.

Al-Quran, Surah Ar-Rahman:

3. Dia lah Yang telah menciptakan manusia; -

4. Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

5. matahari dan bulan beredar Dengan peraturan dan hitungan Yang tertentu;

6. dan tumbuh-tumbuhan Yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

7. dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

8. supaya kamu tidak melampaui batas Dalam menjalankan keadilan;

Al-Quran, Surah Al-An'am:

6. tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat Yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) Yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka Dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka Dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat Yang lain?

Al-Quran, Surah Ibrahim :

19. tidakkah Engkau telah nampak dan mengetahui Bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi Dengan cara Yang sungguh layak dan berhikmat? jika ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula Dengan makhluk-makhluk Yang baharu.

20. dan Yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya.

Al-Quran, Surah Al-Ahqaf:

3. (ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya melainkan Dengan ada gunanya Yang benar dan Dengan ada masa penghujungnya Yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan); dan orang-orang Yang kafir berpaling dari menerima peringatan Yang diberikan kepada mereka mengenainya.

Al-Quran, Surah Al-Hijr:

85. dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya itu, melainkan Dengan cara Yang sungguh layak dan berhikmat; dan Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir Yang mendustakanmu itu Wahai Muhammad) serta layanlah mereka Dengan cara Yang elok.

86. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Yang Maha mengetahui (akan hal mereka).

Al-Quran, Surah Al-Hajj:

18. tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya.

Al-Quran, Surah Ar-Rum:

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).


Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut