Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 10 Ogos 2010

IBADAH PUASA IKUT SUNNAH


Hari ini tanggal 29 Syaaban 1431/10 Ogos 2010, patang hari ini, pihak berkuasa pentadbiran agama Islam negeri-negeri akan melihat anak bulan Ramadhan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Pemegang mohor Raja-Raja Melayu akan menyampaikan titah perintah ke Bawah Duli Tuanku Raja-Raja Melayu akan berpuasa pada esok hari tanggal 11 Ogos atau paling lewat tanggal 12 Ogos 2010. Maka akan bermulalah 1 Ramadhan 1431 mana-mana hari yang telah diumumkannya. Orang melayu menyambut puasa Ramadhan kebanyakkannya mengikut nafsu dan tradisi melayu.

Sepatutnyanya kita menyambutnya dengan membuat persiapan ilmu dan kemahiran untuk menyambutnya dengan melaksanakan ibadat sepanjang Ramadhan mengikut sunnah. Pertama sekali nawatu @ niat kita semata-mata kerana menunaikan perintah Allah serta ingin melaksanakannya mengikut Sunnah yang telah ditentukan, berdasarkan ilmu bab siyam yang kita telah pelajari. Keduanya, sudah pasti penyediaan makanan untuk bersahur (سحور) dan berbuka (افطار). Nabi telah bersabda dari Anas bin Malik, bermaksud: "Hendaklah kalian bersahur, kerana dalam sahur itu ada barakahnya". Ini bererti, orang tak bersahur tidak akan mendapatkan barakahnya. Juga bersahur lewat ada barakahnya. Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata: "Kami bersahur bersama RasululLah s.a.w., kemudian bangun untuk solat subuh. Ketika ditanya: Berapa lama di antara sahur hingga solat subuh itu? Jawabnya: Sekadar membaca 50 ayat". (Bukhari & Muslim). Begitu juga sentiasa dalam kebaikan berpuasa orang yang segera berbuka apabila sudah masuk waktunya. Dari Sahal bin Sa'ad r.a., Bahawasanya RasululLah telah bersabda, bermaksud: " Orang masih tetap dalam kebaikan selama ia mempercepatkan berbuka". (Bukhari & Muslim).

Tegasnya di sini, terlalu banyak lagi kita kena membuat persiapan ilmu untuk melaksanakan ibadah puasa sepanjang Ramadhan, supaya tidak tersasar dari kehendak Allah. Makan bukan sahaja halal tetapi juga yang baik-baik. Jauhkan diri kita dari banyak mubazir sepanjang Ramadhan nanti.

1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut