LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Ogos 2010

KENYATAAN AKHBAR


PUM PP seru semua pihak menghormati keputusan Fatwa

Kebangsaan dan Negeri berhubung isu Kalimah Allah


Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP) menyeru semua pihak agar mematuhi dan menghormati Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Fatwa adalah satu ketetapan berkenaan isu-isu terkini yang menuntut penjelasan dalam konteks Syariah yang dikeluarkan oleh sekumpulan pakar dalam ilmu syariah dan ilmu-ilmu Islam lainnya. Mengikut aplikasi sistem yang diterima pakai di Malaysia; Mufti dan Jawatankuasa Fatwa yang terdiri dari pakar-pakar dalam ilmu-ilmu Islam, akan berbincang dan mengeluarkan fatwa berkaitan.

PUM PP menyelar sikap tidak hormat pelbagai pihak terhadap Fatwa.

Merujuk kepada kontraversi Kalimah Allah oleh Majalah Katolik Herald dan Sidang Injil Borneo; PUMPP ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Majlis Fatwa kebangsaan dan sehingga setakat ini Majlis Fatwa dari 10 buah negeri telah memutuskan dengan hujah yang ilmiah dan jelas bahawa Kalimah Allah dan 20 hingga 40 kalimah Islam lain hanya boleh digunakan oleh Islam bagi tujuan keagamaan.

Walaupun ada beberapa orang agamawan dan politikus Islam yang cenderung membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dengan beberapa syarat yang menentang penyelewengan Kalimah tersebut. PUMPP telah memperjelaskan pendirian ulamak pada Konvensyen Kalimah Allah yang diadakan pada11 Julai 2010 yang lalu telah membawa dan membentangkan 10 orang pakar dikalangan Ulamak, Ahli Akademik, Ahli Perundangan, Perbandingan Agama disamping seorang penganalisis agama, media dan politik dari Indonesia yang telah memperjelaskan secara ilmiah dan mendalam hujahan dan tegahan mengapa Kalimah Allah hanya diperbolehkan digunakan oleh Islam bagi tujuan keagamaan. Ramai pemimpin politik dan kerajaan negeri di negeri-negeri utara telah dijemput, namun mereka telah memilih untuk tidak hadir.

PUMPP menyeru semua pemimpin politik terutama pimpinan Islam untuk merujuk kepada Mufti, Majlis Fatwa atau musyawarah di kalangan Ulamak untuk hal-hal berkaitan Islam. PUMPP menyelar kenyataan bersama MCA dan DAP yang menuntut Kalimah Allah dibenarkan penggunaan oleh bukan Islam untuk tujuan agama mereka. Kenyataan Hishamudin yang dirujuk oleh DAP dan MCA juga; dalam kenyataan bersama MCA dan DAP berkenaan isu kalimah Allah dalam sebuah media internet (Malaysiakini: 2 Ogos 2010) andaikata benar; jelas tidak menghormati dan mengambil pertimbangan badan autoriti/berkuasa agama iaitu Mufti dan Majlis Fatwa yang berada dalam struktur kerajaan sedia ada sebelum mengemukakan pandangan peribadi.

PUM PP walaubagaimanapun memuji sikap DAP dan MCA yang mampu bersatu dan bersama-sama dalam isu yang mereka perjuangkan walaupun mempunyai sejarah perbezaan politik yang runcing dan panjang. Sayang sekali pemimpin masyarakat Islam gagal untuk bersatu dalam hal ini, paling tidak mempunyai sikap menghormati perbezaan pendapat, menghormati ketetapan musyawarah mereka-mereka yang mempunyai keahlian dalam bidang tersebut dan mengjormati Fatwa negeri dan Kebangsaan.

PUMPP menyeru supaya semua pihak terutama pimpinan politik supaya menghormati keputusan majlis fatwa, kerana perbahasan di media hanya akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan dikalangan umat serta merendahkan kreadibiliti fatwa yang sepatutnya dipegang dan dihormati secara kolektif oleh umat Islam. Perbezaan pandangan haruslah disalurkan secara hormat tanpa menimbulkan perpecahan dan bukan untuk tujuan populariti peribadi dan sokongan politik.

Abu Saif al Mahshari

Setiausaha,

Persatuan Ulamak Malaysia P.Pinang (PUMPP)

0 ulasan:

 

Pengikut