Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 26 Mei 2010

ETIQA Insurance Berhad Tidak Beretika

Pejabat ETIQA Insurance Berhad Cawangan Sungai Petani



SUNGAI PETANI – Awas agen Etiqa Insurane Berhad yang menghantar perempuan-perempuan muda mengadakan penipuan untuk mempengaruhi pekerja-pekerja perempuan dengan meminta kad pengenalan, nombor gaji dan minta menandatangani borang kosong. Tujuan menandatangi bukan untuk menjadi ahli ETIQA tetapi membuktikan mereka datang menemui pelanggan. Ramai pengguna yang tergejut gaji mereka dipotong tanpa kerelaan mereka dan tanpa pengesahan ketua jabatan. Terutama apa yang telah berlaku kepada isteri saya yang dikunjungi oleh dua orang perempuan muda berbangsa melayu dan india dalam bulan Januari 2010. Apabila isteri saya menyemak slip gaji mulai bulan April 2010, beliau terkejut sebab dalam slip gajinya mulai bulan April sehingga bulan-bulan berikutnya terdapat pemotongan gaji sebanyak RM199.73 sebulan.


Pada petang 25 Mei 2010, saya bersama isteri saya ke pejabat ETIQA Ansurance berhad di Sungai Petani untuk mendapatkan informasi tersebut dan siapa 2 orang agen ETIQA. Malangnya dalam rekod mereka hanya tercatit nama seorang india lelaki dan tidak ada nama-nama agen 2 orang perempuan tersebut. Mereka minta supaya isteri saya membuat surat kepada pihak pengurusan ETIQA dengan menyatakan tidak pernah bersetuju untuk menjadi ahli ETIQA Insurance Berhad.


Masalahnya, kenapa pengguna dibebani dengan resiko membuat surat dan terganggu fokus kerjaya harian isteri saya oleh pihak yang rakus cuba mempengaruhi pengguna dengan macam-macam helah dan penipuan. Saya rasa pihak pengurusan ETIQA menyedari apa yang berlaku dan ianya merupakan strategi ETIQA untuk memperbanyakan ahli secara yang tidak beretika. Mereka juga menyedari bahawa kebanyakan pengguna perempuan tidak pandai membuat aduan dan mengabaikan pemotongan gaji mereka, walaupun rasa tertekan. Isteri saya telah membuat repot di Balai Polis Sungai Petani (No Repot : SG PETANI/015911/10). Dengan pendedahan ini, diharap orang ramai lebih berhati-hati dengan kunjungan egen ETIQA Insurance Berhad yang tidak beretika dan cuba membohongi pengguna dengan pelbagai macam helah dan penipuan.


Hari ini tanggal 26 Mei 2010, Insp. Ruzaimi (Bhg Jenayah Perdagangan) telah memanggil isteri saya untuk mendapatkan maklumat terperinci dan untuk mengesahkan seorang wanita melayu berusia 23 tahun yang ditahan untuk siasatan. Mengikut laporan, wanita tersebut tidak mempunyai kad perlantikan egen insurance.


Dalam masa yang sama juga terdapat 20 orang anggota tentera yang tidak pernah membuat apa-apa persetujuan untuk menjadi ahli ETIQA Insurance Berhad tetapi slip gaji mereka ada potongan melalui Insurance tersebut. Nampaknya egen-egen ETIQA Insuran Berhad sedang bergerak aktif seluruh negara menjalankan aktiviti mereka menemui pelangan dengan pelbagai helah dan penipuan. Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat secara menyeluruh dan melihat sendiri borang-borang yang mereka proses, bagaimana boleh diluluskan tanpa persetujuan dan pengesahan ketua jabatan. Mungkin mereka memalsukan cop rasmi jabatan dan tandatangan ketua jabatan.



KAMARUDDIN KASSIM

Pegawai Projek

Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (RURAL CITIZEN)



Read More...

Selasa, 25 Mei 2010

Pejabat zakat dan bangunan zakat

Pejabat zakat dan bangunan zakat Daerah Kuala Muda

Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kg Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah

Read More...

NASIB KELUARGA MISKIN & APA PERANAN PENDAKWAH DEKATI MEREKA INI

Restoran Salman Bangunan Zakat Sg Petani

Encik Rizlai Ramly sedang makan bersama anaknya

Encik Rizlai Ramly bersama anaknya di Pejabat Zakat

Di Pejabat Zakat Sungai Petani


SUNGAI PETANI – Alhamdulillah keluarga Encik Rizlai bin Ramly, 60 tahun yang pernah didedahkan dalam blog LANDAS telah mendapat bantuan zakat dari Jabatan Zakat Negeri Kedah sebanyak RM300 sebulan. Pihak pejabat zakat Daerah Kuala Muda telah menghubungi saya, yang mana cek sebanyak RM300 telah ada di pejabat zakat Sungai Petani, namun mereka cuba hubungi beliau melalui telefon tangan tidak berjaya dan mereka cuba ke rumahnya juga gagal. Menurut kata jiran-jiran sekelilingnya di Kg Baru, Bakar Arang, keluarga tersebut telah diusir keluar dari rumah mereka, kerana tidak membayar sewa rumah selama 4 bulan. Sewa rumah sebulan sebanyak RM80.00. Buat masa ini mereka hanya mendapat bantuan JKM sebanyak RM100.00 sebulan.


Saya telah berjanji dengan pegawai di pejabat zakat Sungai Petani untuk mencarinya. Mula-mula saya ke rumahnya di belakang Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang. Semasa saya ke rumah tersebut, pintu rumah berkunci, saya lihat melalui tingkap, masih terdapat barang-barang peralatan rumah tapi basikal yang selalu digunakan tidak ada. Saya cuba hubungi jira-jiran sekeliling, tapi tidak ada apa-apa respon. Semua pintu rumah mereka berkunci. Saya cuba bertanya kabar dari seorang peniaga kedai makan tepi jalan depan masjid. Tuan kedai tersebut bagi tahu, tuan rumah telah mengusir mereka sekeluarga sebab tidak bayar sewa rumah selama 4 bulan. Selain dari itu, isteri lelaki tersebut suka ‘melilau’ atau ‘merayau-rayau di bandar’ (dalam bahasa kedah).


Saya tidak putus asa dan cuba ke Bandar Sungai Petani untuk mencari lelaki tersebut. Saya bertanya seorang bohsia (belen), yang sedang tidur di belakang stesen bas, pada mulanya dia enggan membuka matanya bila saya bunyikan kunci kereka di tepi telinganya. Bila saya memberi salam dan bohsia tersebut menyedari suara tersebut dia kenali, lantas dia menjawab salam dan minta maaf. Ingat sapa dia, rupanya sifu saya yang mengejutkan tidur kata bohsia tersebut. Ketika itu lebih kurang jam 9.30 pagi. Beliau bertanya, apa yang boleh dia tolong. Saya bertanya, pernah jumpa tak seorang lelaki dalam usia 60 dan bersama anak lelakinya berusia 10 tahun. Bohsia tersebut menjawab ada, sudah beberapa malam mereka tidur di kawasan stesen bas. Saya cuba menggelilingi kawasan tersebut dan akhirnya saya berjumpa juga mereka itu.


Setelah itu saya bawa mereka 2 beranak ke pejabat zakat untuk menggambil cek sebanyak RM300.00 untuk ditunaikan. Saya bertanya Encik Rizlai, sudah makan pagi, dia jawab tidak. Lantas anaknya bersuara, saya lapar ustaz. Ketika itu juga saya bawa mereka untuk makan nasi di Salman Restoran, berhampiran pejabat zakat dan saya suruh mereka makan apa saja yang mereka rasakan berselera.


Sebenarnya orang misikin ini kebanyakan mereka bukan saja miskin harta benda, wang ringgit dan ilmu sahaja bahkan mereka juga miskin ibadah kepada Allah s.w.t.. Memang senang kita tohmah macam-macam terhadap orang miskin, tidak bersolat, tidak berpuasa dan melakukan macam-macam maksiat. Pada hal mereka ini dari awal lagi tidak ada peluang belajar di sebabkan kesempitan hidup dan berasal dari keluarga melarat.

Bila kita sebut miskin, boleh dikatakan gejala sosial banyak berpunca dari keluarga miskin. Anak-anak tercicir dalam pelajaran, usia yang terlalu muda sudah bekerja, bila dapat duit tidak pandai menggunakan sebaik mungkin. Apa yang mereka fikirkan, pagi ini nak makan apa, mereka cuba kais pagi makan pagi, manakala waktu petang belum tentu kais petang ada makan.


Orang kaya juga banyak yang melakukan banyak maksiat, tapi tempat mereka tertutup dan berada di kawasan hanya dikhaskan untuk VVIP. Kita banyak bersungut dan mentohmahkan mereka yang miskin tidak solat dan tidak mahu dating masjid untuk mengaji kitab dan sebagainya. Pada hal tanggungjawab kita turun padang, dekati mereka untuk sampaikan mesej dakwah dan tarbiyah. Nabi Muhammad turun jumpa ummat, sampaikan dakwah dan dekati mereka-mereka ini untuk memperjelaskan apa itu Islam. Akhirnya orang miskin hanyut dengan kelalaian mereka tanpa bimbingan dan taribyah. Sebab kita suka pilih jalan mudah dan berada di zon selesa. Sedangkan tugas kita hanya menyampaikan dan Hidayah hak Allah menentukan. Jangan kita putus asa bila kita sampaikan dakwah, masih juga tidak berubah. Allah telah janjikan pahala bila kita sampaikan dakwah, walaupun makan masa yang begitu lama untuk mereka berubah. Jika Allah tidak juga kehendaki, sampai akhir hayat, mereka tetap tidak berubah. Itu bukan kuasa dan hak kita. Jangan sampai Allah tempelak kita termasuk orang yang mendustakan agama dan celakan dalam surah al-Ma'un (الماعون).



Ustaz Kamaruddin Kassim

Pengarah Projek

Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (Rural Citizen)

dan Penyelaras UNGGAS & LANDAS


Read More...

Khamis, 20 Mei 2010

PERJALANAN MUSAFIR DAKWAH DI SELATAN THAILAND

cara proses untuk menghasilkan makanan ikan keli

ramuan untuk membuat makanan ikan keli

cara membuat baja tanaman


YALA – Perjalanan ke Yala tanggal 18 Mei 2010, membawa 36 orang kampung dari Tanjung Dawai di bawah Biro Pencegahan dan Bimbingan Jawatankuasa Dadah Daerah Kuala Muda (JKPD). Kami singgah di Pejabat Angkatan Belia Islam Thailand (YMAT) dan kami telah diberikan taklimat projek dan program kempen pencegahan HIV/AIDS. YMAT telah mendapat bantuan tahunan kerajaan sebanyak 20 juta bhat setahun, bagi menjalankan pendidikan tentang bahayanya dadah dan penyakit HIV/AIDS. Program pendidikan turun ke kampung melibatkan 9 wilayah Selatan Thailand. Mejoriti remaja dan belia melayu Islam terlibat dengan dadah air daun ketom.


Selepas itu kami telah dibawa melihat projek pertanian kampung yang dijalankan oleh pihak tentera. Sebuah rumah kampung yang mempunyai sedikit ruang tanah di sekelilingnya boleh dibangunkan dengan pelbagai jenis tanaman saradiri dengan menanam pelbagai sayuran dengan hanya menggunakan baja buatan sendiri tanpa menggunakan bahan-bahan kimia. Begitu juga bahan-bahan pencegahan serangan serangga perosak tanaman hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada disekeliling rumah kita. Bahan-bahan tersebut juga tidak menggunkan racun atau bahan kimia.


Selain tanaman sayuran, juga boleh dibuat ternakan ikan keli yang hanya mempunyai saiz kolam yang kecil, rawatan air sendiri, makanan ikan dengan menggunakan bahan-bahan sisa-sisa makanan rumah. Dua ekor lembu yang diternak boleh membuat bahan bakar sendiri tanpa menggunkan gas yang dibeli di kedai. Pihak tentera mempersilakan orang-orang Malaysia untuk belajar dengan percuma hanya mengambil masa satu hari sahaja sudah boleh belajar 8 bahagian projek keseluruhan daripada membuat baja, bahan pencegahan serangan serangga perosak, baja kesuburan tanaman, ternakan ayam, makanan ayam, ternakan benih ikan keli, rawatan air dalam kolam ikan keli, ternakan 2 ekor lembu untuk bahan bakar tanpa menggunakan gas yang dibeli dan lain-lain lagi. Semuanya ini hanya menggunakan bahan-bahan yang berada di rumah dan di persekitaran kita tanpa menggunakan bahan kimia dan racun.


Dalam kawasan projek pertanian dan ternakan kampung juga terdapat pusat pemulihan dadah yang dekenali dengan nama “Madrasah Jalanan Baru”. Sebuah madrasah yang dibangunkan dan diadakan rawatan secara pendekatan cara hidup Muslim dalam harian “Pelajar Jalanan Baru”. Rawatan tersebut menekankan pemulihan sehingga mereka dapat terus mengerjakan Haji di Makkah Al-Mukarramah.


KAMARUDDIN KASSIM

Ketua Biro Pencegahan dan Bimbingan

Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah

Kuala Muda (JKPD AADK)




Read More...

Isnin, 17 Mei 2010

Bengkel Pemantapan Aqidah Untuk Pelajar SRA Darul Ulum KL

Haji Ayub sedang bertanya pelajar SRA apa pengertian
قل هوالله أحد

Haji Ayub Abdul Rahman sedang beraksi dengan pelajar SRA

DANAU DESA KL – Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi), telah mengadakan bengkel dakwah untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama Darul Ulum, Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Tuan Haji Ayub telah memberikan panduan dan bimbingan untuk memahami rukun Iman, Rukun Islam, pengertian Surah Al-Ikhlas (قل هو الله أحد) dan nasihat supaya tidak terpengaruh dengan agama hindu dan kristian mengenai ketuhanan mereka. Juga jangan jatuh cinta dengan lelaki hindu dan kristian yang akan membawa kepada keluar dari aqidah Islam kerana bercinta dengan lain-lain agama.


Read More...
 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut