Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 11 Mei 2010

MASIH RAMAI LAGI FAKIR MISKIN YANG TERLEPAS PANDANG


SUNGAI PETANI – Petang tanggal 8 Mei 2010, dikejutkan dengan laporan berita TV1, mendedahkan keluarga miskin tinggal di rumah yang amat menyedihkan, lebih parah dari kandang binatang ternakkan. Ayah, ibu dan 6 orang anak yang tidak wajar tinggal dalam situasi dan kondisi sekarang. Mereka tinggal di F481, Kampung Telok Wang, 08000 Sungai petani, Kedah. Berada dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka. Parlimen Sungai Petani. Kariah Masjid Telok Wang Besar. Mukim Sungai Pasir. Pentadbiran Daerah Kuala Muda. Ada 2 orang ketua kampung. JKKKP dan MKK. Kami telah mengunjungi keluarga tersebutn sebanyak 3 kali pada 9 dan 11 Mei 2010 atas nama NGO UNGGAS/LANDAS dan Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (RURAL CITIZEN).


Apabila berita keperitan hidup keluarga ini dipaparkan melalui media masa TV1, yang diketegorikan bukan sebagai miskin tegar sahaja tetapi hidup merempat dan melarat. Keesokan harinya, pelbagai agensi kerajaan tidak putus-putus datang kerumah mereka. Saya diberitahu oleh Che Dayang binti Hashim, isteri Mohd Noor bin Musa mengenai situasi tersebut dan pelbagai pertanyaan dari pelbagai agensi kerajaan bertanya, mengapa berita ini boleh keluar dalam TV1. Seolah-olahnya, diletakkan kesalahan ke atas keluarga tersebut.


Menurut kata Puan Che Dayang, mereka sudah lama bagi tahu kepada JKKKP mengenai kedudukan keperitan hidup mereka tapi nampaknya, orang lain yang dapat. Sekarang barulah JKKKP bersama agensi kerajaan tertentu bergegas datang ke rumah mereka membawa borang itu dan ini. Agensi-agensi yang datang terdiri daripada KEMAS, Sekolah Menegah, Sekolah Rendah dan lain-lain lagi yang mereka pun pening dan sukar nak ingat. Boleh dikatakan setiap hari.


Semasa kami turun mengunjungi keluarga tersebut, rupa-rupanya ada dua keluarga lagi yang hampir sama dalam kesusahan yang berada di Kampung Telok Wang. Kami cuba siasat mereka ini dan berbincang dengan Pegawai di Pejabat Zakat Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat lengkap kelayakkan untuk mendapat bantuan zakat Negeri Kedah. Di antara bantuan yang layak mereka terima ialah, bantuan rumah, baik-pulih rumah, makanan dan lain-lain lagi dengan syarat mereka kena hantar surat permohonan.


Mereka ini bukan sahaja miskin harta benda, wang dan ilmu, bahkan tidak pandai nak buat surat permohonan. Oleh itu kami terpaksa menolong keluarga ini sediakan surat surat permohonan atas nama mereka, ambil gambar, cuci gambar dan hantar ke pejabat zakat, Sungai Petani. Sepatutnya untuk menyelesaikan masalah fakir miskin terletak di atas kewajipan khususnya Imam Kariah, MKK, JKKKP dan lain-lain agensi kerajaan negeri dan pusat. Sebab mereka dibayar elaun dan gaji, sedangkan kami NGO rela berkerja sepenuh masa (full time), kami tidak meminta apa-apa bayaran dan tidak mendapat apa-apa elaun dan peruntukan dana. Minyak kereta, makan minum, perbelanjaan buat surat menyurat dan cuci gambar, pihak kami yang tanggung sendiri. Walau bagaimana pun, atas dasar perjuangan untuk rakyat yang memerlukan pembelaan untuk terus hidup sentiasa berada di hati kami, maka para sukarelawan NGO ini sanggup berkorban tenaga dan dana sendiri. Yang kami amat kesal ada pimpinan negeri ini melebelkan NGO macam ikan haruan kelupoq dalam raga batang, menjadi bahan lawak dalam ceramah sahaja.


Disedikan oleh;


Presiden

Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah

(RURAL CITIZEN)


0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut