LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Mei 2010

LANDAS PUK - PELAJAR PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH DIRASAT ISLAMIAH MTID







SUNGAI PETANI - Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) dan Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) telah diletakkan di bawah Lajnah As-Sabbab Persatuan Ulama Kedah (PUK) yang diketuai oleh Ustaz Mohd Amir Omar. Manakala UNGGAS dan LANDAS di Pulau Pinang di gerakkan di bawah Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUM PP) dan di Wilayah Persekutuan pula digerakkan di bawah Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (PUM WP). Begitu juga kita akan cuba gerakkan di lain-lain negeri yang mempunyai persatuan ulama. Kewujudan UNGGAS dan LANDAS adalah bertujuan membantu mana-mana pihak atau NGO Islam yang berminat dengan gerakan dakwah bersepadu dan cuba memperkasakan gerakkan dakwah khususnya mendekati para remaja dan belia Islam yang terlibat dalam gejala sosial di luar sana. Selepas ini para aktivis dakwah boleh bergerak aktif sebagai aktivis LANDAS di bawah PUK, PUMPP dan PUMWP.


Pada 29 April 2010 yang lalu pihak UNGGAS/LANDAS PUK telah mengadakan latihan kemahiran dakwah lapangan untuk pelajar pengajian di peringkat Ijazah Dirasat Islamiah MTID Derang dengan bantuan Ustaz Mohd Amir Haji Omar (Guru Marhalah Qismul Ali), Ustaz Ilyas Haji Ismail (Mudir Qismul Ali) dan Ustaz Mukhtar Abu Bakar (Guru Marhalah Thanawiyah).


Seramai 20 orang telah dilatih secara teori dan praktikal bermula jam 10.00 pagi. Bengkel dakwah secara teori diperkenalkan bagaimana cara yang betul pendektan dakwah untuk remaja yang melepak. Selepas Solat Zohor aktivis dakwah telah di bawah turun ke pesekitaran bangunan PKNK, Stesen Bas dan Central Square (CS). Kebanyakan remaja yang ditemui ialah pelajar sekolah yang dalam perjalanan pulang dari pelbagai asrama termasuk asrama beberapa buah sekolah agama. Mereka transit di Sungai Petani dan tukar pakaian sekolah atau pakaian asrama dan terus naik ke Central Square. Para da’i, ibu bapa, guru dan pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tanggungjawab membendung kegiatan gejala sosial khususnya di Bandar Sungai Petani yang mangkin membarah. Kebanyakkannya terdiri di kalangan anak muda melayu Islam.


0 ulasan:

 

Pengikut