Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 17 Mei 2010

MUSAFIR DA'WAH

DANAU DESA – Tanggal 14 Mei 2010, sebelum Jumaat, sempat saya hantar kertas cadangan modul Latihan Da’wah Lapangan (LANDAS) kepada Us Alias Che Nus, Imam Masjid Al-Muhsinin, Kampung Raja, juga merupakan AJK Persatuan Ulam Kedah (PUK). Kertas cadangan ini untuk dibawa dalam mesyuarat AJK PUK selepas Solat Jumaat di Alor Setar. Kebetulan saya singgah solat Jumaat di Masjid Al-Muhsinin, tuan imam meminta saya menjadi khatib. Semasa saya berkhutbah, saya mengajak para jamaah untuk menggambil pengajaran peringatan Nabi s.a.w., 15 perkara bala Allah dan juga melihat realiti gejala sosial dari dekat dalam lingkungan kariah kita serta di persekitaran Bandar Sungai Petani.


Selepas Solat Jumaat, tuan imam mengajak makan di gerai depan masjid, tapi saya menolaknya, sebab saya terpaksa bergegas pulang, takut tak sempat naik bas jam 4.00 petang untuk ke KL. Lebih kurang jam 9.30 malam, saya sampai di Perhentian Bas Jalan Duta KL. Us Abdul Halim Zakaria telah menjemput saya dan hantar ke rumah anak saudara saya di Kampung Chu Badak, Sentul, KL. Keesokkan hari tanggal 15 Mei, jam 8.00 pagi, sekali lagi Us Abdul Halim Zakaria datang menjemput saya untuk bawa ke Surau Al-Hikmah PPR Taman Beringin, Jinjang untuk mengadakan program Smart Solat.


Selepas solat zohor pula, Us Khairul Anuwar Mustaffa, SU PUMWP telah membawa saya ke Dar Mahabbah, Kampung Sungai Tua, Mukim Batu, Batu Caves, Selangor untuk mengadakan sedikit perbincangan bersama Us Abdul Halim Saad, Us Mat Yusof Din menantu Us Halim yang baru balik dari Timur Tengah. Perbincangan kami berkisar mengenai pusat pengajian TAFAQQUH FIDDIN dan Puasat Perkaderan Kemahiran Da’wah Lapangan. Fizikal bangunan telah siap sepenunhnya dan dijangka kemasukkan pelajar barunya 1 Jun 2010. Peringkat awalnya, syarat kemasukkannya terdiri daripada pelajar yang sudah mempunyai asas hafaz al-Quran atau yang sudah tamat pengajian pringkat pengajian tinggi menegah agama.


Pusat ini juga bukan sahaja melahirkan ilmuan islam bahkan akan melahirkan seorang murabbi dan da’i yang boleh beraksi di lapangan da’wah. Mumpunyai kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan pelbagai peringkat mad’u. Mereka juga akan dihantar ke pendalaman sabah dan Sarawak serta ke pelusuk negara.


Selepas itu, saya bersama Us Khairul Anuwar telah singgah di Masjid Negara Solat Maghrib bersama-sama 6 tokoh ulama dari Mesir, Iraq, Makkah, Singapore, Malaysia dll., bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w.. Kami tidak lama di masjid Negara, sebab ada urusan ke Masjid Al-Mujahidin, Damansara Utama untuk menjemput Tuan Haji Ayub Abdul Rahman, bekas Paderi Besar Kristian. Selepas Tuan Haji Ayub selesai ceramah, kami bersama seorang AJK masjid singgah makan malam. Selepas itu kami bawa Haji Ayub ke Pusat Tahfiz Al-Quran di Segambut untuk menginap dan meneruskan program diskusi semasa di sana.


Kemudian saya ke Masjid Al-Muhsinin dan menginap di sana. Solat Subuh di Masjid Al-Muhsinin Danau Desa KL. Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz Haji Che Ibrahim Al-Ahmadi Al-Azhari. Pagi tanggal 16 Mei, jam 11.00 pagi, saya di bawa bersama AJK dan anak kariah Masjid Al-Muhsinin ke walimatul urus, majlis kenduri pernikahan Syed Salim, di Batu Pahat Johor. Kami kembali semula ke Masjid Al-Muhsinin, sekitar jam 6.30 petang. Selepas Solat Maghrib, saya diminta untuk menyampaikan kuliah Maghrib. Saya mengajak anak-anak jamaah, mengambil pengajaran dan menghayati peringatan Hadis Nabi s.a.w. mengenai penyakit umat dahulu yang melanda umat Muhammad s.a.w. di masa kini. Juga saya sentuh sebab-sebab kelemahan umat Islam masa sekarang yang menjadi mangsa musuh-musuh Islam.




0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut