LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Isnin, 17 Mei 2010

MESYUARAT SEMINAR MULTAQA ULAMA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

dari kiri Us Kamaruddin Kassim (LANDAS), Tim Mufti Selangor
S.S. Dato' Abdul Majid Omar, Tim. Pengarah JAIS Ustaz
Ali Mohamad


SHAH ALAM – 17 Mei 2010, Mesyuarat Multaqa Ulama Peringkat Negeri Selangor di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, jam 9.00 pagi – 11.30 pagi. Wakil LANDAS dijemput hadir, Ustaz Kamaruddin Kassim dan Ustaz Abd Halim Zakaria. Manakala mesyuarat dipengerusikan oleh Tim. Mufti S.S. Dato’ Abdul Majid Omar, turut serta Tim. Pengarah Jais Ustaz Ali Mohamad, Penasihat Dasar (Hal Ehwal Islam) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam dan Kemudahan Negeri Selangor, Dr Azhar Yaakub, Pen. Pengarah Unit Majlis & Keraian, Pegawai Hal Ehwal Islam (Istinbat), Pegawai Hal Ehwal Islam (Falak), Pegawai Hal Ehwal Islam (Penasihat Aqidah), Pegawai Penyelaras Jawatankuasa Tetap Adat-adat Melayu dan Pegawai Teknikal, dan Pen. Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah.


Program yang dicadangkan atas nama Multaqa Sultan Sharafuddin Shah: Pemerkasaan Ulama’ Selangor dan Cabaran Dakwah Masa kini. Penganjuran program ini adalah secara kerjasama oleh agensi-agensi di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, Y.B. Dato’ Dr. Hasan bin Ali dan diketuai penganjurannya oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan lain-lain jabatan di bawah kerajaan negeri Selangor.


Sesaran program di kalangan ulama-ulama khususnya di negeri Selangor termasuk 1,700 orang pemegang tauliah mengajar agama di Selangor dan akan bertambah dihujung tahun ini seramai 3,000 orang. Sasaran peserta juga terdiri daripada semua pensyarah berkepakaran dalam bidang berkaitan Islam, semua tokoh yang diiktiraf kepakarannya yang menurut pandangan Jabatan Mufti, semua pendakwah yang diketahui menghasilkan penulisan yang berkualiti berkenaan Islam, semua guru-guru agama sekolah menengah yang merupakan guru pakar dan semua tokoh gerakan atau pertubuhan yang dasar organisasi Islam yang mana tokoh tersebut diketahui kredibiliti dan kalibernya.


Masa kini terlalu ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam khususnya di negeri Selangor dan kebanyakkan mereka bertugas mengajar di masjid, surau dan dewan kuliah. Peranan ulama perlu diperkasakan dengan diberikan latihan kemahiran beraksi sebagai da’i dan murabbi di luar lingkungan zon selesa. Oleh itu pihak LANDAS telah diberikan tanggungjawab ini bagi menyediakan modul dakwah untuk melatih kemahiran dakwah lapangan. Sebelum program Multaqa Ulama dilaksanakan, pihak urusetia LANDAS dengan kerjasama Bahagian Dakwah JAIS dan Bahagian Pemulihan Ar-Riqab MAIS, akan mengadakan latihan Pra Multaqa Ulama untuk kumpulan terpilih sebagai model pendakwah lapangan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan pelbagai pendekatan yang betul. Pihak kami juga akan membuat pemetaan kawasan bermasalah sosial bersama aktivis dakwah turun membuat praktikal dakwah.


Hasil daripada kerja lapangan ini akan dibuat dokumentasi untuk dipaparkan kepada peserta Multaqa Ulama semasa Majlis Perasmian oleh Tuanku Sultan Selangor. Dengan tayangan dan paparan pengalaman peserta Pra Multaqa Ulama itu nanti, akan dapat menjadi contoh pelbagai pendekatan dakwah, pelabagai sasaran dakwah dan memahami realiti gejala sosial ummat masa kini.



Penyelaras LANDAS

Ustaz Kamaruddin Kassim


0 ulasan:

 

Pengikut