Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 25 Mei 2010

NASIB KELUARGA MISKIN & APA PERANAN PENDAKWAH DEKATI MEREKA INI

Restoran Salman Bangunan Zakat Sg Petani

Encik Rizlai Ramly sedang makan bersama anaknya

Encik Rizlai Ramly bersama anaknya di Pejabat Zakat

Di Pejabat Zakat Sungai Petani


SUNGAI PETANI – Alhamdulillah keluarga Encik Rizlai bin Ramly, 60 tahun yang pernah didedahkan dalam blog LANDAS telah mendapat bantuan zakat dari Jabatan Zakat Negeri Kedah sebanyak RM300 sebulan. Pihak pejabat zakat Daerah Kuala Muda telah menghubungi saya, yang mana cek sebanyak RM300 telah ada di pejabat zakat Sungai Petani, namun mereka cuba hubungi beliau melalui telefon tangan tidak berjaya dan mereka cuba ke rumahnya juga gagal. Menurut kata jiran-jiran sekelilingnya di Kg Baru, Bakar Arang, keluarga tersebut telah diusir keluar dari rumah mereka, kerana tidak membayar sewa rumah selama 4 bulan. Sewa rumah sebulan sebanyak RM80.00. Buat masa ini mereka hanya mendapat bantuan JKM sebanyak RM100.00 sebulan.


Saya telah berjanji dengan pegawai di pejabat zakat Sungai Petani untuk mencarinya. Mula-mula saya ke rumahnya di belakang Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang. Semasa saya ke rumah tersebut, pintu rumah berkunci, saya lihat melalui tingkap, masih terdapat barang-barang peralatan rumah tapi basikal yang selalu digunakan tidak ada. Saya cuba hubungi jira-jiran sekeliling, tapi tidak ada apa-apa respon. Semua pintu rumah mereka berkunci. Saya cuba bertanya kabar dari seorang peniaga kedai makan tepi jalan depan masjid. Tuan kedai tersebut bagi tahu, tuan rumah telah mengusir mereka sekeluarga sebab tidak bayar sewa rumah selama 4 bulan. Selain dari itu, isteri lelaki tersebut suka ‘melilau’ atau ‘merayau-rayau di bandar’ (dalam bahasa kedah).


Saya tidak putus asa dan cuba ke Bandar Sungai Petani untuk mencari lelaki tersebut. Saya bertanya seorang bohsia (belen), yang sedang tidur di belakang stesen bas, pada mulanya dia enggan membuka matanya bila saya bunyikan kunci kereka di tepi telinganya. Bila saya memberi salam dan bohsia tersebut menyedari suara tersebut dia kenali, lantas dia menjawab salam dan minta maaf. Ingat sapa dia, rupanya sifu saya yang mengejutkan tidur kata bohsia tersebut. Ketika itu lebih kurang jam 9.30 pagi. Beliau bertanya, apa yang boleh dia tolong. Saya bertanya, pernah jumpa tak seorang lelaki dalam usia 60 dan bersama anak lelakinya berusia 10 tahun. Bohsia tersebut menjawab ada, sudah beberapa malam mereka tidur di kawasan stesen bas. Saya cuba menggelilingi kawasan tersebut dan akhirnya saya berjumpa juga mereka itu.


Setelah itu saya bawa mereka 2 beranak ke pejabat zakat untuk menggambil cek sebanyak RM300.00 untuk ditunaikan. Saya bertanya Encik Rizlai, sudah makan pagi, dia jawab tidak. Lantas anaknya bersuara, saya lapar ustaz. Ketika itu juga saya bawa mereka untuk makan nasi di Salman Restoran, berhampiran pejabat zakat dan saya suruh mereka makan apa saja yang mereka rasakan berselera.


Sebenarnya orang misikin ini kebanyakan mereka bukan saja miskin harta benda, wang ringgit dan ilmu sahaja bahkan mereka juga miskin ibadah kepada Allah s.w.t.. Memang senang kita tohmah macam-macam terhadap orang miskin, tidak bersolat, tidak berpuasa dan melakukan macam-macam maksiat. Pada hal mereka ini dari awal lagi tidak ada peluang belajar di sebabkan kesempitan hidup dan berasal dari keluarga melarat.

Bila kita sebut miskin, boleh dikatakan gejala sosial banyak berpunca dari keluarga miskin. Anak-anak tercicir dalam pelajaran, usia yang terlalu muda sudah bekerja, bila dapat duit tidak pandai menggunakan sebaik mungkin. Apa yang mereka fikirkan, pagi ini nak makan apa, mereka cuba kais pagi makan pagi, manakala waktu petang belum tentu kais petang ada makan.


Orang kaya juga banyak yang melakukan banyak maksiat, tapi tempat mereka tertutup dan berada di kawasan hanya dikhaskan untuk VVIP. Kita banyak bersungut dan mentohmahkan mereka yang miskin tidak solat dan tidak mahu dating masjid untuk mengaji kitab dan sebagainya. Pada hal tanggungjawab kita turun padang, dekati mereka untuk sampaikan mesej dakwah dan tarbiyah. Nabi Muhammad turun jumpa ummat, sampaikan dakwah dan dekati mereka-mereka ini untuk memperjelaskan apa itu Islam. Akhirnya orang miskin hanyut dengan kelalaian mereka tanpa bimbingan dan taribyah. Sebab kita suka pilih jalan mudah dan berada di zon selesa. Sedangkan tugas kita hanya menyampaikan dan Hidayah hak Allah menentukan. Jangan kita putus asa bila kita sampaikan dakwah, masih juga tidak berubah. Allah telah janjikan pahala bila kita sampaikan dakwah, walaupun makan masa yang begitu lama untuk mereka berubah. Jika Allah tidak juga kehendaki, sampai akhir hayat, mereka tetap tidak berubah. Itu bukan kuasa dan hak kita. Jangan sampai Allah tempelak kita termasuk orang yang mendustakan agama dan celakan dalam surah al-Ma'un (الماعون).



Ustaz Kamaruddin Kassim

Pengarah Projek

Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (Rural Citizen)

dan Penyelaras UNGGAS & LANDAS


1 ulasan:

NURSHAM berkata...

Assalamualaikum..

Pendedahan yang sepatutnya dijadikan iktibar buat rakyat Malaysia dan Ummat Islam..

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad; "Kelaparan itu hampir membawa kepada kekufuran dan segala bentuk kemaksiatan"..

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut