LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Isnin, 26 April 2010

15 PERKARA MENGUNDANG BALA ALLAH

Ertinya:


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain


H.R Termizi


Keterangan


Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. Apa yang sangat dibimbangi yang wujud hari ini ialah peringatan di nombor 1,2,9 dan 10. Apabila harta Negara beredar di kalangan pihak-pihak tertentu maka mereka akan guna sehabis-habisnya demi kepentingan peribadi dan oraganisasi yang mereka pimpin. Juga saling berkait dengan peringatan Nabi s.a.w. di nombor 2. Mereka berebut-rebut untuk memegang amanah bagi tujuan mencari keuntungan peribadi dan organisasi tertentu. Mereka anggapnya sebagai harta rampasan perang sepertimana tentera menang di medan perang. Halal haram tiada lagi dalam kamus hidup mereka. Sepatutnya harta Negara digunakan seimbang dan merata. Tidak difokuskan di kawasan-kawasan tertentu bagi tujuan kepentingan dan pengaruh semasa. Tegas saya katakan disini, tidak halal mana-mana pihak, mana-mana organisasi dan mana-mana parti politik menggunakan dana Negara untuk tujuan memenangkan parti politik masing-masing. Begitu juga, mana-mana kerajaan, negeri atau pusat, tidak halal dan menjadi dosa menggunakan agensi kerajaan dan dana Negara bagi tujuan berkempen untuk kepentingan parti atau oraganisasinya.


Begitu juga peringatan Nabi s.a.w. pada nombor 9 dan 10. Yang menjadi ketua sesebuah parti politik atau organisasi itu orang yang hina di kalangan mereka dan mereka dimuliakan kerana kejahatannya, maka akan hancurlah Negara dan negeri itu. Saling berkaitlah peringatan di nombor 1,2,9 dan 10. Bala Allah tidak hanya menimpa kepada orang yang zalim sahaja. Kita rakyat semua akan menderita akibat perbuatan mereka-mereka ini, yang diberikan amanah memimpin dan akhirnya mereka yang dimuliakan di kalangan orang yang hina dan orang yang ditakuti oleh rakyat ialah orang jahat menjadi pemimpin Negara. Justeru itu orang yang ada sifat-sifat ini spertimana yang diperingatkan oleh Hadis Nabi s.a.w. itu adalah orang yang melakukan kerosakan di bumi ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita, Abu Lahab bapa saudara Nabi tersangat sayangnya kepada Nabi lebih daripada anak-anaknya sendiri dan dia tahu bintang anugerah “al-amiin” kepada anak saudaranya itu juga menjadi kebangaannya. Apabila Nabi s.a.w. dilantik oleh Allah menjadi Rasulullah dan Nabi memperingatkan kaumnya tentang penghambaan hanya kepada Allah semata dan meninggalkan segala perbuatan keji dan hina. Akhirnya orang yang pertama menempelak Nabi s.a.w. ialah bapa saudaranya Abu Lahab.


Apa pengajarannya yang dapat kita simpulkan di sini ialah, manusia yang bimbang terjejas kepentingannya akan tentang habis-habisan sekiranya pangkat, kedudukan dan hartanya akan hilang sepertimana Abu Lahab bimbang rakyat tidak lagi menyokongnya sebagai pembesar Qurais dan kekayaannya akan terjejas akibat kilang berhalanya akan ditutup. Manusia sanggup membuat fitnah, mengaibkan manusia dan sanggup membunuh sesame manusia demi menjaga kepentingan peribadi dan kelompoknya.


Saya mengajak semua para pendakwah berperanan dan mendidik ummat supaya faham peringatan Allah dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w..Dengan cara begini masyarakat akan faham siapakah petualang dan jembalang Negara yang menjadi punca mengundang bala Allah. Tugas para da’i sebagai pembawa mesej dakwah “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar”, tidak kira peringkat mana kedudukannya. Tujuan kita ialah untuk mempertahankan ummat Muhammad s.a.w. sebagai sebaik-baik ummat dan keluar ke tengah-tengah kelompok manusia menyeru kepada Ma’ruf dan Mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.


Penyelaras UNGGAS/LANDAS


0 ulasan:

 

Pengikut