LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 25 April 2010

BERSELUAR PENDEK DAN BERCOUPLE TETAPI BERBAHAS TENTANG ILMU MA'RIFAT




AKTIVIS LANDAS TURUN PADANG BERDKAWAH


PANTAI CENANG: Jam 11.30 malam lorong berhadapan THE BOUTIQUE RESORT adalah laluan yang kami pilih untuk meneruskan aktiviti dakwah kami. Belum pun sempat sampai di pantai kami telah terserempak dengan beberapa couple yang masing-masing dengan aksi tersendiri. Dalam gambar ini adalah pasangan kedua yang kami temui. Agak ramai pasangan pada malam ini hinggakan kami "tak menang tangan" (loghat Kedah) hendak berbual dengan mereka. Sebaik sahaja kami bagi salam dan bertanyakan tentang identiti kami terus memulakan mukadimah tentang batasan pergaulan.


Lantaran kami memperkatakan tentang halal haram dan adab dalam pergaulan, kami juga bercerita tentang solat. Belum pun sempat kami pergi jauh bercerita tentang kewajipan bersolat, anak muda yang berusia dalam lingkungan 25 tahun memulakan hujahnya. Katanya "seseorang itu jatuh syirik jika dia bersolat dalam masa dia masih berdosa". Bagaimana dia hendak bersolat sedangkan dia berdosa kepada Allah, itulah tafsiran yang kami dapat, hasil dari perkataan yang terkeluar dari mulut pemuda tersebut. “Yang penting hati yang bersih bukan zahir” katanya lagi.


Aktivis LANDAS yang terdiri dari mereka yang berpengetahuan tentang agama segera membetulkan apa yang telah diungkapkan oleh remaja tersebut. Oleh kerana tiada asas pengetahuan agama remaja ini terdiam, apabila lami masing-masing mengeluarkan hujah. Kami akan meminta pejabat agama menyiasat siapakah yang bertanggung jawab menyebarkan ajaran sesat ini.


Remaja ini disyaki mengamalkan ajaran sesat berdasarkan cara percakapannya. Beliau mengelak apabila kami bertanya siapa tok gurunya dan di mana gurunya berada. Remaja ini berasal dari Kampung Kuah.


Aktivis LANDAS dengan penuh hikmah dan senyuman mendekati couple yang berdating hingga larut malam. Teguran dan pendekatan diiringi dengan senyuman dan disambut dengan hati yang terbuka oleh setiap pasangan yang kami temui. Semoga Allah mencampakkan rasa kesedaran di hati mereka. Kami hanya menyampaikan amanah Allah dan Rasul kesayangan umat Islam. Sabda Nabi SAW "sampaikan daripada Ku walau pun satu ayat". Kerja dakwah lapangan adalah sesuatu yang amat memenatkan tetapi akan hilang apabila merasakan bahawa ia adalah tuntutan yang difardukan.


" YA ALLAH, SESUNGGUHNYA UMATMU YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN INI ADALAH DI KALANGAN MEREKA YANG JAUH DARI AGAMA MU ". Justeru itu berilah kekuatan kepada kami aktivis LANDAS untuk terus berbakti kepada MU. Kami tak rela melihat saudara kami terus hanyut di lautan yang luas. ENGKAU bukalah hati lain-lain umat Islam agar mereka bersama kami dalam misi yang mulia ini, misi dakwah mengajak manusia ke jalanMU. Perjalanan masih panjang. Janganlah ENGKAU uji kami dengan ujian yang kami tidak mampu menghadapinya. Ujian "jemu berdakwah dan leka dengan nikmat dunia" adalah ujian yang sangat kami takuti. kami lemah dari segi amalan, lain dalam melaksanakan kewajipan kepadaMU. Jalan dakwah inilah salah satu amalan yang kami persembahkan padaMU di akhirat nanti. ENGKAU satukanlah hati-hati kami dan hati-hati umat ISLAM ini, agar mereka tidak lalai dalam tanggungjawab mereka sebagai khalifahMU di atas muka bumi ini.


"HANYA JALAN DAKWAH YANG MAMPU MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM"


Aktivis LANDAS Langkawi

0 ulasan:

 

Pengikut