LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 14 Disember 2011

فقراء والمساكين

Masjid Sultan Abdul Halim Taman Ria Jaya

Jamaah sedang bersolat zohor di Masjid Sultan Abdul Halim

مسجد سلطان عبدالحليم تامن ريا جايا

Haji Said Hussin, Imam Masjid Sultan Abdul Halim


Hj Said Hussin sedang menalifon Pengerusi Surau Al-Muhajirin
Bandar Amanjaya Ustaz Sahirul Abdullah

Puan Nurhayati Abdullah di Pejabat Zakat Sungai Petani Kedah

rumah sewa di Bandar Amanjaya

Haji Said Hussin sedang berkata sesuatu kepada Puan Nurhayati
bersama anak-anaknya di hadapan rumah sewa mereka

inilah lokasi dalam bilik tidur mereka bilik pertma

ruang dapur mereka


SUNGAI PETANI - 18 Muharram 1433 : Ketika saya ke Pejabat Zakat Sungai Petani untuk urusan tertentu, lebih kurang jam 11.30 pagi, datang seorang wanita untuk bertanya kepada pegawai zakat mengenai bantuan zakat untuk anak-anak sekolah dan apa bantuan yang boleh untuk seorang ibu yang ditinggalkan suami tanpa apa-apa nafkah.

Ketika itu saya terus mencelah dan bertanya latarbelakang kehidupannya dan status dirinya. Saya minta semua dokumen diri dan anak-anaknya untuk mendapatkan fakta yang jelas supaya dapat dipanjangkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab membantu kemiskinan beliau dan anak-anaknya. Beliau hanya dapat menunjukkan kad pengenalan dirinya dan dokumen pengenalan anak-anaknya semuanya ada di rumahnya.

Maklumat awal yang saya dapati ketika berada di pejabat zakat ialah namanya Nurhayati binti Abdullah, No. KP 790219-02-5616 (32 tahun), beralamat di Bandar Amanjaya, Sungai Petani (alamat lengkap saya tidak paparkan di sini untuk keselamatannya). Bekerja sebagai operetor kilang di Taman Ria Jaya dengan pendapatan sekitar RM500.00 sebulan. Sewa rumah sebanyak RM250.00 sebelun.

Saya minta ibu muda tersebut pulang dahulu dan saya akan berkunjung ke rumahnya sebentar lagi untuk dapatkan maklumat terperinci semasa di rumahnya. Ketika itu saya terus menghubungi Aziz bin Man, Presiden Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (Rural Citizen) untuk mengunjung ziarah ke rumahnya. Malangnya, beliau berada di kampung di Merbok. Saya call YB Dato' Dr. Hamdan EXCO kerajaan negeri, beliau menjawab akan call saya semula, kerana YB berada di Kuala Lumpur. Saya terus mendail Tuan Imam Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya dan bertanyakan beliau, Bandar Aman Jaya berada dalam Kariah mana. Tuan Imam Ustaz Haji Said Hussin berkata, di bawah Kariah Majidnya.

Saya terus mengajaknya untuk mengunjung ke rumah ibu muda tersebut. Beliau bagi komitmen untuk ke sana selepas solat zohor. Saya terus singgah di Masjid dan selepas solat kami terus ke Bandar Amanjaya. Ketika sampai ke rumah tersebut, saya dengan tuan imam disambut oleh wanita tersebut bersama anak-anaknya. Anak sulungnya bernama Nuraziah, belajar di Tingkatan 2, SMK Felda Leper Hilir 3, Gambang, Pahang, anak keduanya bernama Muhammad Yasin (lahir 2000), anak ketiga Nur Fatihah (lahir 2002), anak keempat Nuridayulaila (lahir 2006), anak kelima Muhammad Yurizal (lahir 2007) dan anak keenam Nur Ameeza (lahir Januari 2011). Semua anak-anaknya tidak bersekolah, kecuali anaknya yang sulung yang tinggal di Pahang.

Wanita ini telah ditinggalkan oleh suaminya yang menurut katanya suka minum arak dan hidu gam. Waktu wanita ini bekerja malam, anak-anaknya akan dijaga oleh anaknya yang berusia 11 tahun. Ketika saya masuk ke rumah tersebut, keadaannya amat menyedihkan. Mereka tidur di atas lantai dan tidak mempunyai cukup alas untuk tidur. Sesiapa yang ingin menyumbang sebaran bentuk bantuan, makanan, barangan keperluan asas dan lain-lain perbelanjaan bolehlah hubungi saya di talian 0195228455 (Ustaz Kamaruddin Kassim LANDAS/UNGGAS) atau Imam Kariah Haji Said Hussin 0135922974 atau wanita tersebut 0177745417.

Saya juga telah menalifon penolong pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan Puan Faridah untuk memaklumkan mengenai anak-anak mereka yang tidak bersekolah. Pihak PPD tidak boleh buat apa-apa selagi tidak dapat surat pertukaran anak-anak Puan Nurhayati daripada sekolah asal mereka di SK Kampung Pasir, Tampoi, Johor.




1 ulasan:

Mama Ayra Ariana berkata...

Assalamualaikum
Saya ingin bertanya,
Apakah perkembangan terkini wanita ini dan anak-anaknya?
Adakah wanita ini mendapat bantuan zakat untuk persekolahan anak-anaknya? Terima kasih.

Farah

 

Pengikut