LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Disember 2011

Pelajar Malaysia antara yang terbunuh di Yaman

DAMMAJ - Sekurang-kurangnya empat pelajar asing berasal dari Amerika, Rusia dan Malaysia selain dua dari Indonesia maut dalam pertempuran bersenjata antara puak Syiah dengan pelajar Salafi di Maahad Darul Hadits Dammaj, Yaman.

Laman aloloom.net melaporkan, keempat-empat pelajar asing yang terkorban adalah Jason White, 33 dan Ahmad Ismail Damis Salam, 32 (kedua-duanya warga Amerika Syarikat), Muhammad Hafifuddin Yusuf, 21 (Malaysia) dan Rustam (Rusia).

Menurut versi kumpulan Salafi, pertempuran bermula apabila militia Syiah melakukan sekatan dan pengepungan terhadap Markaz Darul Hadis Dammaj, Yaman.

Markaz Darul Hadits Dammaj adalah markas kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan salafi.

Menurut Syeikh Yahya bin Ali al-Hajuri, markaz tersebut dikatakan sudah dikepung oleh militia Syiah sejak awal bulan Zulhijjah.

Rabi bin Hadi 'Umair al-Madkhali, salah seorang pemimpin kumpulan Salafi pada awal Zulhijjah lalu telah mengajak para pengikutnya untuk melawan serangan kumpulan Syiah di Dammaj, Yaman melalui surat bertarikh 4 Zulhijjah 1432H yang diterbitkan di sahab.net.

Pengepungan oleh kumpulan Syiah diisyaratkan sebagai usaha memprovokasi kumpulan Salafiyin agar terpancing untuk marah dan menyerang.

Sejak dua tahun ini, majoriti pergunungan di sekitar Dammaj memang dikuasai kumpulan Syiah, kecuali Gunung Shomma ', Gunung Baraqah dan Gunung Thullab.

Rujukan Berita:

http://malaysiaharmoni.com/v2/index.php/antarabangsa/275-yemen/1367-pelajar-malaysia-antara-yang-terbunuh-di-yaman

0 ulasan:

 

Pengikut