LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Khamis, 11 Mac 2010

BUDAYA PENGGUNA MASA KINI

Mohd Shah Rizan Sazali bersama zaujahnya


Kepenggunaan, Ideologi Kapatalisme dan Pemakanan


Memberi Makna Kepenggunaan..

Pengguna adalah menefestasi kepada individu yang hidup. Mustahil bagi mereka yang tidak bernyawa dianggap sebagai pengguna. Ini kerana bagi mereka yang tidak bernyawa maka akan terputuslah sudah hubungan mereka dengan hal keduniaan dan kepenggunaan. Dalam kefahaman yang lain pengguna juga mengcakupi soal keduniaan (material), sekarang (jangka masa) dan kebergantungan (ideologi dan budaya).

Seorang Profesor Antropoligi di Johns Hopkins Universiti, Sidney W. Mintz melihat bahawa imperialisme yang wujud kini tidak hanya bersandar kepada idealogi dan falsafah modenisme kebaratan semata-mata. Malah perkara yang paling bahaya apabila makanan dan budaya yaitu perkara asasi dijadikan alat senjata untuk memperluaskan ideologi kapatalisme dan imperialisme ganas ini.

Perkara ini boleh berlaku tanpa sedar oleh masyarakat dan ianya pun telah berlaku dalam realiti masyarakat kini. Tenyata apabila kita hendak berdepan dengan idelogi kapatalisme dan imperialisme ini, hasilnya amat mendukacitakan. Idelogi yang usianya bermula dari abad ke 17M ini pasti telah direncana dengan amat teratur, agar hasilnya mampu membenihkan cetakan-cetakan manusia penerus fahaman ini. Malah manusia kini sudah terperangkap dalam belitan ganas idelogi yang mengakibatkan mangsa ini.

Semakin benci kita kepada idelogi ini, semakin kuat belitannya dalam hidup kita. Kita seakan-akan dipaksa untuk tidak meningalkan ideologi ini dalam hidup walaupun seinci. Tidak kira apa sahaja bidang, Politik, Ekonomi, Sosial, Budaya, Pemakanan, Kesihatan, Pemikiran dan Falsafah, semuanya telah diracuni ideologi yang maha zalim ini.

Ambil sahaja contoh yang menjamin kelestarian idelogi ini dalam topik budaya dan pemakanan. Ternyata akar ideoligi ini telah mencengkam dengan begitu kukuh. Bermula dengan revolusi industri di Eropah, telah mewujudkan pasaran-pasaran palsu ditanah-tanah jajahan yang katanya “new discover”. Ternyata apa yang berlaku ialah ideologi ini bersifat hegemoni yang memincirkan budaya pemakanan setempat. Yang dibawa oleh ideologi ini adalah makanan yang bersifat perisa, perasa dan palsu semata.

Mohandas Mahatma Ghandi, pernah membuat suatu revolusi ideologi dalam masyarakat India. Beliau melawan agar masyarakat India tidak bergantung sama sekali kepada GARAM, yang diperkenalkan oleh barat. Bagi Ghandi ini adalah keperluan palsu yang diciptakan barat dalam menguasai masyarakat India pada waktu itu. Ghandi amat mengetahui pada waktu itu, masyarakat India amat kaya dengan pelbagai makanan tradisi yang sudah mendarah daging dalam diri mereka. Namun atas nama new discover ini, barat memperkenalkan GARAM sebagai suatu keperluan yang asasi dalam komuniti India. Akibatnya masyarakat India terpaksa berdepan dengan manipulasi dan eksploitasi kuasa barat terhadap hidup mereka.

Makanan-makanan palsu dicipta dan dibawa bersama dalam eksplorasi “new discover” ini. Mari kita ambil lagi satu contoh iaitu GULA yang pada asalnya menjadi hanya bahan pengawit dan perubatan sahaja, kini telah menjadi kosumsi yang amat luar biasa dalam masyarakat. Begitu juga budaya “Fast Foods” dan “Simple Foods” yang dijadikan menu utama dan budaya masyarakat. Tenyata apa yang ada dalam bentuk pemakanan yang bergini adalah keperluan makanan palsu yang sengaja diciptakan. Malah natijah daripada budaya ini, masyarakat sedang menuju kepada suatu kemusnahan yang maha besar. W.Mintz pernah berkata dalam bukunya yang bertajuk, “Sweetness and Power, The Place of Sugar in Modern History”, iaitu “secawan the panas pertama yang dibubuh gula dan diminum oleh seorang pekerja Inggeris merupakan suatu peristiwa bersejarah kerana ia memulakan suatu transformasi keseluruhan masyarakat, dan perubahan besar asas ekonomi dan sosial”.

Hasilnya kita mampu melihat penurunan kualiti hidup masyarakat. Ternyata dampaknya penurunannya amat jelas. Di Malaysia, kadar peningkatan penyakit strok berbanding tahun 2005 telah meningkat sebanyak 300 % bagi tahun 2006. Selain itu juga 5.4 juta masyarakat Malaysia kini disahkan berpotensi penghidap penyakit diabetis. Tidak kurang gerunnya juga, kes pesakit diabetis kini sudah ada seawal usia 8 tahun. Ini adalah natijah asal daripada pengambilan makanan-makanan “PALSU” yang diciptakan oleh Imperialisme dan Kapatalisme.

Ternyata Idelogi ini ada pengasasnya, Thomas Robert Malthus (ahli ekonomi Inggeris 1766-1834) merupakan individu yang bertanggungjawab mengukuhkan ideologi ini. Dia telah memperkenalkan Teori Anti Manusia. Dalam karangan esainya, Essay on the principle of Population di tulis pada tahun 1798 untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris, mengatakan bahawa perlu ada atau harus ada peperangan dan pembunuhan manusia agar dapat mengawal populasi manusia yang berlebihan. Asasnya ialah untuk mengawal keperluan makanan yang katanya tidak akan mampu mencukupi menampung masyarakat yang berlebihan, terutamanya masyarakat di dunia ketiga.

Nah.., ternyata isu ini telah mencakupi persoalan politik dan Negara. Ternyata pembacaan ini sudah mula disedari awalnya oleh kuasa barat yang memperluaskan ideologi ini.

Namun kita masih mempunyai asas. Seharusnya Islam dijadikan asas utama dalam memahami kerangka besar isu ini. Islam dengan jelas telah menggariskan dalam surah Al-Baqarah ; 172 yang bermaksud, “ Wahai Orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNYA”.

Jelas dalam tuntutan ayat ini, telah mengajak seluruh manusia yang percaya akan Allah swt, untuk hanya memakan daripada rezeki yang halal dan baik sahaja. Perkara ini bagi menentukan pribadi dan kualiti manusia yang kita akan hasilkan. Ini kerana persoalan makanan yang diketengahkan ini merupakan rangka yang ada pada qualiti dan pribadi manusia kini. Jika baik rangkanya pasti ia bersumberkan daripada makanan yang halal lagi baik, tetapi jika rosak rangkanya itu mencerminkan qualiti pemakanan yang tidak baik. Ternyata dalam hal ini Islam telah menggariskan suatu manual pemakanan yang amat baik untuk panduan masyarakat secara keseluruhannya. Islam sendiri mengetahui bahawa persoalan makan ini amat penting untuk diambil perhatian kerana jelas ia mencakupi persoalan keseluruhan kehidupan manusia.


Mohd Shah Rizan Sazali

Pegawai Pendidikan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)



0 ulasan:

 

Pengikut