LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Isnin, 1 Mac 2010

الخمر

KAWASAN KALEBANG LANGKAWI


OPERASI ARAK DI LANGKAWI: Jangan Hanya Sekadar Melepas Batuk di Tangga.


LANGKAWI - LANDAS Langkawi mengharapkan supaya operasi menangkap mereka yang minum arak di Langkawi dibuat secara berterusan. Ini adalah berdasarkan peminum arak di Langkawi yang terlalu ramai. Langkawi yang terkenal dengan jolokan wilayah arak (دارالخمر) memerlukan penguatkuasaan yang sekerap mungkin. Cuba bayangkan operasi yang dibuat pada malam 24hb. Februari 2010, yang mana berbelas orang disyaki minum arak telah ditangkap, yang hanya melibatkan 4 premis hiburan sahaja.


Buatlah kerja membenteras dengan bersungguh-sungguh justeru mahu melihat KEDAH SEJAHTERA DAN MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH S.W.T.. Jika Pejabat Agama Daerah Langkawi kekuranagan kakitangan, LANDAS Langkawi bersedia mengerahkan aktivisnya untuk membantu. Difahamkan Pejabat Agama Daerah Langkawi hanya mempunyai dua orang pegawai penguatkuas, itupun yang dilantak daripada petugas di pejabat agama sendiri. EXCO Agama kena rajin-rajin turun tengok apa masalah yang dihadapi oleh pihak JHEAIK untuk dimaklumkan kepada Tuanku Sultan.


Oleh itu saya sekali lagi menyarankan agar kerajaan negeri memberi kembali kad kuasa kepada orang awam yang dapat memberikan komitmen suksrela membantu kerajaan negeri atau JHEAIK, jika benar-benar serius mahu membenteras maksiat. Jika tidak ianya hanya lakonan semata-mata. bak kata sesetengah pihak "jangan tak buat, kalau tak buat nanti orang kata apa ". Di Langkawi kita boleh melihat orang Islam minum arak di mana-mana.


Kami Aktivis LANDAS terlalu bimbang dengan peringatan dan amaran Nabi Muhammad s.a.w., 15 perkara mengundang bala Allah di antaranya, arak diminum di merata tempat وشربت الخمور


Untuk makluman, harga bagi satu tin Carlberg atau Tiger ialah RM1.30. Di tanah besar harga satu tin ialah RM6.00 lebih. Harga milo ais pula RM1.50. Status Pulau Bebas Cukai Langkawi hanya bermanfaat untuk “penagih rokok” dan “penagih arak” sedangkan harga lain-lain barang sama sahaja dengan tanah besar, bahkan lebih mahal lagi apabila kita terdengar rungutan para pelancung dari tanah besar. Jadi apa untungnya status bebas cukai kepada penduduk Langkawi melainkan menggalakkan penduduknya mabuk, sepertimana nama maksud Hadis, orang-orang yang minum arak macam perangai kera dan babi ويجعل منهم القردة والخنازير”.



0 ulasan:

 

Pengikut