Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 7 Mac 2010

Rombakan Exco Antara Harapan & Kebimbangan


ROMBAKAN EXCO ANTARA HARAPAN DAN KEBIMBANGAN


Rombakan exco adalah perkara biasa kepada mana-mana kerajaan negeri. YAB Ustaz Azizan Abdul Razak bertindak bijak kerana memberi tempoh dua tahun kepada mana-mana exco yang dilantik untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. Dengan ini izinkan kami sebagai rakyat untuk memberikan sedikit harapan kepada exco yang bakal dilantik.


Saya mewakili teman-teman di dalam LANDAS memberikan harapan yang tinggi kepada mana-mana exco yang dilantik menerajui Porfolio Agama. Dua tahun PR yang dipimpin oleh PAS menerajui negeri Kedah. Kami mengharapkan exco agama yang dilantik nanti adalah di kalangan exco yang bertenaga. Kami amat ternanti-nanti seorang exco yang pickupnya laju bukan sekadar mengikut dari belakang. Menjadi exco agama bukan semestinya dari kalangan ustaz. Semua orang hendaklah beramal seperti mana seorang ustaz kerana bukan ustaz juga tak terkecuali dari dosa dan pahala.


Di Jabatan Agama contohnya banyak reformasi yang perlu dilakukan. Antaranya ialah yang melibatkan penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJS) 1988. Sebelum UMNO mewariskan pemerintahannya kepada PAS, ketika dalam proses peralihan kuasa antara PR dengan BN, pihak bahagian undang-undang kerajaan negeri (LA) telah meminda pemberian Kad Kuasa pencegah maksiat hanya kepada kakitangan tetap kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Alasannya ialah kerana apabila berlaku penyalahgunaan kuasa, mudah diambil tindakan undang-undang menggantung atau membuang kerja pegawai awam. Maklumat ini diperolehi semasa taklimat oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JHEAIK dengan pegawai-pegawai penguatkuasa awam yang telah tamat tempuh kad kuasa. Mereka yang didapati meyalahguna kad kuasa tidak boleh didakwa hanya kerana mereka bukan penjawat awam. Apakah alasan ini boleh di terima?


Adakah masalah sebesar ini tidak boleh dicari jalan penyelesaian oleh barisan peguam atau pegawai pendakwa yang ada di Jabatan Agama. Bagaimana nak membicarakan pasal hudud kalau setakat kad kuasa pun tidak mampu difikirkan. Inilah masanya exco agama memainkan peranan melihat, menyemak dan memperkasa institusi agama peringkat negeri untuk mempersembahkan kepada Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, memaklumkan cadangan untuk memperbaiki pentadbiran Majlis Agama dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Darul Aman.


Pegawai-pegawai yang ada di Jabatan Agama hanya menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang pentadbiran yang sedia ada. Untuk memperbaiki dan mempertahankan imej jabatan agama terletak ke atas kerajaan negeri memikirkannya. Apa guna adanya exco agama, jika sekiranya jarang-jarang sekali menemui Tuanku Sultan mencadangkan sesuatu yang terbaik. Sebab Tuanku Sultan merupakan ketua agama di peringkat tertinggi negeri. Untuk menyedikan peruntukan pentadbiran pengurusan jabatan agama terletak di atas tanggungjawab kerajaan negeri. Oleh itu sebagai exco agama kena sentiasa berdamping rapat dengan Tuanku Sultan. Jika tidak sanggup berbuat demikian lebih baik serahkan amanah tersebut kepada orang lain pula. Zaman sekarang rakyat sudah dapat memahami pentadbiran kerajaan dan tahu apa yang boleh buat dan apa yang tak mampu buat.


Keberkesanan pentadbiran jabatan agama akan memberi kesan yang positif ke atas kerajaan negeri. Peruntukan undang-undang syariah yang sedia ada jika dikuatkuasa dengan penuh tanggungjawab dapat mengurangkan banyak gejala sosial dan maksiat di peringkat negeri. Begitu juga exco perumahan dan kerajaan tempatan mempunyai tanggungjawab yang besar membenteras aktiviti maksiat di premis-premis perniagaan. Kerjasama exco perumahan dan kerajaan tempatan dengan exco agama sangat perlu dalam tindakan penguatkuasaan. Undang-undang sedia ada di peringkat kerajaan tempatan pun tidak berjalan dengan baik, bagaimana rakyat nak percaya dan mengharapkan betul-betul terlaksana serta menjadi realiti kedah sejahtera.


Jangan kita bagi ruang dan peluang kepada pengusaha yang rakus mencari keuntungan di atas keruntuhan akhlak anak muda. Mereka berselindung di sebalik premis perniagaan berlesen dengan menjalankan perniagaan yang tidak bermoral yang menjadi tegahan agama. Wahai pemuka-pemuka negeri, selalu-selalulah membaca ayat Al-Quran dan Hadis tentang peringatan akan bala Allah. Kesenagan di dunia hanya sementara dan akhirat jualah kehidupan yang kekal abadi.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi



0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut