LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Mei 2011

KURUSUS DAKWAH PROFESIONAL

Majlis Perjumpaan Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Bersama Pensyarah Insititut Latihan Dakwan Profesional Negeri Pulau Pinang di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang.



KURIKULUM

KURSUS DAKWAH PROFESIONAL

Kurikulum ini disediakan bertujuan memenuhi Cadangan Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Pulau Pinang bagi merangka Kurikulum Istitut Latihan Dakwah Negeri.

Adalah menjadi suatu keperluan utama pada hari ini bagi mewujudkan sebuah institusi latihan dakwah bertujuan melahirkan para pendakwah yang professional selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa. Justeru, Jawatankuasa Panel Perunding Institut Latihan Dakwah Negeri telah diberi tanggungjawab untuk merangka kurikulum bagi tujuan tersebut.

Kurikulum disediakan ini adalah hasil daripada perbincangan Jawatankuasa Panel Perunding yang telah dijalankan selama 6 sesi perbincangan bermula pada 2 Ogos 2010 dan berakhir pada 4 Mei 2011 dengan majlis perjumpaan jawatankuasa pengurusan dan pembangunan bersama pensyarah Institut Latihan Dakwah Negeri Pulau Pinang.

Kurikulum yang disediakan mengandungi tiga topic utama iaitu Topik Asas, Topik Elektif dan Topik Kemahiranyang mencakupi syarat 70 jam kredit bagi memenuhi syarat pada tahap atau peringkat Sijil termasuk praktikum. Ia juga diperincikan dengan synopsis ringkas dan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian. Topik-topik yang dicadangkan juga telah mengambil kira semua aspek yang diperlukan oleh seorang pendakwah yang professional dan berkesan.

Kurikulum Institut Latihan Dakwah Profesional Negeri Pulau Pinang mengandungi subjek asas, elektif, kemahiran dan praktikum. Kurikulum asas mengandungi subjek Aqidah, Sirah, Fiqh Dakwah, Fiqh Ibadah, Fiqh Muamalat, Fiqh Jenayah, Fiqh Munakahat, Komunikasi Dakwah, Al-Quran, As-Sunnah dan Fiqh Keutamaan. Manakala Elektif pula mengandungi subjek Kitab Muktabar, Kitab Kuning, Sistem Agama Islam Malaysia, Bandingan Agama, Sains dan Islam. Seterusnya subjek kemahiran yang mengandungi latihan Imam, Kewangan Diri, Komputer, Psikologi Komunikasi, Kenderaan, Bahasa Mandarin / Tamil, Kaunseling dan bekalan harian. Pengajian secara teori dalam bilik-bilik kuliyah mengambil masa selama 3 bulan. Selepas itu peserta akan diberikan latihan praktikal kerja-kerja dakwah lapangan dipelbagai lokasi selama 24 hari mengikut modul LANDAS. Diharapkan dapat menyumbang dalam memperkasakan agenda dakwah bersepadu, praktikal dan berkesan.

SYARAT KEMASUKAN:


Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti kursus tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:


i. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelayakan akademik yang setaraf dengannya.

ii. Lulus temuduga yang akan diadakan.


Pemohon yang diterima masuk akan DIBAYAR ELAUN RM100.00 SEBULAN selama tiga (3) bulan.


INTISARI KURSUS:


Kursus ini memfokuskan kepada latihan yang berkaitan dengan dakwah bagi melahirkan pendakwah yang professional, selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa. Kurikulum kursus ini mengandungi subjek asas, elektif, kemahiran dan praktikum.


Sila dapatkan borang permohonan di Pejabat Pengurusan KITAB atau klik disini (Borang Kursus Dakwah Profesional ) untuk muat turun borang dan kembalikan borang permohonan sebelum atau pada 06 MEI 2011.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 04 – 835 1688 (Ustaz Najib Bin Mohd Salleh, Penolong Rektor KITAB).


Sila layari laman web KITAB :


http://www.kitab.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=85:berita-2

0 ulasan:

 

Pengikut