LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 12 Jun 2011


SUNGAI PETANI: “Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,” kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Mohd Azhar yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.

Mohd Azhar yang juga seorang peniaga berkata, dalam kejadian itu sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar di sini, sebelum memecah masuk pagar dan pintu rumah.

Ketika itu, Mohd Azahar dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.


Dia kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda.

sumber: Harian Metro 21hb Mei 2011

Ulasan dan Informasi:

Pihak perempuan telah menemui saya di pejabat Penghulu Mukim Sungai Petani, Kedah untuk mendapatkan nasihat dan penjelasan setatus pernikahan di Selatan Thailand pada 12/6/2011, jam 8.30 pagi. Setelah saya meneliti sijil pernikahan tersebut, jelaslah tidak mengikut peraturan dan prosedur pernikahan di sana. Pasangan Mohd Azhar bin Aziz dan Safawati binti Shafie telah bernikah di sebuah Masjid Klung Lapang, Sadao dalam wilayah Songkhla. Lebih kurang 3 KM dari sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Hanya sehelai kertas potostat sijil sahaja yang diberikan. Pernikahan menggunakan wali Tahkim.

Saya telah menghubungi Dr. Abdul Rahman Kaiyem, Setiausaha Majlis Agama Islam wilyah Songkhla pada 12/6/2011, jam 12.32 tgh. Ketika itu beliau berada di Bangkok sedang mesyuarat. Menurut kata beliau, sebarang pernikahan di luar Pejabat Majlis Agama Islam tidak diakui dan tidak akan diberikan sijil pengesahan. Arahan Majlis Agama, semua pemegang tauliah sebagai wali Am atau wali Hakim tidak dibenar menikahkan pasangan warga luar Negara melainkan di Pejabat Majlis Agama.

Di antara peraturan dan prosedur yang perlu dipatuhi oleh pasangan rakyat asing ialah:

· Perempuan yang sah dinikahi mengikut hukum syarak

· Melebihi 2 marhalah dari tempat wali asal berada.

· Menggunakan wali Am atau wali Hakim.

· Masuk menggunakan passport / Borderpass yang sah.

· Selama dua hari tempuh proses untuk mendapatkan surat pengesahan Konsul Malaysia di Songkhla.

· Hanya pasangan sahaja dibenarkan untuk membuat pegesahan dan mengambil surat pengesahan.

· Perlu membawa salinan passport/boderpass semasa masuk semasa berlaku pernikahan.

· Jika tidak ada dokumen sah semasa masuk bernikah, perlu mendapatkan surat sumpah dari pesuruhjaya sumpah Malaysia.

· Semua maklumat mengenai prosedur dan syarat-syarat mendapatkan dokumen pengesahan di Thailand boleh hubungi pihak berkuasa Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla.

Khidmat nasihat undang-undang dan prosedur pernikahan di Thailand boleh hubungi saya melalui email : urusetialandas@yahoo.com atau kama54us@yahoo.com

0 ulasan:

 

Pengikut