LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 21 Februari 2010

FOKUS KRISTIANISASI DI ASIA TENGGARA


ASIA TENGGARA DI BANJIRI PENDAKYAH KRISTIAN


LANGKAWI - Pagi tadi 8.30 pagi, Jumaat, 19hb Februari 2010 saya dan rakan-rakan LANDAS Langkawi menghadiri ceramah Ustaz Kamarudin Abdullah di Komplek Lada, Langkawi. Beliau adalah Presiden IPSI (Islam Propagation Socity International). Seperti biasa saya tidak akan melepaskan peluang menghadiri aktiviti ceramah jika saya mengetahui bahawa penceramah tersebut bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah.


Dewan yang tak seberapa besar itu dipenuhi oleh orang ramai kerana mahu mendengar ceramah seorang bekas paderi Kristian. Penyampaian beliau begitu baik sekali dan orang ramai tidak berganjak walau pun beliau berceramah selama dua setengah jam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Ayer Hangat dari UMNO YB Rawi Ahmad.


Apa yang menarik perhatian saya ialah pendedahan beliau tentang bakal kehadiran 110,000 pendakyah Kristian dari Korea Selatan ke Asia Tenggara. Indonesia katanya telah melahirkan seramai 25000 pendakyah Kristian dari kalangan penduduk tempatan. Indonesia yang suatu ketika dulu hanya terdapat 3 juta penganut Kristian, tetapi hari ini telah mencecah 25 juta orang. Mereka telah berjaya mengkristiankan dunia dan malaysia bagaimana?

Memang tepat tanggapan saya bahawa isu kalimah Allah adalah bertujuan dakyah bagi memudahkan kerja mereka memurtadkan orang Melayu Islam di Malaysia. Mengapa mereka beria-ia sangat, mahu menggunakan kalimah Allah sedangkan di dalam kitab Injil yang ada pada mereka sendiri tidak pernah ada kalimah tersebut. Tidak syak lagi bahawa Malaysia adalah tumpuan utama pendakyah Kristian. Siang malam mereka berfikir bagaimana cara untuk memesongkan akidah orang Islam.


Apakah persediaan orang Islam di Malaysia dalam menghadapi ancaman pendakyah ini. Sasarannya sudah pasti mereka yang cetek pengetahuan agama dan memburu dunia. Pendakyah Kristian dibekalkan dengan ilmu dan wang ringgit yang cukup. Seluruh dunia membantu mereka dalam usaha merialisasikan impian mengkristiankan dunia. NGO Islam pula terpaksa mencari perbelanjaan sendiri. Orang Islam yang kaya pula tidak berminat menawarkan hartanya untuk membantu perkembangan Islam. Harta mereka hanyalah untuk mereka. Yang paling malang sekali ialah apabila orang Islam melaburkan wang ringgit pada orang bukan Islam.


Dengan terdedahnya perancangan yang rapi ini maka sekali lagi saya mengajak teman-teman di luar sana agar segera bangun dari lamunan untuk sama-sama terjun ke tengah masyarakat menyampaikan risalah dakwah. Jangan tunggu lagi kerana umat Islam sedang dilanda krisis kealfaan dengan nikmat dunia. Jangan kita berbangga walaupun telah berjaya mendidik ahli keluarga menjadi umat yang patuh pada perintah Allah. Mereka juga terdedah kepada dakyah Kristian. Aisha Bukhari sebagai contoh berjaya di murtadkan walau pun dia anak seorang imam. Beliau kecundang juga dengan dakyah yang datang kepadanya.


Meskipun kita tak mampu berdakwah pada orang bukan Islam tetapi sekurang-kurangnya kita mengambil bahagian dalam kerja dakwah kepada sesama umat Islam. Kerja dakwah bukan kerja part time atau kerja pilihan, tanggungjawab sebagai pendakwah kerja “full time” dan semua orang patut mewajibkan diri dalam kegiatan tersebut.


Saya belum pernah mendapat maklumat tentang angka apakah Malaysia berjaya melahirkan pendakwah? Orang kita tidak sanggup meluangkan masa dan berenggang dengan anak isteri atas nama sebagai seorang pendakwah. Jika keadaan ini terus berlaku jangan terkejut Malaysia juga akan menjadi Indonesia yang kedua di mana anak orang Melayu bebas menganut agama mana yang mereka suka. Oleh itu sekali lagi saya menyeru agar kita bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga agama Allah dan menyebarkannya. Para sahabat contohnya berlumba-lumba berada di saf hadapan dalam usaha mengembangkan Islam. Saiyidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh hartanya untuk Islam. Apabila ditanya apakah ada lagi harta yang tinggal untuk dirinya, beliau menjawab "cukuplah Allah dan Rasul untuk saya". Sikap tabligh Nabi SAW adalah contoh terbaik kepada kita bahawa setiap orang Islam mesti mempunyai hati yang sama dengan beliau.



Oleh,
LANDAS Langkawi


0 ulasan:

 

Pengikut