LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Februari 2010

IRON MAN

IRON MAN LANGKAWI HALAL ATAU HARAM


Semenjak seminggu yang lepas Langkawi telah menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. IRON MAN itulah nama yang tidak asing bagi penduduk Langkawi. Masakan tak faham apa itu IRON MAN. Di waktu ini orang langkawi menjadi perhatian antarabangsa. IRON MAN juga adalah salah satu cara mempromosi Langkawi. Di masa ini jualah para peniaga mendapat lava yang cukup banyak. Apa tidaknya, di mana-mana sahaja tempat dipenuhi manusia. Langkawi boleh, Malaysia boleh! Bila ada acara seperti ini, saya sering teringat akan kata-kata bekas sahabat saya yang berbunyi "Kalau semua nak ikut Islam bila nak maju" Saya juga terfikir, apakah kalau nak maju mesti menggadai prinsip cara hidup Islam. Saya tengah menunggu kalau-kalau ada mana-mana mufti yang berani mengeluarkan fatwa yang mengatakan IRON MAN adalah haram.


Adakah halal kita mencari rezeki dengan berlari merata tempat dengan memakai seluar dalam. Acara bermula sebelum subuh dan tamat pula dalam lingkungan pukul satu pagi. Terlalu rindu rasanya bila kita akan mendengar dari mulut Perdana Menteri yang mengatakan memakai seluar pendek adalah haram. Jika cara mereka mencari rezeki adalah cara yang haram, adakah hasil yang bersumberkan yang haram akan menjadi halal. Kalaulah ada mufti yang berani mengeluarkan fatwa haram ke atas aktiviti IRON MAN, adakah kerajaan akan membenarkan atau melaksanakan apa yang mufti katakan. Kalau kerajaan tak mahu ambil tahu tentang fatwa yang dikeluarkan adakah wajar mereka yang berilmu tinggi terus menduduki jawatan tersebut. Kalau begitu untuk apa mereka duduk di situ? Mereka hanya dijadikan aksesori kerajaan.


Saya masih teringat akan penolakan oleh Imam Nawawi apabila di tawarkan jawatan Mufti oleh kerajaan. Agaknya beliau tak sanggup di jadikan aksesori. Memangku jawatan mufti tetapi nasihat diletak ke tepi. IRON MAN lebih teruk jika dibandingkan dengan JOM HEBOH. Dalam JOM HEBOH orang tak memakai seluar dalam dan memakai coli berlari merata tempat. Umat Islam yang mengikuti acara tersebut sudah pasti tak sembahyang dan paling tidak bersubahat mempertontonkan aurat di khlayak ramai. Agaknya inilah cara sesetengah pihak mempertahankan Islam. Di waktu ini jugalah Langkawi sudah pasti bermandikan arak.


Pandangan saya ini bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana mufti yang dikasihi tetapi sekadar pandangan. Harap-harap tiada mana-mana pihak yang tersinggung tetapi sama-samalah kita berfikir ke arah menjunjung hukum Allah. Islam bukan hanya untuk di perkata tetapi ISLAM ADALAH CARA HIDUP.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi


0 ulasan:

 

Pengikut