Blogger Kedah : Semoga Berjaya.. kami Malas nak mikir dah semua ini...
Exco Penerangan Kedah : Kita akan jumpa blogger
Sejak beberapa hari kebelakangan ini nampaknya isu pengamal media terutama sekali blogger di negeri Kedah yang tidak mendapat perhatian dan kerjasama yang sepatutnya dari kerajaan negeri dibangkitkan oleh para blogger.
Pada 8 Mac 2010 ini genaplah dua tahun kerajaan PAS memerintah Kedah. Rata-rata blogger yang memberikan liputan tentang berita di Kedah diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azizan Abdul Razak.
AFRAR YUNUS dari blog alkerohi menghubungi YB Dr Hj Hamdan B Mohamed Khalib Exco Penerangan Kedah merangkap ADUN Tanjung Dawai untuk mendapatkan komen beliau tentang perkara ini.
Adakah YB sedar akan perkara yang dibangkitkan dalam blog-blog terutama sekali blogger Kedah sepanjang beberapa hari ini tentang kerjasama dan peranan media dan blogger di Kedah.
Ya sebenarnya saya menyedari perkara ini. Kita dalam sektor kerajaan terpaksa melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, kami telah lama berikhtiar untuk menjadikan ianya sebagai kenyataan iaitu dengan mewujudkan sebuah urusetia penerangan yang kukuh pada peringkat negeri.
Ada apa-apa masalahkah YB
Ialah, kita terpaksa melalui banyak halangan-halangan. Saya memang berhajat hendak berjumpa dengan media dan blogger di seluruh negeri Kedah. Lagipun jawatan ini baru saya pegang dan ini pula kedengaran ada rombakan dalam barisan exco. Tapi percayalah samada saya kekal atau tidak, InsyaAllah perkara ini saya akan lakukan sendiri atau sampaikan kepada pengganti baru nanti.
Urusetia macamana yang YB maksudkan
Satu urusetia sebagai pengganti kepada peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM yang mana buat masa ini kita tidak ada. Supaya ia boleh menyampaikan segala perancangan dan aktiviti kerajaan negeri kepada rakyat.
Apa harapan YB kepada bloggers sebagai penyampai media baru
Kami berharap sangat kerjasama para blogger dan pengamal media memberikan idea kepada kerajaan negeri. Bloggers memang penting dan saya tidak menafikan ini. Saya berharap agar kita dapat mengolah satu hubungan kerjasama yang lebih erat.
YB mungkin ada maklumat bahawa bloggers Perak telah mengadakan mesyuarat pada 19 haribulan yang lalu di bawah seliaan ADUN Titi Serong YB Idham Lim ?
Ya saya mendapat tahu tentang perkara itu dan saya berharap kita akan mengadakan seumpamanya di Kedah.
Terima kasih YB.
Terimakasih.
http://alkerohi.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan