Pendekatan Dakwah kepada non Muslim
LANGKAWI - Pekan Rabu adalah antara destinasi lepak yang cukup popular di kawasan Kuah. dalam program kami malam tadi kami sempat berdakwah kepada bukan Islam. Remaja ini berasal dari Limbang, Sarawak. "Saya orang Iban dan beragama Kristian" katanya, bila ditanya adakah dia beragama Islam. Sebaik sahaja dia memperkenalkan diri berbangsa Iban saya tanpa membuang masa dan terus mendekati beliau dengan lebih dekat lagi. Saya terus bercakap bahasa Iban dengan beliau kerana saya juga berbangsa Iban. Saya dan ustaz Deddy menceritakan sedikit sebanyak tentang keindahan Islam. Dalam masa yang sama saya menghulurkan buku yang dibekalkan oleh ustaz Kamarudin Abdullah daripada IPSI. Buku tersebut menceritakan tentang perbezaan antara Islam dan Kristian dan apakah Jesus itu Tuhan. Saya juga menceritakan konsep Tuhan bapa, Tuhan anak dan Ruhul Kudus yang menjadi pegangan penganut agama Kristian. Saya mendapatkan buku ini dari ustaz Kamarudin kerana kami juga kerap kali berjumpa dengan orang bukan Islam semasa aktiviti kami.
Mohd Ali Abdullah
LANDAS Langkawi
0 ulasan:
Catat Ulasan