Cogankata dalam bahasa jawi yang tertera di bagunan Maahad Irsyad Lil Banat Yala “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAT TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.
YALA – Semasa saya mengunjungi Maahad Irsyad Lil Banat Yala bersama aktivis LANDAS tanggal 14 Februari 2010, saya telah diberitahu oleh Timbalan Mudir Ustaz Solleh Wanding, dalam beberapa tahun yang lalu ada rombongan ahli politik dari Perak berjawatan YB. Ketika itu semasa pemerintahan Pak Lah, kerajaan malaysia belum lagi mempopularkan cogankata CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. Semasa lawatan tersebut pihak sekolah telahpun menggunakan cogankata mereka sendiri dan dipamerkan di Bangunan Sekolah “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAH TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.
Semasa rombongan tersebut melawat Maahad, pihak sekolah telah 5 tahun menggunakan cogankata tersebut. Rombongan dari malaysia ada menyebut yang mereka tertarik dengan cogankata tersebut. Selepas mereka pulang ke Malaysia, Pak Lah mempopularkan cogankata “CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”.
Saya juga tertarik dengan cogankata tersebut dan pihak LANDAS akan mempopularkan sepenuhnya cogankata tersebut tanpa pengubahsuaiannya. Kerana disiplin mereka tinggi lantaran mereka berjaya bagunkan sebuah sekolah rakyat, gaji guru yang rendah, maka mereka sanggup berkorban sehingga nama sekolah mereka terjulang. Kebanyakan guru-guru yang mengajar di Maahad terdiri daripada bekas pelajar yang melanjutkan pelajarannya ke keluar negara.
Akhlak pelajar dan guru masih dapat dipertahankan, maka sekolah dapat meneruskan visi dan misi Maahad untuk melatih pelajar, dalam masa yang sama guru menjadi ikutan contoh yang terbaik melaksanakan ibadah yang sangat terbilang. Akhirnya kecemerlangan pelajar dapat kembali menjadi tenga guru untuk membantu Maahad, walaupun gaji mereka tidak seberapa berbanding dengan guru-guru yang mengajar di sekolah kerajaan siam.
Saya juga sempat berjumpa dan berbual dengan seorang Ustaz Maahad Lil Banat yang pernah menjadi johan tilawah al-Quran (lelaki) peringkat antarabangsa di malaysia pada tahun 1993 dan juga sempat berbual dengan Ustazah Fatimah yang mengajar di Maahad tersebut dan juga pernah menjadi johan tilawah al-Quran (perempuan) peringakat antarabangsa di malaysia tahun 2009.
Sepatutnya pelawat-pelawat yang mengunjungi Maahad ini mengambil ‘ibrah untuk dibawa balik bertujuan membina kekuatan kita sebagai murabbi dan menjadikan sekolah kita di malaysia “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAH TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”. Aktivis LANDAS akan sering mengunjungi Maahad tersebut dan menawarkan sukarelawan UNGGAS @ LANDAS di kalangan pelajar universiti untuk membuat praktikal membantu mengajar bahasa melayu.
0 ulasan:
Catat Ulasan