LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 7 Februari 2010

WACANA DAKWAH DALAM MASYARAKAT MELAYU-ISLAM


KUALA LUMPUR – Tazkirah selepas Solat Subuh di Masjid, saya kupas ayat 17 Surah Luqman mengenai pesanan Luqman kepada anaknya sebelum beliau mati. Isi ayat tersebut ayahnda Luqman menyuruh anak-anaknya supaya mendirikan Solat, suruh manusia melakukan ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta sabar menghadapi segala musibah yang akan menimpa.


Manakala sesi pagi selepas Tazkirah Subuh, pendaftaran perserta kursus Perkaderan Pendakwah telah dimulakan di Dewan Sekolah Rendah Agama Raudhatul Ulum, Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Sesa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Selepas itu sesi pertama pembentangan oleh Us Kamaruddin Kassim bertajuk Konsep Dakwah Dalam Realiti Masyarakat Setempat dan Konsep Dakwah Bersepadu & Gerakerja Penggembelingan Oraganisasi Masyarakat Satu Pengalaman. Sesi kedua bertajuk Dakwah & Penguatkuasa Undang-undang oleh Us Yusuf Sulaiman, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.


Sesei petang diadakan bengkel bertajuk Mengukuh Potensi Dakwah kepada Kelompok Sasaran : Apa, Kenapa dan Bagaimana? . Bengkel ini dikendalikan oleh Us Kamaruddin dan seterusnya membawa para peserta aktiviti latihan praktikal dakwah di lapangan. Selepas Solat Maghrib pula, Us Kamaruddin Kassim telah memberikan ceramah umum bertajuk: Selamatkan Zuriat Kita di Masjid Al-Muhsini.


Peserta kursus telah dibawa sekali lagi mengadakan latihan praktikal di kawasan Dataran Merdeka jam 10.00 malam – 12.30 malam. Seramai lebih kurang 30 orang muslimin dan muslimat.


0 ulasan:

 

Pengikut